Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Berbelanja ikut keperluan bukan nafsu

Posted by epondok di April 9, 2015


Oleh Wan Jemizan Wan Deraman dan Khuzama Abdul Rahman

Pengurusan kewangan dan membelanjakan harta adalah amanah Allah SWT. Ia satu keperluan bertujuan mencapai kehidupan yang diberkati. Perspektif yang tepat terhadap harta akan menjamin seseorang itu mencapai bahagia di dunia dan akhirat.

Sistem ekonomi Islam lebih memfokuskan kerohanian dan kesejahteraan sejagat di mana nilai etika diterapkan cuba mengurangkan fokus keperluan manusia terhadap kebendaan serta pembaziran. Kesannya, seorang Muslim boleh mengawal kehendak hati yang sentiasa bercambah supaya lebih terpimpin.

Keperluan manusia dalam berbelanja berbeza dan terbahagi

kepada tiga situasi sama ada dhoruriyyah, haajiyah atau tahsiniyah. Menurut teori kepenggunaan ekonomi Islam, kaedah perbelanjaan yang baik wujud jika pengguna membelanjakan pendapatan demi kepuasan yang seimbang antara material dan kerohanian. Dalam suasana ekonomi tidak menentu dan kos sara hidup semakin meningkat, adalah baik untuk kita renungi ajaran Islam berkaitan amalan kepenggunaan.

Seruan ini bukanlah reaksi kepada situasi ekonomi hari ini semata-mata, ia adalah amalan yang sepatutnya dihayati umat Islam. Kesukaran hidup tatkala berhadapan kos sara hidup yang meningkat berbeza dengan kesusahan hidup pada zaman nenek moyang kita. Kesukaran dalam mencukupkan pendapatan sangat memberi impak besar kepada institusi kekeluargaan merangkumi makan minum, persekolahan dan ibadah seharian.

Peningkatan kos sara hidup

Masalah peningkatan kos sara hidup yang dirasai hari ini adalah perkara besar yang tidak dapat dielakkan kerana ia berlaku

mengikut peredaran zaman. Namun, konsep berjimat cermat sudah lama diterapkan dalam jiwa Muslim. Dalam urusan berbelanja seharian, perlu diingatkan supaya tidak terlalu boros dan tidak terlalu kedekut.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatilah; dan infakkanlah harta yang baik untuk dirimu. Dan barang siapa dijaga dirinya daripada kekikiran maka mereka itulah

orang yang beruntung.” (Surah atTaghabun, ayat 16)

Berbelanja dengan berhemah dan tidak menurut nafsu, sentiasa bijak mengenal pasti antara keperluan dan kehendak hati. Jadilah pengguna bijak dengan mengutamakan

keperluan, ketepikan soal bermewah dan bermegah kerana aliran tunai pada hari ini sangat mudah mengalir keluar berbanding mengalir masuk. Ukurlah kepada kemampuan diri dan sentiasa memandang kepada orang yang lebih susah. Bersederhana walau di mana kita berada. Jika ingin berbelanja, semak dahulu barang yang ada kemudian senaraikan apa yang benar-benar penting dan berbelanjalah di kedai menawarkan harga berpatutan.

Jadi pengguna bijak

Sesungguhnya menguruskan kos sara hidup bukan semata- mata mengenal pasti jenis keperluan dan kehendak individu, sebaliknya ia turut merangkumi keperluan mengenal pasti peningkatan harga barang, mengatur strategi meningkatkan pendapatanserta menguruskan pendapatan dengan bijak. Kesungguhan untuk menguruskan kewangan diri dan keluarga bukanlah satu perkara mudah, seharusnya dibuat secara kolektif dengan mengamalkan perbincangan bersama pasangan berkenaan kos perbelanjaan harian, tabungan pendidikan anak, simpanan persaraan, takaful, pengurusan hutang

bulanan dan amal jariah.

Terapkan dalam diri anak bahawa pengurusan kewangan adalah tanggungjawab bersama dan perlu demi kesenangan hidup pada masa akan datang. Seorang suami memikul tanggungjawab besar ke atas isteri, anak dan keluarganya. Hakikatnya dalam kehidupan ini, kita sebenarnya sentiasa terikat dengan tanggungjawab dan amanah tanpa mengira siapa dan apa pangkat sekalipun. Sekiranya kita orang yang kaya maka janganlah dilupa pada golongan yang lebih memerlukan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: