Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Kemenangan umat Islam

Posted by epondok di Ogos 2, 2014


ALHAMDULILLAH, penulis sekali lagi ingin menyambung beberapa lagi peristiwa yang melakarkan kegemilangan umat Islam pada zaman dahulu hanya dengan kedatangan Ramadan. Sebahagian catatan kemenangan itu telah disebutkan pada siri pertama terbitan bertarikh 11 Julai lalu dan berikut adalah sambungannya iaitu;

1 Pembukaan Kota Babak al-Khurmi pada tahun 222 Hijrah. Ia berlaku pada zaman Khalifah al-Mu’tasim di zaman Kerajaan Abbasiah.

2 Pembukaan Ammuriah yang berlaku pada tahun 223 Hijrah. Juga dibuka pada zaman al-Mu’tasim. Pembukaan ini diketuai sendiri oleh al-Mu’tasim.

3 Jatuhnya Kota Sarqusah pada 14 Ramadan tahun 264 Hijrah. Kota Sarqusah itu jatuh setelah dikepung di darat dan di laut selam sembilan bulan oleh tentera Islam yang diketuai oleh Jaafar bin Muhammad. Dengan jatuhnya kota tersebut dan kekalahan tentera Rom menyebabkan kerajaan Byzantine merasa amat terpukul dan lumpuh teruk.

4 Pada pagi hari Jumaat, bersamaan 25 Ramadan, tahun 479 Hijrah, berlaku peperangan Zallaqah (suatu kawasan tanah rendah yang terletak berhampiran negara Portugis sekarang). Dalam peperangan itu, tentera Islam di bawah pimpinan Yusuf bin Tashfin telah mengalahkan tentera Perancis, pimpinan Alfonso.

5 Peperangan Harem yang berlaku pada 559 Hijrah. Ia berlaku pada zaman pemerintahan seorang raja yang soleh dan terkenal, iaitu Sultan Nuruddin Mahmud al-Zanki melawan tentera Perancis di Harem. Tentera kafir terbunuh seramai 10,000 orang di dalam peperangan.

6 Salahuddin al-Ayyubi mengalahkan pasukan tentera salib juga pada bulan Ramadan, iaitu pada tahun 584 Hijrah. Seterusnya mereka berjaya mengambil dan menguasai kembali benteng Shafad.

7 Kerajaan Mamalik mengalahkan pasukan tentera Tartar Monggol di Ain Jalut juga berlaku pada bulan Ramadan tahun 658 Hijrah. Penguasa Mesir, Qutuz mengalahkan tentera Monggol di Ain Jalut juga pada bulan Ramadan.

8 Pembukaan Kota Anthokia pada tahun 666 Hijrah. Peperangan ini menentang golongan Salib (Kristian) di tempat yang bernama Anthokia, Syria. Peperangan ini diketuai oleh Panglima tentera Islam yang masyhur Raja al-Zahir Baybers. Tentera musuh yang berada di dalam bandar itu berjumlah 100,000 ribu. Mereka tidak mahu menyerah kalah kepada tentera Islam.

Akhirnya, tentera Islam berjaya memasuki kota tersebut pada hari Sabtu dan berlakulah peperangan yang sengit di antara kedua-dua belah pihak.

Pada hari Ahad, tentera musuh yang berkubu di dalam kubu kuat mereka akhirnya menyerah kalah dan menyerahkan kubu itu kepada Raja al-Zahir Baybers. Beliau mengampuni kesemua daripada mereka yang berada di dalam kubu itu. Akhirnya, bandar Antokia telah selamat dikembalikan kepada umat Islam dengan kekalahan di pihak tentera Salib.

9 Pembukaan negeri Armenia pada tahun 673 Hijrah. Pembukaan ini adalah satu kemenangan yang besar bagi tentera Islam ke atas golongan Kristian Arman. Armenia adalah tempat yang amat strategik kepada pihak Rom.

10 Peperangan Shuqhub yang berlaku pada 2 Ramadan tahun 702 Hijrah (20 April 1303M). Sebab berlakunya peperangan ini ialah kerana Qazan cucu kepada Hulagu Khan ingin menghancurkan kerajaan Islam di Mesir. Pada masa yang sama, mahu mengembalikan al-Quds untuk diserahkan kepada golongan Kristian.

Qazan menghantar Khatlushah untuk bergabung dengan pihak Kristian terutamanya di Arman. Mereka telah berjaya menawan banyak bandar umat Islam dan membunuh ramai umat Islam. Peperangan itu berlaku pada hari Sabtu 2 Ramadan di Shuqhub. Sebermula peperangan berlaku, tentera Monggol telah berjaya memberi tamparan yang hebat kepada tentera Islam dengan membunuh ramai dalam kalangan tentera Islam. Akan tetapi ia tidak kekal lama.

Berkat kurniaan Allah SWT, keadaan menjadi berubah di mana tentera Islam tetap cekal dan tidak berganjak untuk melawan musuh dan akhirnya tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Monggol setelah mengharungi peperangan yang sengit. Akibat semangat berkobar-kobar tentera Islam, tentera musuh lari dari medan peperangan dan bersembunyi di celah-celah bukit.

Sementara tentera Islam mengekori mereka sehingga ke sungai Furat untuk membunuh dan melawan mereka. Pada empat hari bulan Ramadan, tentera Islam balik ke Dimashq dengan kemenangan yang besar termasuklah Ibnu Taimiyyah dengan sahabat-sahabatnya yang berjihad dengan jiwa raganya sendiri.

11 Pembukaan negara Bosnia Herzegovina pada tahun 791 Hijrah. Negara Bosnia Herzegovina sebenarnya sudah lama berada di bawah pemerintahan Islam di zaman Khilafah Uthmaniah. Sultan-sultan Kerajaan Uthmaniah semuanya berjiwa pejuang dan banyak meneroka tempat-tempat baharu, terutamanya di sebelah Eropah. Banyak raja-raja di negara Eropah tunduk di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniah. Tentera Islam pernah sampai ke Vienna, Itali dengan mengepung bandar itu.

12 Kemenangan tentera Mesir dan Syria mengalahkan tentera Israel di Semenanjung Sinai pada bulan Ramadan 1393 Hijrah. Ini menjadikan pukulan yang hebat kepada tentera Israel sehingga mengheret kepada perjanjian.

Menerusi peristiwa-peristiwa di atas ini menunjukkan kepada kita betapa para sahabat makin bersemangat dengan kedatangan Ramadan kerana ia memberi kekuatan dalaman, yang seterusnya menjadikan mereka dapat mengalahkan nafsu syahwat dan juga dengannya cahaya dan sinar ilham Allah SWT kepada hati mereka.

Semoga kita semua meraih ketakwaan sepanjang bulan Ramadan yang masih berbaki dengan pengisian ketaatan dan akhirnya kita berjaya hidup di dunia dan akhirat dalam keredaan Allah SWT. Amin.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: