Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Ramadan masa perangi hawa nafsu

Posted by epondok di Jun 9, 2016


Oleh Ahmad Nazri Mohd Yusof

NAFSU dikatakan amat payah untuk tunduk kepada perintah Allah SWT sejak ia mula-mula diciptakan. Oleh itu, untuk membentuk diri menjadi seorang yang beriman, hendaklah mendidik nafsu supaya mematuhi perintah Allah SWT.
Bulan Ramadan sewajarnya dimanfaatkan untuk mendidik nafsu mematuhi perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya kerana orang yang berpuasa tidak mengikut keinginan nafsu makan dan minum, sebaliknya mereka berpuasa mengikut perintah Allah SWT.
Pada bulan Ramadan, nafsu telah dididik untuk berpuasa, maka inilah waktu yang sebaik-baiknya memperbanyakkan amalan soleh bagi meraih keberkatan dan ganjaran ditawarkan pada bulan mulia ini.
Nafsu halang bersyukur, sabar
Nafsulah yang menghalang manusia daripada bertakwa, maka langkah pertama untuk menjadi insan bertakwa ialah memerangi hawa nafsu yang sentiasa mengajak manusia lupa serta lalai kepada menyembah Allah SWT. Nafsu juga menghalang kita daripada bersyukur, sabar, reda, bertawakal serta berharap kepada Allah SWT. Justeru, lawanlah nafsu supaya hati tidak dikuasainya, supaya kita syukur, sabar, reda, tawakal dan sentiasa berharap kepada Allah SWT bukan terus dibelenggu sifat sombong, takbur, hasad, dendam, buruk sangka, bakhil atau ujub.
Suci jiwa kekang hawa nafsu
Menerusi perbincangan bertajuk ‘Kenali Ramadan’, Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin dalam program Pesona D’Zahra di IKIMfm menyeru umat Islam menjadikan ibadah puasa pada bulan Ramadan sebagai landasan untuk menyucikan jiwa dan mengekang hawa nafsu.
Katanya, oleh kerana sifat nafsu yang asal sentiasa mengajak, mendorong atau menyuruh ke arah kejahatan, maka nafsu itu perlu dilawan, dikalahkan serta dilumpuhkan segala kehendaknya. Ajakannya mesti dilawan dengan penuh keazaman. “Kita ajak hati berazam untuk menjadi hamba Allah yang sedar dirinya hamba, punya sifat kehambaan dan berakhlak sebagai hamba seperti merendah diri, berkasih sayang dengan orang Mukmin, pemurah, berbaik sangka, pemaaf serta lemah lembut.
“Berjanjilah dengan diri dan bersungguh-sungguh untuk membuang sifat mazmumah supaya diganti dengan sifat mahmudah,” katanya.
Beliau berkata, jika kita gagal mendidik nafsu yang sentiasa mengancam, adalah sukar mendidik nafsu orang lain. Mana mungkin kita dapat membetulkan orang lain jika kita belum mampu membetulkan diri sendiri.
Laksana puasa dengan ikhlas
Menurut Muhammad, sebagai salah satu Rukun Islam, puasa wajib dilaksanakan dengan ikhlas, tanpa paksaan dan mengharap balasan daripada orang lain. Jika berpuasa dengan niat mendapat balasan atau pujian orang lain, maka ibadah puasa ditunaikan itu tidak memberi sebarang makna. Sebaliknya, kita hanya mendapat lapar dan haus sahaja.

Beliau turut berkongsi kisah Perang Badar yang terjadi pada tanggal 7 Ramadan, dua tahun setelah hijrah. Ia adalah peperangan pertama yang mana Muslimin mendapat kemenangan terhadap golongan kafir. Perang Badar juga sangat terkenal kerana beberapa kejadian ajaib yang terjadi dalam peperangan itu. Rasulullah SAW telah memberikan semangat kepada kaum Muslimin untuk memerangi kaum Quraisy yang akan kembali ke Makkah dari Syam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: