Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Perbanyakkan bacaan al-Quran

Posted by epondok di Julai 7, 2014


KITA berada di akhir-akhir bulan Syaaban dan akan memasuki bulan Ramadan beberapa hari lagi. Sudah pasti umat Islam seluruh dunia mengetahui apa yang akan ditempuhi pada bulan berikutnya. Sebelum menyambut bulan tarbiah, Ramadan al-Mubarak, maka lebih baik bagi seseorang Muslim untuk melakukan persiapan sebaiknya.

Bulan Syaaban mempunyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri di dalamnya. Namun, ia sering kali diabaikan oleh umat Islam, sedangkan Rasulullah SAW bersungguh-sungguh melakukan ibadah dan amal kebaikan di bulan ini. Kerana itulah bulan Syaaban disebutkan sebagai bulan yang diabaikan.

Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Ia adalah bulan ketika manusia ramai yang lalai (daripada beramal soleh), antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan ketika amalan dibawa naik kepada Allah Rabb semesta alam, maka aku senang apabila amal-amalku diangkat kepada Allah saat aku mengerjakan puasa sunat.” (riwayat al-Tirmizi)

Generasi salafussoleh cukup terkenal dengan persediaan mereka ketika Ramadan hampir tiba. Mari kita ambil pelajaran daripada kisah-kisah generasi terbaik Islam sepanjang berada dalam bulan Syaaban.

Diriwayatkan bahawa Habib bin Abi Thabit mengatakan, “Bulan Syaaban ialah bulan qura’ (bulan membaca al-Quran).” Sehingga pada bulan itu, para salaf memberi tumpuan penuh kepada al-Quran. Salah seorang antara mereka ialah Amru bin Qais, ahli ibadah yang wafat pada tahun 41 Hijrah, ketika Syaaban tiba, dia menutup kedainya dan tidak ada aktiviti yang dilakukannya selain membaca al-Quran.

Diriwayatkan bahawa Sari as-Saqathi berkata: Tahun adalah pohon, bulan adalah cabangnya, hai-hari adalah dahannya, jam adalah daun-daunnya dan nafas hamba adalah buahnya. Maka bulan Rejab adalah hari-hari berdaunnya, Syaaban adalah hari-hari bercabangnya dan Ramadan adalah hari-hari memetiknya. Orang-orang beriman adalah para pemetiknya.

Penting untuk diketahui bahawa tiada amalan-amalan khusus yang disuruh oleh Allah SWT dan Rasul-Nya untuk menyambut Ramadan. Sebahagian tempat mengadakan upacara-upacara khusus, seperti mandi untuk membuang dosa dan sial, melakukan solat sunat menyambut bulan Ramadan dan sebagainya.

Ini bukanlah sesuatu yang dituntut oleh syarak, tidak diperintahkan oleh Allah SWT dan tiada pula petunjuk suruhannya daripada Nabi SAW atau amalan ulama muktabar terdahulu. Akhir kalam, selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: