Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

60 Pondok Adiniah Al Yusufiah musnah dalam kebakaran

Posted by epondok di Oktober 6, 2015


 

LEBIH 60 buah pondok Adiniah Yusufiah di Gelang Mas, Pasir Mas, Kota Bharu musnah dalam kebakaran. Walau bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran masih dalam siasatan. – Foto ihsan pembaca

PASIR MAS : Lebih 60 unit Pondok Adiniah Al Yusufiah, Gelang Mas, di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 8.15 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Nazri Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.24 malam dan apabila tiba ke lokasi kejadian mendapati sudah lebih 50 peratus kawasan pondok itu terbakar.

Katanya, pihaknya juga mendapatkan bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung serta Kota Bharu membabitkan seramai 24 anggota untuk membantu memadamkan api yang marak. “Ketika kejadian itu, semua pelajar berada di dalam masjid untuk mengaji al-Quran. Api merebak terlalu cepat kerana struktur pondok yang dibina daripada kayu dan berdekatan.

“Kita berjaya mengawal kebakaran dalam masa 30 minit,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, sebentar tadi. Mohd Nazri berkata anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. “Setakat ini tiada kemalangan fizikal dan jiwa dilaporkan kerana kita bertindak dengan pantas,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: