Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Prihatin terhadap rezeki

Posted by epondok di September 18, 2014


REZEKI dapat difahami sebagai sumber pendapatan, mata pencarian dan bahan keperluan untuk hidup seperti makanan sehari-hari, wang yang diperoleh untuk membeli makanan dan juga nafkah yang dapat menanggung diri dan keluarga.

Selain itu, rezeki yang berkat akan membawa kebaikan, keuntungan dan kemujuran dalam kehidupan seharian. Bagi petani rezekinya adalah hasil pertanian seperti buah-buahan yang lebat dan hasilnya dapat dijual kepada orang ramai. Bagi, nelayan rezekinya di sungai atau di lautan berupa ikan, udang dan sotong.

Sementara itu, bagi penjawat awam rezekinya terletak pada gaji atau bayaran yang diterima setiap bulan. Bagi peniaga, rezekinya terletak kepada hasil jualan barangan yang dipasarkan. Begitulah rezeki, tidak mengira siapa dan di mana akan diberikan oleh Allah SWT kepada pemilik dan haknya.

Memanfaatkan rezeki seperti hasil pendapatan dan mata pencarian mestilah kepada diri sendiri dan juga keluarga. Manakala, rezeki yang banyak boleh disedekahkan kepada golongan yang kurang bernasib baik atau kepada orang lain untuk mendapat ganjaran pahala.

Rezeki adalah mata pencarian dan hasil kerja yang dilakukan oleh seseorang bagi meneruskan kehidupan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Mencari rezeki yang halal adalah wajib sesudah menunaikan yang fardu (seperti solat, puasa dan lain-lain).” (riwayat Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)

Sebagai manusia dan umat Islam kita digalakkan bekerja, berusaha ke arah mencari rezeki yang halal di dunia. Pelbagai rezeki dihidangkan oleh Allah SWT dalam bentuk dan keadaan yang berbeza.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Ruhul Qudus (malaikat Jibril) membisikkan dalam benakku, bahawa jiwa tidak akan mati sebelum lengkap dan sempurna rezekinya. Oleh itu, hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan memperbaiki mata pencarianmu. Apabila datangnya rezeki itu terlambat, janganlah kamu memburunya dengan jalan bermaksiat kepada Allah kerana apa yang ada di sisi Allah hanya boleh diraih dengan ketaatan kepada-Nya.” (riwayat Abu Dzar dan Al Hakim)

Keupayaan dan kekuatan manusia terletak kepada akal dan tenaga. Manusia boleh berusaha dengan akal dan tenaga untuk mencari rezeki yang halal. Manusia boleh berusaha dengan alam dan sekitarnya untuk mendapatkan rezeki yang halal.

Mensyukuri nikmat

Mensyukuri nikmat Allah SWT dengan rezeki yang diperoleh adalah bukti keimanan seseorang umat Islam. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila dibukakan bagi seseorang pintu rezeki, maka hendaklah dia tetap (jangan suka berpindah-pindah ke pintu-pintu rezeki lain atau berpindah-pindah usaha).” (riwayat Al-Baihaqi)

Daripada rezeki yang baik dan halal akan memberikan keberkatan dan hubungan yang baik dengan makanan, minuman dan pakaian dengan ibadah. Ini disebabkan, ibadah yang kita laksanakan berkait rapat dengan sumber makanan dan minuman serta rezeki yang halal.

Umat Islam hendaklah prihatin terhadap rezeki terutama berkaitan makanan dan minuman untuk menjamin kesihatan tubuh badan dan mendapat keredaan Allah SWT. Faktor rezeki iaitu makanan dan minuman juga mempengaruhi penerimaan sesuatu ibadah dan doa, makan makanan haram iaitu daripada rezeki yang haram mengakibatkan doa tidak makbul dan ibadah ditolak.

Mencari rezeki yang halal diumpamakan sebagai jihad. Ini disebabkan seseorang itu terpaksa berusaha keras demi mencukupkan rezeki berupa makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal kepada ahli keluarganya.

Dalam berusaha dikatakan rezeki selalu mencari orang yang sabar, tabah berusaha, tahan ujian, gembira dan bersyukur apabila mendapat rezeki yang dikurniai oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Kemiskinan atau kekayaan dikatakan tidak penting, tetapi rezeki yang secukupnya dan berkat akan memberikan manfaat dan nikmat yang tidak ternilai.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: