Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Nikmat Ramadhan tidak dilupai

Posted by epondok di Julai 8, 2016


Oleh Mohd Faiz Othman

SEBAGAI Mukmin, kita harus sentiasa tahu hakikat dihidupkan lagi oleh Allah SWT, diberi peluang bangun pagi hari serta menikmati siang sebelum tibanya malam kerana kekuasaan Allah SWT. Kita sering terlupa nikmat kehidupan yang diberi ini.

Segmen Ibrah di IKIMfm bersama Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman mengajak umat Islam bersyukur kerana diberi peluang bertemu Ramadan, malah mampu berpuasa dan jika dipanjangkan usia, bakal meraikan 1 Syawal, esok.

Katanya, apabila kita bangun daripada tidur, ia adalah anugerah daripada Allah SWT. Bilamana Allah SWT menghidupkan kita daripada tidur, jangan sekali-kali kita menganggap hidup seperti biasa dan melaluinya dengan rutin yang biasa.

Kesempatan rasai hari akhir Ramadan Sepatutnya, kita melafazkan syukur kepada Allah SWT kerana diberikan kesempatan hidup sekali lagi ketika ada insan lain tidak sempat merasai hari akhir Ramadan kerana mungkin ada taubat kita yang masih belum diterima maka Allah SWT memberikan peluang untuk memohon ampun serta bertaubat kepada-Nya. Mungkin juga Allah SWT menghidupkan kita selepas tidur kerana selama hayat berada di dunia ini, tidak pernah kita sempat merasa nikmat dan meraih ganjaran malam Lailatulqadar. Allah SWT memberi belas kasihan-Nya untuk hidup dan akhirnya meraih Lailatulqadar. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu – (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?” (Surah al-Infitaar, ayat 6)

Menghuraikan ayat itu, Muhammad Syaari berkata, jawapan kepada soalan itu sudah ada melalui kenyataan di hujung ayat bahawa Allah Maha Pemurah dengan nikmat dikurniakan, justeru masihkah kita ingin derhaka kepada-Nya. Tidak ada sebab lain yang menyebabkan seorang itu berasakan Tuhan bukan pemurah, kecuali syaitan. Syaitan telah membisikkan sebelum kita melangkah masuk ke gerbang Ramadan dengan pelbagai hasutan supaya kita berputus asa daripada rahmat Allah SWT. Sedangkan, pelbagai nikmat diberi antaranya kita lahir ke dunia dengan nikmat Islam dan menjadi umat berpotensi untuk mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW, al-Quran didatangkan kepada kita dalam keadaan lengkap sebagai panduan. Allah SWT juga menghadirkan insan yang baik sudi menegur kesalahan dan kesilapan kita.

Berapa ramai melafazkan terima kasih kepada sahabat apabila mereka menegur kita. Apabila sahabat tegur, itu tandanya Allah SWT Maha Pemurah kerana Allah SWT tidak mahu kita hanyut dan tenggelam. Peluang bertaubat Selain itu, Allah SWT datangkan kita sakit sebagai bukti Allah SWT Maha Pemurah. Diberikan sakit supaya kita beringat dan kembali kepada-Nya. Allah SWT tidak beri kita mati mengejut kerana mahu kita bertaubat dan segera kembali kepada-Nya. Jika segala macam nikmat yang Allah SWT kurniakan tetapi kita masih lupa, akhirnya Allah SWT berikan Ramadan sebagai hadiah yang mana pahalanya berlipat ganda.

Begitu melimpah rahmat Allah SWT, dihadiahkan pula malam Lailatulqadar. Apakah lagi alasan yang mahu kita berikan untuk tidak kembali kepada Allah SWT selepas bermacam nikmat dimiliki. Marilah jadikan Ramadan sebagai pendorong untuk kita menjadi insan lebih baik dan istiqamah pada bulan seterusnya. Semoga Ramadan meninggalkan kesan mendalam dan menjadikan kita lebih mensyukuri nikmat Allah SWT.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: