Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Bersangka baik dengan Tuhan dalam segala urusan

Posted by epondok di Januari 11, 2015


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Aku berada di sisi sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.

Jika dia bersangka baik, maka baginya (kebaikan menurut sangkaan baiknya). Jika dia bersangka buruk, maka baginya (keburukan menurut sangkaan buruknya).” (Riwayat Ibu Hibban)

Allah SWT menjelaskan kepada hamba-Nya bahawa mereka akan memperoleh sesuatu berdasarkan keyakinan mereka kepada-Nya. Keyakinan yang baik akan mengundang kebaikan, begitu juga sebaliknya.

Bersangka baik dengan Tuhan dilimpahkan kebaikan

Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani, maksud “Aku di sisi keyakinan hamba-Ku terhadap-Ku” ialah Allah SWT berkuasa melaksanakan apa yang diyakini oleh manusia bahawa Dia akan melakukannya.

Hadis ini mengajak umat Islamsupaya sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT dalam segala urusan,makaAllahSWT akanmelimpahkan kebaikan yang banyak, kurniaan, kelebihan serta pelbagai pemberian.

Berbeza dengan sangkaan buruk terhadap-Nya, dia akan mendapat apa yang disangkakan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: