Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Didikan guru mursyid berkesan

Posted by epondok di Jun 3, 2016


Oleh Mohd Faiz Othman

PERKATAAN ‘rushd’ membawa erti ilham yang Allah SWT kurniakan kepada seseorang dan dengan ilham itu dia dapat membezakan antara kebenaran serta mendapat hujah. Jika diamati dalam al-Quran, perkataan ‘rushd’ mempunyai kaitan dengan cerita mereka yang terjebak perkara mengelirukan.
Contohnya, Baginda SAW bersabda, jika seseorang itu membaca sepuluh ayat awal surah al-Kahfi, nescaya akan dipelihara daripada fitnah dajal yang datang untuk mengelirukan. Itulah doa pemuda yang diceritakan dalam ayat 10 di akhir perkataan ‘rushd’, yang memohon keselamatan untuk agama mereka.
Apabila merujuk kepada babak Nabi Musa dan Nabi Khidir dalam surah yang sama, Nabi Musa mengiktiraf Nabi Khidir sebagai mursyid iaitu golongan diberikan ilham oleh Allah SWT untuk membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Betul dan benar dua perkara berbeza kerana yang betul itu belum tentu benar dan begitulah sebaliknya. Betul adalah cenderung kepada pandangan atau perspektif manusia, manakala benar dari sisi pandangan Yang Maha Esa. Ertinya kayu ukur benar dan tidak benar bukanlah pada pandangan manusia.
Tanggungjawab guru
Segmen Ibrah di IKIMfm bersama Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman membahaskan perkataan ‘rushd’ yang disebut dalam al-Quran yang dikaitkan dengan peranan setiap kita memenuhi tanggungjawab sebagai guru memberi ilmu dan membenihkan akhlak dalam jiwa anak. Katanya, seorang guru yang mendidik dalam menyampaikan kebenaran perlu mempunyai ciri-ciri guru mursyid, yang bukan sekadar menyatakan perkara betul tetapi benar. Mungkin apa yang betul itu tidak benar pada pandangan manusia lain.
“Agama Islam adalah agama benar, tetapi ada segelintir pihak berasakan ia tidak betul dengan cara pandang mereka.” katanya.
Beliau berkata, Nabi Ibrahim juga memiliki ‘rushd’ kerana Nabi Ibrahim sebelum kenabian dikurniakan ilham oleh Allah SWT supaya Baginda tidak terkeliru. Muhammad berkata, terdapat dua kayu ukur guru yang bersifat mursyid.
Pertama, apa yang disampaikan daripada al-Quran itu terkesan di dalam hati seperti apabila Nabi Muhammad SAW membacakan ayat suci al-Quran lantas jin akan tersentuh dengan apa yang dibacakan Baginda.
Kedua, apabila anak murid terkesan dengan ayat Allah SWT yang disampaikan oleh guru, dia bukan semata-mata dengar dan terkesan, tetapi lebih daripada itu ingin menyebarkan apa didengarnya oleh lisan guru yang mursyid. Didikan agama Begitulah berlaku kepada jin yang diceritakan menerusi surah al-Ahqaaf, ayat 29, yang bermaksud: “Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.”
Didikan agama kepada anak bukan hanya tanggungjawab guru agama kerana kita mahu didikan agama terkesan dalam hati dan mereka mampu menyebarkan ilmu itu kepada insan lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: