Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Jaga adab berziarah orang sakit

Posted by epondok di November 10, 2014


Menziarahi orang sakit adalah amalan mulia. Ia dapat mengingatkan kita yang sihat bahawa kita juga akan sakit. Hari ini kita sihat, esok lusa mungkin kita pula yang sakit. Ziarah juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

Antara adab ziarah ialah pemilihan waktu yang wajar. Untuk hospital, maka ziarahi pada waktu melawat. Jika di rumah, ziarahi lah pada waktu petang. Waktu malam mungkin tidak sesuai kerana pesakit mungkin ingin berehat dan tidur. Maka pilihlah waktu yang sesuai. Waktu ini mungkin berubah mengikut keadaan pesakit.

Selain itu, tidak sewajarnya kita berbual lama dengan pesakit. Kita menziarahi sambil duduk satu hingga dua jam berbual isu politik, ekonomi dan agama. Pesakit ingin berehat. Cukup sekadar 10 minit bertanya khabar, mendoakan kesihatannya, menyampaikan salam orang lain kepadanya dan beberapa perkara yang ringan sahaja.

Selain itu, boleh juga dibawa buah tangan. Seeloknya buah tangan yang sesuai dengan pesakit. Pesakit kencing manis lalu kita membawa buah rambutan yang manis. Hatinya mungkin ingin makan, namun tertahan dengan sebab sakitnya. Maka sewajarnya dibawa biskut yang sesuai dengan pesakit kencing manis.

Ini antara sebahagian adab yang boleh diamalkan. Pada masa yang sama, kita tidak lupa mengingatkan pesakit agar banyak bersabar, banyak ingat kepada Allah dan memohon istighfar kerana ini adalah ujian Allah kepada orang yang sakit.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: