Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Solat sunat gerhana matahari

Posted by epondok di Mac 7, 2016


Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!! ( Solat berjemaah )

Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam)

ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorangan atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama

1. Niat solat Gerhana, Takbir

2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah

3. Rukuk

4. I’tidal

5. Baca Al-Fatihah dan surah

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

1. Niat solat Gerhana, Takbir.

2. Baca Al-Fatihah dan surah.

3. Rukuk.

4. I’tidal,

5. Baca Al-Fatihah dan surah.

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud

9. Tahiyyat Akhir

10. Salam

—————————

*Sunat dibaca nyaring pada bacaan fatihah dan surah semasa sembahyang gerhana bulan, tidak disunatkan baca secara nyaring pada sembahyang gerhana matahari.

*setelah selesai sembahyang disunatkan membaca khutbah seperti dua khutbah hari raya, tetapi tidak disunatkan takbir pada dua khutbah itu.

*hendaklah khatib menyuruh taubat, bersedekah, puasa dan lainnya

Advertisements

4 Respons to “Solat sunat gerhana matahari”

  1. shafifah said

    ISU PENGUNAAN KALIMAH ALLAH :

    1Isu Penggunaan Kalimah ALLAH – Raja Ahmad Mukhlis
    2Pertahan Kalimah “Allah”Muhammad Uthman El-Muhammady
    3Henti segera polemik kalimah Allah: Mufti Kedah
    4Penggunaan Kalimah Allah Yayasan Sofa
    5Antara Nama dan Hakikat-IKIM
    6HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH-JAKIM
    7Antara Celaru Dan Keliru

  2. ustazsubhi said

    Tu yang nama Allah dan ayat kursi tertulis pada jam jam dijual dikedai bukan islam tu macam mana bukan perkataan ALLAH saja ayat kursi sekali … patut itu jadi barang kawalan yang boleh dijual oleh orang islam saja … pakat diam tak kata apa … ada masjid dirobohkan diterengganu diam orang pakai serban kena dakwa benggali tak apa … sedangkian dalam undang undang lulus haji haji hajah dan lebai memakai serban… tak pernah dengar benggali kena saman takpakai topi keledar … negara islam orang islam salah pakai serban …melayu pulak tu benggali yang mai duduk negeri kita bebas tak sayang melayu tak sayang agama

  3. aburedza said

    Assalamualaikum
    Saya copy paste di blok saya

    http://aburedza.wordpress.com/

    Terima kasih

  4. […] Sumber : https://epondok.wordpress.com/2010/01/14/solat-sunat-gerhana-matahari/ […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: