Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Kongsi nikmat kemewahan capai kebahagiaan akhirat

Posted by epondok di Mei 24, 2015


Oleh Surita Hartini Mat Hassan
Pembentukan jiwa yang murni dalam diri seseorang Muslim menjadi satu kewajipan untuk meningkatkan ketakwaan serta keimanan kepada Allah SWT. Jiwa yang murni sentiasa mengingati Allah SWT dan ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. Kemurnian serta keikhlasan hati dapat dibentuk dengan melaksanakan ibadah wajib dan sunat seperti yang dituntut oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka memperhambakan diri (beribadah) kepada-Ku.” (Surah al-Zariyat, ayat 56)
Bukti taat terhadap suruhan Setiap manusia wajib melaksanakan tanggungjawab kepada Allah SWT dengan menunaikan ibadah wajib seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya bagi membuktikan ketaatan terhadap suruhan-Nya. Di samping itu, individu Muslim digalakkan menunaikan ibadah sunat dengan hati yang ikhlas termasuk bersedekah. Sedekah adalah amalan sunat yang digalakkan kepada umat Islam dan dijanjikan pahala berlipat ganda jika dilaksanakan dengan ikhlas bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Mereka yang bersedekah juga akan mendapat lebih banyak manfaat dan sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261) Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 271)
Bersedekah dapat menghapuskan dosa dan sifat mazmumah. Mereka yang bersedekah sentiasa dilindungi oleh Allah SWT daripada melakukan segala bentuk kemungkaran dan dijauhkan malapetaka serta bencana alam. Penyakit sembuh, umur panjang Selain itu, mereka yang mencintai amalan bersedekah akan dilimpahkan rezeki seluas-luasnya, disembuhkan daripada penyakit dan dipanjangkan umurnya. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.” (Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)
Amalan bersedekah adalah berasaskan ilmu tauhid iaitu mengesakan Allah SWT dengan melakukan kebaikan (sedekah, tolong-menolong) dan meninggalkan segala larangan (riak, sombong) kerana Allah SWT sebagai tanda keimanan. Wujud kasih sayang sesama insan Sedekah juga memperlihatkan ciri ketakwaan dalam hubungan manusia dengan Allah SWT, keikhlasan hubungan sesama manusia untuk memberi pertolongan bagi melahirkan rasa kasih sayang sesama insan. Kehebatan bersedekah membolehkan manusia berkongsi menikmati segala kemewahan dan kesenangan duniawi untuk mencapai kebahagiaan di akhirat kelak. Ia juga mendidik masyarakat Islam sentiasa bersyukur atas segala pemberian-Nya dan sentiasa memikirkan kehidupan orang yang lebih memerlukan. Namun, kebergantungan terhadap manusia hanyalah bersifat sementara. Penerima sedekah seharusnya berusaha mencari rezeki dengan tujuan beribadah kepada Allah SWT tanpa mengharapkan belas ihsan orang lain dan percaya semua rezeki datang daripada Allah SWT. Umat Islam digalakkan menginfakkan lebihan atau sebahagian daripada harta dimiliki ikhlas kerana Allah SWT. Oleh itu, sebagai hamba yang menginginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat seharusnya menjadikan amalan sedekah sebagai satu kewajipan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: