Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Istighfar permudahkan urusan

Posted by epondok di Ogos 13, 2016


Oleh Ahmad Nazri Mohd Yusof
Nilai toleransi, bertimbang rasa, kasih sayang, hormat menghormati dan kejujuran sewajarnya menunjangi kehidupan bagi melahirkan keluarga bahagia. Sukar dipercayai jika seseorang itu menyatakan dia tidak mengimpikan keluarga yang bahagia dan harmoni. Oleh itu, kita harus membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan kerana tanpa keluarga tidak mungkin kita menjadi insan berjaya dalam kehidupan.
Menerusi rancangan Pesona D’Zahra di IKIMfm, Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin berkata, selain bersyukur, bertawakal serta menyambung silaturahim, satu lagi amalan yang dituntut dalam membantu dan menguatkan lagi institusi kekeluargaan ialah dengan memperbanyakkan istighfar.
Apabila dilihat makna di sebalik ungkapan istighfar iaitu aku memohon keampunan daripada Allah SWT, ia adalah lafaz bertaubat daripada dosa dan kesalahan yang dilakukan seorang hamba kepada Tuhannya. Jelas sekali lafaz yang sangat pendek itu amat besar nilainya di sisi Allah SWT. Firman-Nya yang bermaksud: “Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” (Surah an-Nasr, ayat 3)
Tidak dapat disangkal lagi bahawa Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amalan istighfar jika diamalkan secara berterusan mampu memudahkan segala urusan dan membawa seseorang itu keluar daripada segala permasalahan dihadapi.
Dapat rezeki
Daripada Ibni Abbas, Baginda Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan daripada setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Malah, dengan beristighfar juga mengundang takdir yang baik untuk kita. Kisah Nabi Yunus boleh disifatkan sebagai contoh terbaik manusia yang segera mendapat bantuan Allah SWT kerana Baginda sentiasa mengingati Allah SWT ketika senang. Nabi Yunus adalah pelarian yang melarikan diri daripada kaumnya sebelum datang perintah Allah SWT untuk meninggalkan kaumnya. Maka, Nabi Yunus akhirnya terjun ke laut bergelombang dan kemudian ditelan oleh seekor ikan yang besar. Namun atas izin Allah SWT, Nabi Yunus tidak mati dalam perut ikan selepas berdoa kepada Allah dan memohon ampun atas kesalahannya.
Ada beranggapan rahsia bantuan Allah SWT kepadanya berpunca hanya daripada doa ini: “Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah daripada orang yang menganiaya diri sendiri. Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia daripada kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).” (Surah al-Anbiya’, ayat 87-88)
Hayati, amal istighfar
Dengan pertolongan Allah AWT, ikan yang besar itu terdampar ke laut dan akhirnya Nabi Yunus berjaya keluar daripada perut ikan dengan selamat. Betapa banyaknya amanah yang telah kita ingkari, maka marilah kembali menghayati dan mengamalkan istighfar. Semoga Allah SWT memberikan jalan keluar yang terbaik buat kita semua dalam menjalankan amanah yang telah Allah SWT perintahkan. Menurut Muhamad lagi, doa juga memainkan peranan penting dalam pembentukan keluarga sebagai tanda pengharapan, permohonan dan pergantungan kita hanya kepada Allah SWT.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: