Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Penghijrahan fizikal perlu seiring perubahan sikap

Posted by epondok di Oktober 11, 2015


Syafiq Zulakifli
Mereka yang memahami falsafah di sebalik pelaksanaan ibadah haji pasti akan mengerti peringatan Allah SWT kepada hamba-Nya untuk meneruskan kehidupan dengan amal kebaikan. Penyucian jiwa dan diri yang dilaksanakan menjadi sebab perubahan yang istiqamah. Datangnya takwim baharu dengan kisah penghijrahan adalah cerminan kepada wibawa hamba untuk melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.” (Surah Ali-Imran, ayat 104)
Sejarah perjuangan Rasulullah Muharam sinonim dengan sambutan Maal Hijrah. Sejarah perjuangan Rasulullah SAW yang disandarkan melalui peristiwa penghijrahan Baginda dari Makkah ke Madinah menunjukkan umat Islam digalakkan melakukan perubahan ke arah kebaikan. Tanpa rasa segan dan silu, perubahan wajar dilaksanakan dengan penuh rasa jiwa hamba dan meletakkan semangat perjuangan Nabi Muhammad SAW serta sahabat yang melaksanakan penghijrahan bukan sia-sia. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah SWT (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nisa, ayat 100)
Penghijrahan Rasulullah SAW dan sahabat adalah semata-mata kerana perjuangan membentuk akidah, tauhid dan kefahaman mengenai Islam. Agama Islam yang suci dibawa merentasi dari negeri ke negeri, negara ke negara, benua ke benua semata-mata untuk menyedarkan hamba perintah wajib dilaksanakan sebagaimana dicatatkan dalam kitab al-Quran dan sunah Baginda. Hijrah datangnya daripada sifat penolakan dari dalam. Mereka yang benar-benar ingin melakukan penghijrahan dan perubahan harus bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah SWT memohon keampunan supaya apa yang berlalu itu benar-benar menyedarkan diri. Mereka meyakini bahawa Allah SWT Maha Pengampun terhadap hamba-Nya dan mendengar segala rintihan serta permintaan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang bertakwa.” (Surah Ali-Imran, ayat 133)
Selain itu, simbolik penghijrahan adalah perpindahan dari satu tempat ke tempat lain. Perpindahan itu tidak semata-mata mengubah diri dan islah jiwa. Perkara lebih penting daripada itu membawa kefahaman mengenai hijrah kerana Allah SWT. Bagaimana mungkin mereka yang ingin berhijrah meninggalkan isteri, anak dan keluarga jika tidak meletakkan sepenuh keimanan kepada Allah SWT. Kefahaman ini perlu diperhalusi supaya penghijrahan bukan secara fizikal tetapi hadir melalui perubahan sikap dan pemikiran berteraskan keimanan sebenar. Berhijrah bersungguh-sungguh Mereka yang sanggup berhijrah kerana Allah SWT lantas berdoa bersungguh-sungguh menyempurnakan perubahannya itu, pasti akan memperoleh kelazatan dan nikmat yang akan mendorongnya mencapai kejayaan sebenar. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firman-Nya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan pelbagai gangguan) kerana menjalankan agama-Ku, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur syahid dalam perang Sabil), sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jugalah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal salih).” (Surah Ali-Imran, ayat 195)
Perubahan harus diurus. Perubahan adalah satu bentuk kesedaran dalam diri yang disokong oleh tindakan yang wajar supaya setiap daripada mereka itu benar-benar memahami tujuan penghijrahan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: