Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Kena musibah bukan tanda dibenci

Posted by epondok di Mei 15, 2016


Oleh Ahmad Nazri Mohd Yusof

Usah tonjolkan kelemahan diri kepada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut insan yang lemah dan selalunya selepas selesai satu ujian, akan datang ujian lain. Oleh itu, bersedialah menghadapi ujian yang seterusnya. Melihat daripada sudut pandang yang positif, mereka yang diberi ujian adalah golongan yang beruntung kerana ujian tanda Allah SWT sayang kepada seseorang itu. Lebih-lebih lagi jika yang berdepan ujian reda dengan ketentuan Allah SWT.

Sebenarnya kita sangka apa yang kita inginkan adalah yang terbaik tetapi yang ditetapkan untuk kita oleh Allah SWT itulah yang terbaik. Justeru, berdoalah kepada Allah SWT iaitu tempat kembali segala masalah yang membelenggu kita. Jangan malu untuk merayu, meminta, memohon kepada Allah SWT kerana Allah SWT tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya.

Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin dalam rancangan Pesona D’Zahra berkata, setiap manusia akan sentiasa diberi musibah, ujian atau masalah di dunia yang sementara ini. Katanya, Allah SWT mempunyai rahsia-Nya tersendiri apabila menguji seseorang itu, sama ada untuk menambah keimanan atau melihat sejauh mana tahap iman kerana ada kala disebabkan ujian dihadapi mematangkan mereka. “Perlu diingat jika kita rasa diri ditimpa musibah yang besar, sebenarnya ada orang lain berdepan ujian lagi besar. Allah SWT menjelaskan dalam al-Quran yang Allah SWT tidak akan sekali-kali menguji di luar kemampuan hamba-Nya. ”

Allah SWT menguji seseorang bukan kerana benci tetapi percayalah Allah SWT sangat kasihkan hamba-Nya. Cuma kita tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujian-Nya. Pasti Allah SWT sudah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya,” katanya.

4 perkara bina kekuatan

Beliau berkata, terdapat empat perkara yang boleh membina kekuatan iaitu tegas yang berilmu (boleh buat keputusan). Tegas itu bermaksud berpegang teguh dengan syariat Islam walau di mana sekalipun. Tegas bukan bererti keras, kasar, berdemonstrasi, bergaduh atau maki hamun.

Kedua, perlu ada gurauan dalam rumah tangga untuk menseimbangkan antara sifat lemah lembut dan tegas. Maknanya dalam bergurau itu, kehormatan suami tetap dijaga dan jangan mengikut hawa nafsu hingga melampaui syariat.

Ketiga, biar ada kejutan yang baik antaranya memberi hadiah untuk menyemarakkan hubungan dalam rumah tangga dan keempat ialah menahan marah. Kelebihan tahan marah Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi, Baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia mampu melepaskan marahnya, Allah SWT akan memanggilnya daripada kalangan makhluk pada hari kiamat dan dia diberi peluang memilih bidadari yang ia sukai di syurga.”

Kepahitan di dunia diiringi kesabaran akan menjanjikan kebahagiaan di akhirat nanti sebaliknya kepahitan dan secebis penderitaan di dunia diiringi kelalaian kepada Allah SWT bakal mengundang kemurkaan-Nya serta menerima azab akhirat yang terlalu pedih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: