Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Modul Ramadan bina ketakwaan

Posted by epondok di Jun 12, 2016


Oleh Syafiq Salleh

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183)

Puasa berkesan adalah puasa yang membuahkan takwa. Kehadiran Ramadan adalah kem latihan dan madrasah tarbiah selama sebulan yang lengkap dengan modul disediakan Allah SWT. Adaptasi daripada modul itu boleh dikategorikan melalui beberapa perkara iaitu iman, puasa dan takwa.

Begitulah kupasan Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam program Islam Itu Indah di IKIMfm mengenai ibadah puasa berkesan dalam membentuk keperibadian mulia serta menghayati pengertian puasa untuk membina ketakwaan kepada Allah SWT. Berpuasa adalah dasar iman yang akan menjadi benih kebaikan dalam diri. Melalui ibadah puasa, pengharapan terhadap keredaan Allah SWT menjadi keutamaan dalam menjalani ibadah puasa serta mengharapkan balasan syurga yang abadi.

Jika iman tidak dijadikan pegangan, hati tidak terdorong untuk melaksanakan fadilat dan kelebihan yang ada dalam bulan Ramadan. Keyakinan itu membawa umat Islam menyatakan Allah SWT itu ada dan percaya ganjaran pahala yang diberikan-Nya. Proses ibadah puasa bermula daripada niat yang membawa kepada tanggapan yang betul. Berpuasa ialah menahan nafsu supaya tidak terjerumus dengan amalan yang dimurkai Allah SWT dan digunakan ke arah kebaikan.

Bukan ibadah bermusim

Selain ganjaran pahala berlipat ganda, puasa juga bermanfaat terhadap tubuh badan supaya menjadi sihat. Pemakanan mengikut masa yang betul serta pengambilan makanan sunah menjadi keutamaan sepanjang bulan Ramadan. Puasa tidak sewajarnya ditafsirkan sebagai adat atau ibadah bermusim di mana ada sebahagian umat Islam masih menganggap puasa lebih penting daripada solat. Pendidikan fardu puasa perlu diterapkan kepada setiap umat Islam sejak kecil.

Puasa boleh menjadi benteng daripada melakukan amalan tidak disukai Allah SWT seperti mengawal nafsu serta mendidik hati supaya iman menjadi teguh. Mendidik nafsu boleh dilakukan dengan qiamullail, membaca al-Quran dan bersedekah. Kawalan dan didikan ini juga baik kepada akal dan hati kerana tidak lagi membenarkan mata sebagai jendela untuk melihat perkara nafsu. Elemen itu menjadi latihan yang akan memenatkan hawa nafsu supaya terus beribadah, elak melakukan maksiat.

Bimbing manusia asas ibadah sempurna

Segala bebanan diberikan terhadap nafsu ini penting dalam memandu diri kepada zon selamat daripada kejahatan. Umat Islam juga perlu diingatkan untuk terus menjadi hamba Allah SWT dan melakukan segala suruhannya. Iman dan puasa ini merangkumi satu proses tarbiah yang membimbing manusia kepada asas ibadah sempurna serta menjadikan perjalanan sepanjang Ramadan sebagai institusi pendidikan untuk melahirkan Muslim bertakwa. Konsep takwa akan terus menjadi ilmu dan cahaya kebenaran buat umat Islam ke arah meraih pahala dan balasan syurga yang Allah SWT janjikan. Istiqamah dalam memburu ganjaran kebaikan daripada ibadah puasa pada bulan Ramadan al-Mubarak ini membolehkan umat Islam melaksanakan puasa yang berkesan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: