Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Hiasi Syawal dengan amalan soleh

Posted by epondok di Julai 17, 2016


Kedatangan Syawal sewajarnya dilihat sebagai bulan peningkatan amalan kepada yang benar-benar menghayati keistimewaan di sebalik bulan kemenangan ini. Diharapkan madrasah Ramadan mampu meraih darjat ketakwaan dan Syawal meningkatkan kualiti kehidupan.

Ibadah puasa secara tidak langsung mampu mendidik akhlak untuk melakukan ibadah sebaik mungkin, menyemarakkan rumah Allah SWT dan mengutamakan ibadah secara berjemaah. Malah ketika Ramadan, umat Islam banyak bersedekah, meraikan golongan tidak berkemampuan. Semua itu menjadikan Syawal bulan yang sangat indah.

Malangnya, setiap tahun kita berdepan masalah berkaitan kesesakan jalan raya, kehilangan harta benda yang secara tidak langsung turut menyumbang kepada peningkatan jumlah jenayah. Apa yang menyedihkan, berlaku peningkatan kecelakaan akibat kemalangan jalan raya serta meningkatnya jumlah kemalangan yang meragut nyawa.

Selain itu, Syawal juga dikaitkan dengan perbuatan pembaziran kerana persiapan meraikan Aidilfitri secara berlebihan. Syawal juga dikaitkan dengan perbuatan pembaziran kerana persiapan meraikan Aidilfitri secara berlebihan.

Ajal dan maut adalah kepastian yang sudah ditakdirkan oleh Allah SWT tetapi apabila berlaku kejadian tidak diingini menjelangnya Syawal, ia secara tidak langsung mengaitkan bulan ini dengan bulan mengundang kesedihan akibat kelalaian sendiri.

Masjid kembali sepi

Meraikan Aidilfitri itu seharusnya disambut dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan. Sesungguhnya tidak ada satu pun kejadian dijadikan Allah SWT dengan sia-sia, melainkan ada hikmah di sebalik semua itu. Sebagai orang beriman, kita seharusnya mengambil iktibar atas segala yang berlaku. Ketika Ramadan masjid meriah dengan jemaah tetapi fenomena itu kembali sepi pada penghujung Ramadan kerana kesibukan melakukan persiapan sempena kedatangan Aidilfitri. Pusat beli-belah dan bazar padat dikunjungi orang ramai yang ada kalanya berbelanja lebih berbanding bulan lain.

Elak pembaziran

Umat Islam yang berbelanja lebih dan melakukan pembaziran walaupun pada masa yang sama sedang menjalani ibadah puasa, akhirnya hanya akan berada dalam kerugian sama ada dari aspek ekonomi mahupun ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Sememangnya ibadah puasa bukan untuk meningkatkan aspek ekonomi atau kekayaan tetapi ia akan dapat meningkatkan tahap keimanan kepada setiap individu yang bertakwa kepada Allah SWT. Syawal pula sepatutnya menjadikan kita terus istiqamah beribadah seperti sepanjang Ramadan.

Sebaliknya, sebaik berakhir Ramadan, Syawal yang menyusul memperlihatkan masjid tidak semeriah semasa bulan puasa. Rasa syukur, sabar, ikhlas dan istiqamah tidak seakan merosot apabila sikap semua kembali kepada asal.

Kesimpulannya, boleh dikatakan ibadah puasa yang kita lakukan pada Ramadan lalu hanyalah sia-sia dan kita tidak mendapat apa-apa pengajaran di sebalik madrasah Ramadan itu. Pastinya kita tidak mahu kesungguhan beribadah selama ini menjadi sia-sia. Jangan sesekali Syawal ini hanya istimewa di sebalik gelarannya sebagai bulan kemenangan kepada umat Islam yang berusaha menjalani ibadah puasa pada bulan sebelumnya.

Manfaat bulan mulia

Diharapkan semoga kita tidak tergolong dalam kalangan yang kerugian dan tidak beroleh apa-apa manfaat di dalam bulan mulia ini. Sebaliknya sebagai umat Islam, kita mampu untuk meraih keuntungan dari sudut ekonomi dan dapat meningkatkan tahap keimanan kita kepada Allah SWT jika segala niat untuk melakukan kebaikan serta mempertingkatkan diri dilakukan secara istiqamah, bukan bermusim.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: