Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Qunut Nazilah untuk kemenangan umat Islam

Posted by epondok di Ogos 9, 2014


Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

 

Kita bertanggungjawab mendoakan apabila Muslim kena tindas, dizalimi

 

Qunut Nazilah adalah amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW ketika umat Islam ditimpa musibah. Ini bertepatan dengan hadis Anas bin Malik yang berkata: “Bani Ri’lin, Zakwan, Usayyah dan Bani Lahyan pernah meminta pertolongan daripada baginda Nabi SAW untuk mendepani musuh mereka (dalam sebuah peperangan). Atas dasar kepercayaan, Nabi SAW telah mengutuskan 70 orang sahabat daripada kaum Ansar yang kesemua menghafaz al-Quran. Kami menamakan golongan itu sebagai ‘al-Qurra’. Mereka dikenali sebagai golongan yang sangat banyak menghulurkan bantuan kepada orang fakir miskin pada siang harinya, manakala pada waktu malamnya pula mereka menghidupkannya dengan Qiamullail.

Ketika mereka sampai di Bi’r ma’uunah mereka telah dibunuh oleh kabilah yang pada awalnya berjanji dengan Nabi SAW akan menjaga mereka sebaik mungkin. Perjanjian itu telah dikhianati sehingga menyebabkan baginda Nabi SAW membaca doa qunut Nazilah selama sebulan dan berdoa dalam solat Subuh supaya Allah menurunkan balasan setimpal ke atas mereka yang melakukan pengkhianatan.” (Riwayat Bukhari)

 

Hadis ini dengan jelas menunjukkan qunut Nazilah boleh dilakukan pada bila-bila masa saja apabila umat Islam dizalimi dan ditindas. Apatah lagi pada hari ini kita dapati umat Islam di seluruh dunia, khususnya Gaza yang ditindas tanpa sebarang pembelaan.

 

Doakan kemenangan

 

Oleh itu, kita sebagai umat Islam bertanggungjawab untuk mendoakan kemenangan kepada sahabat kita di Gaza dan sebagainya. Ini kerana doa qunut Nazilah adalah satu-satunya sumbangan yang termampu oleh kita lakukan di Malaysia. Semoga doa kita itu akan diterima dan sekali gus memberi kekalahan yang teruk ke atas Zionis Yahudi.

 

Ulama telah menentukan beberapa cara untuk melakukan qunut Nazilah, iaitu boleh dibaca dalam semua solat fardu pada setiap hari, dilakukan pada rakaat terakhir selepas rukuk, mendoakan kehancuran ke atas golongan kafir dan kemenangan ke atas umat Islam.

 

Tidak terlalu panjang tetapi pendek dan padat. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada kebijaksanaan imam. Sunat dikuatkan suara ketika membacanya dan diaminkan oleh makmun jika mereka solat berjemaah. Doa dalam bahasa Arab dan tidak dalam bahasa selainnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: