Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Ulama sembunyikan kebenaran dianggap pengkhianat

Posted by epondok di Januari 3, 2015


Oleh Ahmad Shukri Yussof
Firman Allah SWT yang bermaksud:”Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan daripada keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.” (Surah al-Baqarah, ayat 159)

Al-Suyuti meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, katanya sebilangan umat Islam termasuk Muaz bin Jabal, Saad bin Muaz dan Zaid bin Kharijah bertanya pendeta Yahudi mengenai tanda kelahiran nabi yang bakal dilahirkan pada akhir zaman seperti dalam kitab Taurat.

Bagaimanapun, mereka enggan memberitahu sebaliknya menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan umum. Ayat ini diturunkan kerana ahli kitab telah menyembunyikan sebahagian daripada isi kandungan kitab suci mereka dengan beberapa cara. Antaranya, mereka tidak menerangkan nas kitab suci kepada manusia ketika diperlukan seperti berita kedatangan Nabi SAW dan sifat Baginda.

Mereka mengubah setiap perkataan ketika menterjemahkannya, atau menta’wilkan dengan sesuatu pengertian yang tidak benar kerana dorongan hawa nafsu mereka. Justeru, dalam ayat ini, Allah SWT mencela perbuatan jahat dan melaknat mereka untuk selama-lamanya. Ahli Kitab menyembunyikan perkara menyentuh mengenai Islam dan Nabi Muhammad SAW seperti yang terdapat dengan terang lagi jelas dalam kitab Taurat serta Injil.
Oleh itu, malaikat dan manusia akan melaknati dan menjauhi rahmat ke atas mereka. Kandungan ayat itu mencakupi setiap orang yang menyembunyikanilmu diwajibkan Allah SWT untuk diterangkan kepada semua manusia.

Sorok ilmu terima balasan api neraka

Nabi SAW bersabda: “Sesiapa ditanya mengenai suatu ilmu yang diketahuinya, tetapi dia menyembunyikan, maka hari kiamat dia dikekang dengan kekangan daripada api neraka.” (Riwayat Abu Daud) Diriwayatkan, Abu Hurairah berkata, “Jika tidak kerana suatu ayat dalam al-Quran, sudah tentu aku tidak mahu meriwayatkan kepada kamu semua. Kemudian, beliau membaca ayat berkenaan.” Faktor Allah SWT melaknat Bani Israel menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Mereka sentiasa tidak berlarang- larangan (sesama sendiri) daripada perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan.” (Surah al-Maidah, ayat 79) Golongan ahli kitab memang mengetahui daripada keterangan kitab suci mereka kebenaran kerasulan Nabi Muhammad SAW dan perintah disampaikan Baginda, namun menyembunyikan keterangan itu.

Meskipun asalnya asbab nuzul ayat itu mengenai pendeta Yahudi dan Nasrani yang menyembunyikan ajaran Allah SWT, mesej ayat hendaklah difahami secara umum meliputi semua pengkhianat dan yang menyembunyikan kebenaran hingga ke Hari Kiamat.

Sengaja menjauhi ayat termaktub dalam kitab

Mereka sengaja menjauhi ayat yang termaktub dalam kitab Allah SWT dan tidak menzahirkannya kepada umum, malah mendiamkan diri serta menyembunyikannya untuk menafikan hakikat yang diterangkan oleh ayat itu supaya terlindung daripada kesedaran orang ramai demi tujuan keduniaan.

Mereka seolah-olah menjadi sasaran laknat ke atas mereka dari segenap penjuru. Maksud laknat dalam konteks ayat ini ialah pengusiran daripada rahmat Allah dengan penuh kemurkaan dan ancaman. Itulah manusia yang dikutuk Allah SWT iaitu mereka diusir daripada rahmat-Nya. Balasan itu memang wajar dan adil kerana menyembunyikan kebenaran daripada manusia adalah satu pengkhianatan terhadap Allah dan rasul-Nya.

Pengkhianat sembunyikan kebenaran untuk duniawi Pengkhianat biasanya menyembunyikan kebenaran dengan motif melindungi kepentingan duniawi mereka. Keadaan itu dapat dilihat dengan jelas dalam kalangan ulama pengecut dan bacul yang wujud dalam masyarakat Islam yang ditindas kebebasannya pada setiap zaman.

Oleh sebab itu kita melihat keseluruhan Bani Israel telah dilaknat kerana tidak melaksanakan kewajipan mencegah kemungkaran. Kemudian, wajib segolongan dalam satu umat yang menjalankan tugas makruf dan nahi munkar. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.” (Surah Ali-Imran, ayat 104)

Justeru, menyampaikan ilmu dan menjelaskan kebenaran tugas setiap orang. Adapun menyembunyikan kebenaran an mendokong kebatilan tidak akan menghasilkan apa-apa melainkan mengundang laknat serta kemurkaan daripada Allah SWT.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: