Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Pengampunan dosa ganjaran bantuan ikhlas

Posted by epondok di November 19, 2015


Oleh Syafiq Zulakifli
Bantuan kepada golongan susah sama ada material mahupun tenaga meringankan beban mereka.
Tangan di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Perumpamaan ini sering kali memberikan gambaran kisah setianya hamba untuk melaksanakan perintah menginfakkan dan mewakafkan harta hanya kerana Allah SWT.
Pada perbincangan lalu, program Ibrah mengupas kisah dua wanita Madyan yang ditemui Nabi Musa di atas bukit yang memerlukan bantuan dan pertolongan seperti diceritakan dalam al-Quran.
Ustaz Syaari Ab Rahman memulakan perbincangan dengan membawakan kata-kata ini, “Bantulah sebanyak-banyak mungkin hamba Allah dan itu sebenar-benarnya jalan penerimaan taubat.” Taubat diterima dalam pelbagai bentuk Penerimaan taubat seseorang hamba Allah SWT itu datang daripada pelbagai bentuk. Allah Yang Maha Pengampun tidak pernah mengehadkan setiap satu amalan yang ada pada jiwa seseorang untuk diampunkan dosanya. Allah SWT menceritakan kisah Nabi Musa yang keluar berjalan melarikan diri daripada kaum yang zalim, lalu dalam perjalanan itulah bertemu dengan dua wanita Madyan itu.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan setelah ia (meninggalkan Mesir dalam perjalanan) menuju ke negeri Madyan, berdoalah ia dengan berkata: Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku.” (Surah al-Qasas, ayat 22)
Nabi Musa berdoa kepada Allah SWT supaya ditunjukkan jalan yang benar. Permintaan Nabi Musa itu mengiringi setiap langkah perjalanan Baginda. Malah, Nabi Musa berasakan dirinya sentiasa melakukan kesalahan dan masih belum diampunkan oleh Allah SWT atas kesilapannya. Ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. Dia bertanya: “Apa hal kamu berdua? Mereka menjawab: Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.” (Surah al-Qasas, ayat 23)
Nabi Musa tidak melengahkan bantuan kepada dua wanita Madyan itu yang difikirkan sedang mengalami musibah, lalu Baginda dengan segera membantu mengambil air untuk diberikan minum kepada kambing wanita itu. Maka Musa pun memberi minum binatang ternak mereka, kemudian Baginda (Nabi Musa) pergi ke tempat teduh lalu berdoa: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.” (Surah al-Qasas, ayat 24)
Selepas Nabi Musa membantu dua wanita itu mendapatkan air untuk binatang ternakannya, Baginda pun berlalu pulang ke tempat asalnya lalu berdoa kepada Allah SWT diberikan rezeki. Nabi Musa yakin setiap permintaan dihajatkan akan diterima oleh Allah SWT. Permintaan Nabi Musa untuk mendapatkan segala kebaikan daripada Allah SWT melalui doanya. Kata Nabi Musa lagi: “Aku hendak lagi peluang untuk membantu orang.”
Setiap satu amalan dan kebaikan yang dilakukan oleh hamba itu hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Orang yang benar-benar ikhlas membantu saudara yang lain akan dibalas segala kebaikannya itu. Contohnya, jika ingin Allah SWT ampunkan dosa kita, hendaklah kita meringankan tangan membantu saudara yang lain. Orang yang selalu memikirkan nasib hamba Allah SWT yang lain tidak akan lena dalam hidupnya untuk sentiasa memberikan pertolongan sama ada dalam bentuk material, tenaga dan upaya.
Segerakan bantuan diperlukan
Kisah bantuan yang diberikan oleh Nabi Musa kepada wanita Madyan ini memberikan teladan bahawa Baginda tidak berfikir panjang untuk membantu seseorang yang dalam kesusahan, malah menyegerakan bantuan diperlukan. Orang Islam yang benar-benar mengharapkan keampunan daripada Allah SWT dengan amal bakti yang sedikit akan berasakan kebaikan daripada amal yang dilaksanakan itu. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata: Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami. Maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu.” (Surah al-Qasas, ayat 25)
Begitulah Allah SWT merakamkan dalam al-Quran satu amalan yang tidak akan mendatangkan kerugian kepada hamba-Nya. Allah SWT sentiasa mendengar permintaan hamba-Nya itu selagi mereka berpegang kepada perintah dan suruhan-Nya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: