Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Dunia kutuk kezaliman Zionis di Gaza

Posted by epondok di Ogos 11, 2014


Oleh Mazlina Ismail

 

 

Dunia marah lihat kezaliman Zionis di Gaza

Konflik di Gaza buka mata dunia mengenai kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.

Masyarakat antarabangsa mahu ketidakadilan terhadap Palestin dihentikan

 

 

 

Ketika rencana ini ditulis, sudah lebih 27 hari dunia menyaksikan darah penduduk awam yang dibunuh tanpa belas kasihan terus mengalir membasahi bumi Gaza. Alasan ‘mempertahankan diri’ rejim Zionis Israel ke atas tindakannya membunuh penduduk awam dengan serangan dari pelbagai sudut, baik udara, darat dan laut di kawasan awam seperti pasar, sekolah, rumah dan masjid, tidak kecuali tempat perlindungan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), adalah alasan demi menutup kelemahan mereka yang gagal mencari secara tepat lokasi simpanan persenjataan pejuang Hamas.

 

 

Walaupun semua lokasi itu dibom dan dimusnahkan, roket Hamas tetap terus menghujani bandar besar Israel sehingga menimbulkan kebingungan rejim Zionis.

 

Begitu mudah Israel cuba memperdaya dunia untuk memulakan dan menghalalkan serangan terbaru mereka terhadap Gaza, dengan hanya membuat tuduhan liar bahawa Hamas menculik dan membunuh tiga rakyat penjajah Israel.

 

 

Helah rekaan Israel

Akhirnya semua tahu ia satu helah rekaan semata-mata bagi menghalalkan peperangan terhadap orang awam. Tidak ada penculikan, tidak ada pembunuhan seperti yang didakwa Israel. Sehingga hari ini, setelah hampir sebulan mereka terus mengebom Gaza dan membunuh ribuan rakyat tidak bersalah dengan alasan mempertahankan diri.

 

Serangan ganas dan tidak berperikemanusiaan oleh tentera pengganas Zionis Israel terhadap 1.8 juta rakyat Gaza dalam ruang yang begitu sempit, tanpa air, tanpa elektrik dan keperluan asas, terkepung dan tidak mempunyai jalan keluar, mengorbankan ramai orang awam dengan lebih 85 peratus daripadanya rakyat tidak berdosa termasuk kanak-kanak.

 

Perumahan awam, ambulans, premis sekolah UNRWA dan infrastruktur utama Gaza termasuk satu-satunya stesen jana kuasa juga tidak selamat daripada serangan Israel ini. Ringkasnya seperti yang diungkapkan oleh wartawan di sana ‘tiada tempat selamat di Gaza’.

 

Tindakan penentangan oleh Hamas bukannya keganasan seperti dituduh Israel dan sekutu kuat mereka Amerika Syarikat.

 

Jika melihat kepada keupayaan roket Hamas yang ditembak ke arah Israel hanyalah bagi menyatakan bantahan ke atas penganiayaan Israel kepada penduduk wilayah itu.

 

Penentangan Hamas menggunakan roket adalah sebagai menyatakan penentangan mereka terhadap kerakusan penjajahan Israel terhadap tanah penduduk Palestin selepas dunia membisu dan tidak mengambil sebarang tindakan.

 

 

Gaza tiada angkatan tentera

 

Gaza tidak mempunyai angkatan tentera untuk mempertahankan negerinya, yang ada hanyalah Hamas. Itupun dengan roket buatan sendiri. Ia lebih baik berbanding suatu ketika dulu penentangan mereka hanyalah dengan batu-batu dan lastik saja.

 

Tetapi mereka akan terus menentang dan menuntut balik hak tanah air mereka walaupun seluruh dunia membisu dan tidak membantu.

 

Dalam pada itu, ketika pemimpin dunia Arab terus berdiam diri, media antarabangsa melaporkan bahawa Israel memanggil 16,000 askar simpanan selepas rejim Zionis itu meminta Amerika Syarikat membekalkan senjata tambahan.

 

Lebih malang, Amerika Syarikat bersetuju untuk membekalkan senjata tambahan untuk terus membunuh warga Gaza.

 

Perkembangan ini amat mengecewakan dan amat membangkitkan kemarahan dunia. PBB seolah-olah menutup mata terhadap apa yang berlaku dan kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin dan merelakan jenayah ini.

 

Kemajuan teknologi maklumat hari ini dengan kemudahan jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube dan banyak lagi membolehkan penduduk dunia melihat sendiri kekejaman Israel.

 

Setiap hari paparan gambar serangan demi serangan dan wajah mangsa pembunuhan kejam beramai-ramai membanjiri laman sosial ini merentap naluri kemanusiaan sesiapa saja yang melihatnya.

 

Masyarakat dunia bosan melihat pembunuhan dan penderaan sewenang-wenangnya oleh Israel ke atas Palestin. Mereka mahu ketidakadilan ini dihentikan.

 

Pencinta keamanan mula menuntut keadilan bagi mereka yang tertindas. Ramai mula bangkit daripada kesedaran bahawasanya isu Palestin bukan saja mengenai agama Islam tetapi ia adalah isu kemanusiaan.

 

Mereka yang tidak menentang kezaliman Zionis Israel ini sebenarnya dalam hati mereka sudah tiada nilai kemanusiaan lagi.

 

Seseorang itu tidak perlu menjadi orang Islam itu terpanggil membela kezaliman terhadap penduduk Gaza, cukup untuk menjadi manusia.

 

Penyokong keamanan dunia mula menyuarakan sokongan kepada perjuangan rakyat Gaza menentang penjajahan Zionis Israel di seluruh negara. Berpuluh negara menganjurkan perarakan dan perhimpunan bagi mengutuk serangan ganas yang dilakukan ke atas Gaza, termasuk di depan White House, New York, begitu juga Malaysia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: