Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Apabila kemaksiatan sudah jadi perkara biasa

Posted by epondok di Februari 24, 2016


Oleh Zamri Hashim
TINDAKAN tegas bendung aktiviti maksiat dalam kalangan remaja.
PEPATAH Melayu ada menyebut, ‘alah bisa tegal biasa’ yang membawa maksud perkara yang susah akan menjadi senang jika ia selalu dilakukan. Ia juga boleh diertikan sebagai sesuatu yang pada awalnya ganjil, lama kelamaan diterima sebagai perkara normal.
Bagi seorang yang beriman, maksiat, kemungkaran dan perkara membawa dosa sepatutnya dianggap sesuatu yang asing serta sukar untuk terjerumus ke dalamnya. Sebaliknya, bagi orang yang peribadinya memang ketagih kepada maksiat dan kemungkaran, perkara maksiat dan perkara yang menyebabkan ia terpalit dengan dosa adalah biasa, bukan perkara susah baginya untuk melakukannya. Rasulullah SAW menggambarkan dalam hadis riwayat Imam al Bukhari: “Sesungguhnya orang beriman itu melihat dosa yang dilakukannya itu seolah-olah ia duduk di bawah sebuah gunung yang dia sangat takut gunung itu akan runtuh menimpanya sedangkan orang yang jahat melihat dosa yang dilakukannya hanyalah seolah-olah seekor lalat yang terbang lalu di atas hidungnya.”
Kita sebagai orang beriman wajib berhati-hati jangan sampai meremehkan dosa dan tidak canggung lagi melakukan dosa ataupun sudah terbiasa melakukan kemaksiatan. Sehingga maksiat sudah normal dan formal dalam hidup. Suka kita mengingatkan masyarakat bahawa gelombang ‘menormalkan’ kemaksiatan dalam masyarakat sudah lama dimulakan sehingga ada beberapa bentuk maksiat dilihat semakin biasa dalam kalangan masyarakat Islam.
Akhlak pemudi peluk artis K-Pop
Ketika zaman kecil dahulu dan membesar di kampung-kampung, adalah tidak normal, bahkan dikira melakukan kesalahan besar jika ada anak kampung mengintai atau mengendap orang sedang mandi. Hari ini menonton orang sedang mandi sudah dianggap perkara biasa khususnya di hotel mahupun acara sukan air. Pernah kita menegur akhlak segelintir pemudi bertudung yang tidak segan silu memeluk dan merelakan diri dipeluk oleh artis K-Pop suatu ketika dahulu. Teguran itu disambut dengan sindiran sinis sesetengah pihak, “heboh menegur perbuatan segelintir pemudi perempuan sedangkan adegan peluk cium dalam televisyen tak ditegur pun.”
Sebenarnya perbuatan pemudi berkenaan dan segala adegan yang disebutkan tadi tetap haram di sisi Islam, namun lihatlah betapa berjayanya proses normalisasi sehingga kemungkaran dan kemaksiatan sudah dianggap perkara biasa. Oleh itu, sebagai umat Islam jika satu sikap perlu dizahirkan, maka wajib kita menzahirkannya sebelum terlambat dan perkara itu sudah dianggap normal oleh masyarakat. Contohnya isu murtad. Ada pandangan dalam kalangan umat Islam sendiri, “Apa bising-bising isu seorang dua murtad sedangkan kita ada berjuta lagi umat Islam di Malaysia.”
Yakinlah, jika ini sikap majoriti umat Islam dalam menanggapi isu murtad, maka dalam lima atau 10 tahun lagi umat Islam sudah menganggap fenomena murtad sebagai fenomena normal sedangkan murtad adalah satu kesalahan dan jenayah serius yang perlu dikekang kerana membawa mesej buruk kepada keindahan agama Islam. Ajaran Syiah, fahaman pluralisme agama (menganggap semua agama adalah sama) memberi pengiktirafan undang-undang kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah sesuatu yang sangat asing bagi masyarakat Islam yang berakidah Ahli Sunah wal Jamaah di negara ini.
AKTIVITI pelacuran perlu dikekang elak merosakkan umat Islam.
Tegas tangani isu Islam, umat Islam Namun atas nama hak kebebasan bersuara, hak asasi manusia, maka ia secara sedikit demi sedikit cuba diarusperdanakan dalam masyarakat sehingga sampai ketikanya ia sudah dianggap normal. Ambil iktibar daripada apa yang berlaku di negara jiran, kahwin silang agama, rumpun Melayu bebas tukar agama sudah lumrah dan normal. Jika kita masih tidak berusaha dan menzahirkan sikap ketegasan terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita, lebih-lebih lagi yang menyentuh isu Islam serta umat Islam, maka akhirnya generasi akan datang akan melihat fenomena yang sama berlaku di tanah air ini dengan menganggapnya satu suasana normal sahaja.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: