Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Nilai ukuran kukuhnya iman

Posted by epondok di Februari 4, 2015


TULISAN SYAHIDATUL AKMAL DUNYA

UJIAN yang ALLAH turunkan kepada kita melalui berbagai-bagai cara. Antaranya musibah, bencana alam, kehilangan anak, ibu bapa, kemiskinan, dan sebagainya. Lantaran itu setiap ujian sama ada kesenangan dan kesusahan semuanya adalah daripada ALLAH, semata-mata untuk menguji sejauh mana tahap keimanan seseorang apabila berhadapan dengan ujian yang Dia turunkan.

Dipetik pandangan seorang reformis dan juga ilmuwan Islam, Sayyid Qutb menjelaskan, kemiskinan dan kekayaan adalah dua bentuk ujian daripada ALLAH. Inilah antara kesan apabila berlaku bencana seperti ‘bah besar’ atau banjir yang menimpa  di Pantai Timur, maka kesannya yang dapat kita lihat, kekurangan sumber untuk proses survival itu sendiri.

Kafarah kelalaian?

Ustaz Syed berkata, tidak dinafikan apabila berlaku bencana banjir seperti ini, ramai sukarelawan tampil membantu dalam misi kemanusiaan. Tidak kurang juga ramai penderma dari pelosok negeri tampil ke hadapan membantu mangsa banjir baik dari segi kewangan, makanan, minuman dan sebagainya.

“Walau bagaimanapun timbul persoalan bagi sukarelawan apabila mereka tetap melakukan kewajipan bersolat walaupun pakaian comot, berbeza dengan mangsa banjir yang leka dan tidak cakna dengan solat. Jelas tergambar di benak mata yang melihat,  adakah situasi ini mengundang amarah ALLAH?

“Pertamanya hukum menunaikan solat itu wajib, jelas ia adalah perintah sabit daripada ALLAH tanpa adanya perbezaan ulama menerusi firman ALLAH: “Dan dirikanlah solat dan tunaikan zakat dan rukuklah bersama-sama orang yang rukuk.” (Surah Al-Baqarah: 43)

“Ayat berkenaan menunjukkan perintah wajib menunaikan solat walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Begitu juga bagi mereka yang mengalami kesusahan ditimpa musibah seperti banjir, salji yang melampau, taufan dan sebagainya. Solat ibarat penggerak ummah dan juga menjadi lambang kesatuan tanpa mengenal perbezaan warna kulit, tua atau muda, tinggi atau rendah,” katanya.

Menurutnya, Rasulullah SAW bersabda: “Solat itu tiang agama, barang siapa yang mengerjakannya, maka ia menegakkan agamanya dan barang siapa yang meninggalkannya, maka ia meruntuhkan agamanya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Jelas menunjukkan betapa pentingnya solat. Berbalik kepada persoalan yang mana mangsa banjir tidak mengerjakan solat, seharusnya merekalah yang sepatutnya menadah tangan untuk meminta pertolongan kepada ALLAH dan juga mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku.

Masihkah kita ingat kejadian tsunami pada 26 Disember 2004 yang menenggelamkan hampir separuh dari Acheh, Indonesia. Walaupun pernah dahulunya digelar Serambi Makkah kerana negerinya penuh dengan ulama dan juga ilmuwan.

Bencana yang berlaku tidak mengenal orang yang soleh atau pelaku maksiat. ALLAH berfirman: “Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu. Ketahuilah bahawa ALLAH sangat kuat seksaannya,” (Surah Al-Anfal: 25)

Dia tidak memilih

“Sesungguhnya dalam urusan azab, ia urusan ALLAH kerana ALLAH Maha Berkuasa ke atas sesuatu. Jadi tidak timbul isu ketidakadilan yang mana ALLAH turunkan azab bagi mereka yang melakukan maksiat sahaja. Nauzubillah bagi mereka yang berfikiran sebegini.

“ALLAH menjelaskan seksaan yang diturunkan tidak hanya kepada mereka yang zalim sahaja. Ia juga menjadi sifat adil ALLAH berbanding makhluk-Nya berlainan sekali. Pasti ramai tertanya-tanya tidakkah mereka yang berbuat baik terlepas daripada bencana yang diturunkan. Maka pentingnya di sini konsep pesan-memesan dalam kebaikan dan mengelakkan kemungkaran.

“Manusia sering kali menyalahkan  takdir dan kesalahan orang lain atas apa yang telah berlaku. Secara tipikalnya manusia sering kali bertindak mengikut emosi bukannya reaksi. Jika kita dapat bezakan emosi, tindakan yang terhasil daripada perasaan dan bukannya melalui rasional akal fikiran, berbanding tindakan yang dipandu oleh reaksi, inilah yang dipanggil rasional dalam bertindak,” kata Ustaz Syed lagi.

Adakah kita selama ini bermuhasabah dalam setiap tindakan kita, adakah bencana yang melanda terjadi dengan secara tiba-tiba tanpa adanya sebab dan sunnatullah-Nya?. Persoalan sebegini harus dijawab kita sendiri sebagai makhluk dikurniakan akal fikiran.

Teladani umat terdahulu

Sering kali kita mendengar kesalahan dilemparkan kepada nenek-moyang terdahulu. Mereka menyalahkan golongan tertentu. Ini adalah sifat yang harus dibendung. Bukankah kisah umat terdahulu terjadi bagi memberikan peringatan dan pengajaran kepada umat manusia?

Seperti mana kisah Nabi Nuh AS dan pengikutnya yang diejek dan dicemuh ketika mana diperintahkan untuk membina bahtera. Begitu juga dengan kisah Nabi Hus AS dan kaum ‘Ad dan cerita Nabi Soleh dan kaum Tsamud yang mana mereka mengingkari perintah Nabi Soleh supaya menyembah ALLAH semata-mata. Namun kaum ‘Ad, dan kaum Nabi Nuh, mereka tetap dengan pendirian yang diwarisi daripada nenek-moyang mereka.

Tiga kisah berkenaan menjelaskan keingkaran pengikut nabi terdahulu dan cabaran dihadapi. Sesungguhnya dalam berdakwah terdapat berbagai cabaran dan onak yang harus ditempuhi. Redalah dengan apa yang berlaku kerana ia pengukur tahap keimanan kita!.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: