Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Iman, takwa sandaran kebahagiaan

Posted by epondok di Ogos 11, 2016


Oleh Syafiq Salleh

 

Rezeki yang hadir dalam rumah tangga bermula daripada keredaan Allah SWT. Kebahagiaan dalam rumah tangga tidak semestinya dicari, tetapi perlu dibawa masuk.

Pembinaan kebahagiaan pasangan suami isteri dikongsikan bersama ahli keluarga untuk memperoleh keberkatan Allah SWT. Kebaikan sebuah negara dan masyarakat berasaskan kebahagiaan keluarga yang harmoni.

Kepentingan kebahagiaan keluarga menjadi topik perbincangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam rancangan Islam Itu Indah di IKIMfm yang mengupas ‘Petanda kebahagiaan dalam rumah tangga’.

Petunjuk kebahagiaan rumah tangga terletak pada tiga perkara iaitu hubungan keluarga dengan Allah SWT yang dirujuk kepada sifat takwa iaitu berhati-hati menjaga hukum Allah SWT dengan setiap ahli keluarga melaksanakan suruhan Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.

Menjaga solat Tanda aras takwa ialah melaksanakan tanggungjawab ditetapkan kepada seseorang termasuk menunaikan solat yang menjadi tiang agama dan perkara utama dituntut dalam Islam.

Perkara kedua adalah akhlak yang dicapai melalui keserasian dan kesefahaman setiap ahli keluarga dalam rumah tangga yang membuka ruang serta peluang positif membawa ke arah keharmonian dan kebahagiaan sesebuah keluarga. Hakikatnya akhlak terbina daripada keluarga, jika yang disemai akhlak yang baik ia akan terserlah pada ahli keluarga itu dan diriwayatkan oleh at-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda: “Orang Mukmin yang paling sempurna iman adalah yang paling baik akhlaknya.”

Contohnya, pemimpin yang baik akhlaknya bersama masyarakat hasil didikan dan amalan baik diterapkan dalam keluarga. Akhlak yang menterjemah kepada kelembutan sesuatu perbuatan terbahagi kepada tiga perkara iaitu melalui kesopanan pertuturan, sikap dan tindakan serta cara membuat keputusan.

Perkara ketiga iaitu tanggungjawab antara semua ahli keluarga. Suami isteri akan terus memperoleh hak dan manfaat jika menjalankan peranan dan memenuhi tanggungjawab kepada pasangan serta ahli keluarga lain. Tanggungjawab itu pula perlu dilaksanakan dengan ‘Itqan’ yang bermaksud melakukan sesuatu penuh komitmen, kemahiran tinggi yang mempunyai ilmu pengetahuan serta beriltizam mencapai kecemerlangan hidup.

Pengurusan masa, ekonomi

Menjadi suami isteri adalah tugas profesional di mana kemahiran melaksanakan tanggungjawab dan perhubungan berkomunikasi dapat menjadikan setiap pasangan ikhlas. Ciri-ciri pasangan yang berjaya pula bermula daripada pengurusan masa yang betul dan mempunyai pengurusan ekonomi kewangan keluarga yang baik. Pengurusan konflik dan tekanan juga perlu diambil kira.

Kebahagiaan rumah tangga dan keluarga dapat dicapai apabila keluarga berjaya menyediakan keperluan, kemudahan serta keselesaan untuk semua ahlinya. Pengurusan kehidupan dilakukan secara berterusan mampu melahirkan kesejahteraan. Kebahagiaan keluarga perlu disemai dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: