Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Kelebihan Nabi Yahya kuasai ilmu

Posted by epondok di Mei 3, 2015


Oleh Syafiq Zulakifli

KANAK-KANAK mudah menguasai al-Quran dengan baik jika dibimbing.

Perjuangan nabi dan rasul yang diberikan sebuah kitab untuk difahami bersungguh-sungguh adalah satu cerita penting yang harus diteladani. Kisah Nabi Yahya menjadikan Kitab Taurat sebagai pegangan menunjukkan Rasulullah SAW dididik meneladani perjuangan nabi yang berpegang kuat kepada kitabnya itu.

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Keba ngsaan yang baharu sahaja berakhir membuka kefahaman kepada kita mengenai sikap seorang nabi iaitu Nabi Yahya, sepupu kepada Nabi Muhammad SAW. Perbincangan rancangan Ibrah yang dikupas oleh Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman minggu lalu, memberi satu suntikan kepada kita mengenai kelebihan yang ada pada Nabi Yahya. Ini diperincikan oleh Allah SWT dalam firman yang bermaksud: “Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya hikmat kebijaksanaan ketika dia masih kanak-kanak.” (Surah Maryam, ayat 12)

Nabi Yahya yang lahir di bumi Syria dan dimakamkan di Masjid Dimasy, Syria, adalah Nabi yang diberikan sebuah kitab, lalu diamalkan secara bersungguh-sungguh sejak kecil (kanak-kanak). Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan dia seorang yang bertakwa. Dan dia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya dan dia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.” (Surah Maryam, ayat 13-14)

Allah SWT menceritakan kelebihan Nabi Yahya yang amat taat kepada kedua-dua ibu bapanya. Sikapnya yang tidak sombong dan derhaka antara perkara penting yang diceritakan oleh Allah SWT untuk menunjukkan kepada Nabi Muhammad SAW kelebihan yang ada pada Nabi Yahya. Seperti yang kita sedia maklum, Nabi Yahya adalah kurniaan zuriat kepada Nabi Zakaria oleh Allah SWT dalam keadaan usia Nabi Zakaria pada waktu itu terlalu tua (sekitar 90 tahun). Namun, atas kuasa Allah SWT, zuriat itu dikurniakan sebagai meneruskan perjuangan Nabi Zakaria walaupun isterinya mandul. Selain itu, kelahiran Nabi Yahya cukup istimewa kerana nama Baginda diberikan oleh Allah SWT. Ini dirakamkan melalui firman Allah SWT yang bermaksud: “(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya): Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya.” (Surah Maryam, ayat 7)

Kuasai kitab sejak kanak-kanak Seterusnya, keilmuan Nabi Yahya terbukti apabila diberikan penguasaan untuk memahami Kitab Taurat sejak kanak-kanak lagi. Sesetengah ulama berkata, Nabi Yahya mengambil masa hanya tujuh tahun menguasai Kitab Taurat yang diwarisi daripada ayahandanya. Ulama’ menyatakan, apabila kita membaca al-Quran, hendaklah dilaksanakan seperti Nabi Yahya, iaitu dengan bersungguh-sungguh. Teladan inilah yang ditunjukkan oleh al-Quran kepada Baginda Nabi Muhammad, sebagai proses mendidik umat supaya kefahaman yang mendalam menjadi asas memahami kitab suci. Selain itu, sifat ‘hananah’ iaitu mendapat kasih sayang daripada langit (Allah SWT) dan Nabi Yahya menerima ucapan sejahtera daripada Allah SWT sendiri. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari dia diperanakkan dan pada hari dia mati, serta pada hari dia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).” (Surah Maryam, ayat 15)

Terhindar daripada dosa Nabi Yahya juga dikepung daripada dosa dan noda serta nabi yang salih, selain menjadi ketua yang setia dengan kebenaran seperti dijelaskan dalam al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): Bahawasanya Allah SWT memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada kalimah dari Allah SWT dan akan menjadi ketua dan juga akan menahan diri daripada berkahwin dan akan menjadi seorang nabi dari orang yang salih.” (Surah Ali-Imran, ayat 39)
Kelebihan dan keistimewaan yang diberikan kepada Nabi Yahya adalah kelebihan yang dikhabarkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW di dalam al-Quran. Kesungguhan Nabi Yahya dalam menguasai secara mendalam Kitab Taurat adalah petunjuk kepada Baginda Nabi untuk terus berpegang teguh kepada ajaran al-Quran lalu disampaikan kepada umatnya. Begitulah kisah Nabi Yahya yang diceritakan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: