Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Zahir rasa syukur melalui solat

Posted by epondok di Ogos 19, 2016


Oleh Mohd Faiz Othman

SYUKUR adalah tanda beriman kepada Allah SWT dan pelbagai cara untuk kita menzahirkan rasa syukur. Malangnya, apabila tidak mendapat yang diingini, kita sering kali mengeluh dan lupa segala nikmat pemberian Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Meneruskan perkongsian, Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman menerusi segmen Ibrah di IKIMfm, berkata Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah SWT untuk kembali ke Makkah setelah meninggalkan Hajar dan anaknya. Nabi Ibrahim bersyukur kepada Allah SWT kerana Makkah bukan sahaja telah menyelamatkan isteri dan anaknya, malah telah menjadi negeri yang aman. Sebagai tanda syukur, Baginda berdoa semoga dirinya terus dapat menunaikan solat.

Kayu ukur orang yang bersyukur ialah sentiasa melaksanakan solat kerana syukur dan solat tidak dapat dipisahkan. Orang yang bersyukur akan menzahirkan rasa syukurnya melalui solat. Allah SWT menggambarkan erti syukur yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dalam firman yang bermaksud: “Segala puji tertentu bagi Allah yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua: Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenankan doa permohonan.” (Surah Ibrahim, ayat 38)

Didik jadi insan bersyukur

Barang siapa mengkaji surah Ibrahim, ia seperti silibus yang mengajar mengenai erti syukur. Keseluruhan ayat surah Ibrahim mendidik untuk menjadi hamba Allah SWT yang sentiasa bersyukur.

Tidak dinafikan ibadah haji mengaitkan kita dengan perjalanan hidup Nabi Ibrahim, tetapi bukan sekadar itu, ingatan kepada Baginda turut tersemat setiap kali kita menunaikan solat dengan melafazkan selawat kepada Baginda serta ahli keluarganya.

Surah Ibrahim turut menceritakan kisah Nabi Musa yang menerangkan kepada kaumnya mengenai erti syukur setelah mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya. Mereka yang susah untuk bersyukur kepada Allah SWT berada dalam kegelapan, sentiasa mengeluh dan berdukacita.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat Kami sambil Kami berfirman: Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu daripada gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.” (Surah Ibrahim, ayat 5)

Di permulaan surah Ibrahim, Allah SWT mengajarkan Nabi Muhammad SAW bahawa al-Quran turun untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan dan antara sifat manusia yang berada dalam kegelapan adalah mereka susah untuk bersyukur.

Semoga Allah SWT sentiasa menjadikan kita orang yang positif dalam apa juga keadaan dan sentiasa bersyukur tanpa sedikit pun rasa keluh-kesah

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: