Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Program realiti Cabaran Menadah Kitab Turath

Posted by epondok di Jun 8, 2016


ASLANI M

KOTA BHARU: Berbeza berbanding program realiti yang dianjurkan stesen-stesen televisyen di negara ini, sebaliknya kerajaan Kelantan pula memperkenalkan Cabaran Menadah Kitab Turath.

Setiap peserta akan mempersembahkan bacaan kitab pondok gaya lama (tradisional) dengan diadili guru-guru pondok ternama.
Program itu diurusetia Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menawarkan hadiah sebanyak RM1,500 tempat pertama, RM1,000 kedua dan RM700 ketiga.

Program tersebut dianjurkan sempena Ramadan diadakan di Madinah Ramadan, Dataran Stadium Sultan Mohamad Ke IV.

Sebelum ini kerajaan negeri menganjurkan pertandingan melukis bagi memaparkan persekitaran Madinah Ramadan.

Pegawai Khas anggota Exco Nasaruddin Mahmood Muhaidin berkata program realiti menadah kitab Turath diadakan bagi memperkenalkan kaedah pembelajaran di pondok-pondok agama di negeri ini.

“Tidak ramai yang mengetahui sistem pembelajaran di institusi pengajian pondok tradisional. Jadi kita tengahkan program tersebut dengan mengetengahkan kitab-kitab lama,” katanya di sini.

Program itu akan diadakan selama empat hari pada 5, 6, 25 dan 26 Ramadan ini bermula jam 10 pagi hingga Zohor.

Program realiti itu terbuka kepada semua pelajar-pelajar pondok di Kelantan.

Beliau juga berkata kerajaan negeri juga mewujudkan Laman Sejahtera di Madinah Ramadhan. Ia beroperasi setiap hari bermula jam 3 petang hingga 11 malam. -HARAKAHDAILY

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: