Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Mengejar kejayaan hakiki

Posted by epondok di September 19, 2015


APABILA kaum muslimin pertama kali tiba di Madinah, Rasulullah SAW mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Ansar. Antara pasangan yang dipersaudarakan itu ialah Salman al-Farisi dan Abu Darda.

Setelah Nabi Muhammad SAW wafat, kedua-dua sahabat Nabi SAW itu berpisah negeri. Salman tinggal di Kufah, sementara Abu Darda duduk di Syam. Abu Darda memilih Syam kerana terdapat Baitulmaqdis yang merupakan tanah suci umat Islam.

Suatu hari Abu Darda mengirim surat kepada Salman. Beliau hendak mengkhabarkan keadaan dirinya dan berkongsi kegembiraan bersama saudara yang dikasihinya.

Abu Darda menulis: “Salam sejahtera ke atasmu. Amma ba’du, sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepadaku harta dan anak-anak. Selain itu, aku pun tinggal di tanah suci Baitulmaqdis.”

Beberapa masa kemudian, tiba surat balasan daripada Salman. Kandunganya sebagai berikut: “Ketahuilah, kejayaan bukan diukur dengan harta dan anak-anak. Akan tetapi kejayaan ialah apabila ketenangan memenuhi hatimu dan ilmumu bermanfaat untuk orang lain. Tanah negeri tidak menambah amal ibadah sesiapa. Justeru beramallah seolah-olah engkau melihat (akhirat), dan anggaplah dirimu telah mati.” (siyar a’lam al-Nubala)

Kejayaan semua

Kata-kata Salman ini mengandungi pengajaran tentang makna sukses yang sebenar. Kejayaan hakiki ialah kejayaan yang berguna untuk kehidupan di dunia dan di akhirat sekaligus. Ia tidak diukur dengan banyaknya harta dan keluarga, namun diukur dengan kedamaian hati dan keluasan minda.

Itu kerana harta, jawatan dan keluarga bukan ukuran kejayaan di mata Allah. Semua ini hanyalah perhiasan dan kejayaan semua belaka. Nabi bersabda: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu, akan tetapi memandang kepada hati dan amalmu. (Muslim).

Justeru, orang yang berjaya ialah yang hatinya luas mesti rumahnya sempit. Yang selalu mampu memberi meski hartanya sedikit. Yang selalu menemukan masa untuk bersujud mensyukuri setiap butiran nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya.

Sementara itu, orang yang gagal ialah yang sempit hatinya meski memiliki rumah yang luas. Yang sangat sukar memberi walaupun berlimpah hartanya. Dan yang tidak pernah ada masa untuk bersenda gurau dengan anak dan isterinya, terlebih lagi untuk akhiratnya.

Rasulullah selalu mengingatkan agar jangan pernah tertipu dengan kejayaan. Sebab semua kejayaan duniawi ini pasti akan meninggalkan dirinya suatu hari nanti.

Baginda bersabda: Seorang mayat akan dihiringi oleh tiga perkara, iaitu keluarganya, hartany dan amalannya. Dua perkara lalu meninggalkannya dan satu perkara akan kekal bersamanya. Keluarga dan harta akan meninggalkannya, dan amalannya akan kekal bersamanya. (al-Bukhari dan Muslim)

Jom luruskan minda sebelum terlambat. Wallahu a’lam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: