Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 12 Mac 2016

Tentatif Rehlah Ilmiyyah Kiyai Idrus Ramli Ke Kelantan

Posted by epondok di Mac 12, 2016

7 JAMADIL AKHIR 1437H / 16 MAC 2016M (RABU)

7.50 malam : Kuliah Maghrib di Masjid Sultan Yahya Petra, Machang

8 JAMADIL AKHIR 1437H / 17 MAC 2016M (KHAMIS)

Semua program Daurah Ilmu di Masjid Muhammadi, Kota Bharu

9.00 pagi      : Pendaftaran dan sarapan

9.30 pagi      : Ucapan Aluan Oleh Dr Luqman b Hj Abdullah

Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Ucapan YABrs Timbalan Yang DiPertua

Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

10.00 pagi    : Ucapan Perasmian

Oleh : YAB Ustaz Dato’ Hj Ahmad b Hj Yakob

Menteri Besar Kelantan

10.30 pagi    : Minum pagi

11.00 pagi    : Wacana Ilmu Pejabat Mufti Kelantan

Tausiyah Oleh : Dato’ Timbalan Mufti Negeri Kelantan

11.30 pagi    :  Kiyai Idrus Ramli

(Konsep Ahlu as Sunnah wa al-Jamaah)

1.00 petang : Makan tengahari dan Solat Zohor berjemaah

2.00 petang : Muzakarah Ilmiyyah I

Aqidah Ahlu as Sunnah

7.50 malam : Kuliah Maghrib di Masjid Wakaf Bharu, Tumpat

 

9 JAMADIL AKHIR 1437H / 18 MAC 2016M (JUMAAT)

8.30 pagi      : Kuliah umum di Medan Ilmu, Kota Bharu

9.30 pagi      : Muzakarah Ilmiyyah II

Diskusi Buku : Bermazhab atau tidak bermazhab

(Terbitan MAIK)

2.00 petang : Kuliah lepas Solat Jumaat di Pondok Lubuk Tapah

5.00 petang : Muzakarah Ilmiyyah III

Tasawwuf yang Murni: Suatu tuntutan

7.50 malam : Kuliah Maghrib di Masjid Al-Sultan Ismail Petra,

Kubang Kerian

10 JAMADIL AKHIR 1437H / 19 MAC 2016M (SABTU)

6.30 pagi      : Kuliah Subuh di Masjid Bandar Pasir Mas

9.30 pagi      : Muzakarah Ilmiyyah IV

                                      Kiyai Idrus Ramli dan Al-Habib Nael Ben Taher

Kembalikan Wibawa Ulama di tengah Masyarakat

1.25 petang : Solat Zohor

2.00 petang : Daurah Kitab I bersama Al-Habib Nael Ben Taher

7.50 malam : Daurah Kitab II bersama Al-Habib Nael Ben Taher

Posted in Program Terbaru | Leave a Comment »

Biodata Kiyai Idrus Ramli

Posted by epondok di Mac 12, 2016

Biodata IdrusBiodata Idrus2

Posted in Tokoh Ulama' | Leave a Comment »

Daurah Ilmu Bersama Kiyai Idrus Ramli di Kelantan

Posted by epondok di Mac 12, 2016

Poster Kiyai

Posted in Program Terbaru | Leave a Comment »

Elak sindrom sedih memanjang

Posted by epondok di Mac 12, 2016

Oleh Ahmad Nazri Mohd Yusoff

Bermunajat dan berserah diri kepada Allah membantu umat Islam mengelak mengalami kesedihan berpanjangan.

Kehidupan ini tidak selamanya indah, senang dan duka datang silih berganti. Mereka yang menyedari hakikat itu, memantapkan hati untuk menilai kehidupan di dunia ini. Allah SWT berfirman bermaksud: “Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Surah al-Anbiya, ayat 35)

Senang dan duka adalah sunatullah yang pasti mewarnai kehidupan ini. Tidak ada seorang manusia pun yang terus berasa senang dan tidak pula terus berada dalam duka serta kesedihan. Semuanya merasakan senang dan duka datang silih berganti. Jangankan kita, generasi terbaik umat ini, wali Allah SWT, sahabat Nabi SAW pun pernah dirundung kesedihan. Ingatlah firman Allah SWT bermaksud: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.” (Surah at-Taubah, ayat 40)

Sewaktu membicarakan tajuk ‘Jangan Bawa ke Esok’ dalam program Pesona D’ Zahra, Isnin minggu lalu, Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin, berkata setiap manusia yang berpijak di bumi nyata akan berhadapan perasaan sedih dalam dua keadaan iaitu diri sendiri dan orang di sekeliling.

Bersedih tunjuk kelemahan diri

Bersedih yang dilarang adalah kesedihan akibat tidak memiliki sifat sabar yang tinggi, tidak menerima takdir serta menunjukkan kelemahan diri. Kata-kata seperti ‘kalau’ atau ‘seandainya’ apabila berdepan kesedihan dan kecewa terhadap takdir adalah ditegah. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hai orang beriman, janganlah kamu seperti orang kafir (orang munafik) itu, yang mengatakan kepada saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan di muka bumi atau mereka berperang: Jika mereka tetap bersama-sama kita tentulah mereka tidak mati dan tidak dibunuh. Akibat (dari perkataan dan keyakinan mereka) yang demikian itu, Allah menimbulkan rasa penyesalan yang sangat di dalam di hati mereka.” (Surah Ali-Imran, ayat 156)

Sesungguhnya tiada tempat mengelak takdir yang telah ditentukan. Satu-satunya jalan adalah beriman kepada takdir Allah SWT kerana takdir pasti akan berlaku. Kita sebagai makhluk Allah SWT yang kerdil harus percaya dan meyakini setiap takdir yang ditentukan pastinya ada sebab. Contohilah liku kehidupan dan keperitan dialami Nabi Muhammad SAW. Baginda juga bersedih saat ditinggalkan orang dicintai. Namun, Baginda SAW tidak berlebihan ketika bersedih, sebaliknya Baginda bangkit dan kembali berjuang. Malangnya, ada antara kita mengalami sindrom suka memanjangkan kesedihan, seakan-akan Allah SWT yang menjadi tempat untuk kita memohon rahmat daripada-Nya, tidak wujud.

Belajar maafkan diri sendiri

Cabaran dan dugaan sepatutnya mendewasakan kita. Ada waktu, memang manusia akan merasakan kesedihan ketika dimarahi, dikeji atau difitnah, tetapi pada masa lain kita perlu insaf dan memohon kemaafan atas kesilapan yang dilakukan. Sedih adalah emosi yang dianugerahkan kepada manusia. Islam mempunyai penawar yang mujarab bagi mengubati segala penyakit manusia sama ada rohani atau jasmani. Antaranya, belajar memaafkan diri sendiri dan jangan membazirkan masa serta usia menanggung kesedihan. Kesedihan tidak akan menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah. Maka perhatikan masalah dan berusaha menyelesaikannya. Jika masalah itu bukan datang dengan penyelesaian, hendaklah tabah dan pandang apa yang masih ada pada kita. Langkah seterusnya dalam memadamkan rasa pilu ialah dengan belajar memaafkan kesalahan orang lain. Sebagai umat Islam, kita tidak boleh terasa atau tersinggung dengan orang lain terlalu lama apatah lagi menyimpan dendam. Allah SWT berfirman bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah juga Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az- Zumar, ayat 53)

Al-Quran penawar kesedihan Ada manusia yang bersedih dengan rupa parasnya, kejadiannya, nasibnya atau cara hidupnya. Tidak kurang yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya rendah, ibadah sedikit dan sebagainya. Sebagai cinta dan kasih Allah SWT, dianugerahkan kitab al-Quran penawar menghilangkan kesedihan. Saat manusia diulit rasa kesedihan, bermunajatlah kepada Allah SWT mudah-mudahan segala ibadah yang dilakukan dapat meningkatkan keimanan kita kepada-Nya dan menjadikan kita seorang hamba yang baik dan salih

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »