Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Menghadiri madrasah Ramadan

Posted by epondok di Julai 6, 2014


DR AZIZAN BAHARUDDIN

 

SESUAI dengan hakikat bahawasanya agama Islam yang mementingkan ilmu dan pendidikan, dalam masa beberapa hari sahaja lagi Muslimin sekalian akan berpeluang mengalami/menghadiri madrasah/sekolah Ramadan semasa mereka menjalankan ibadat puasa mereka.

Madrasah berasal daripada perkara Arab ‘darasa’ yang bermaksud mengajar dan madrasah pertama dalam sejarah Islam adalah rumah Abu Abdillah al-Arqam bin al-Arqam.

Di sini ilmu pengetahuan dan amal yang soleh diajar sendiri oleh Rasulullah SAW dalam kalangan para as-Sabiqun al-Awwalun. Amalan saum – puasa adalah mekanisme terbaik pendidikan orang Islam dalam semua dimensi kehidupan.

Puasa sebenarnya berasal daripada perkataan Sanskrit ‘upavasa’ yang bermaksud antara lainnya menahan diri daripada makan, minum dan sifat-sifat rendah yang buruk demi mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.  Ini juga menggambarkan bahawa puasa adalah satu ibadat yang telah dijalankan oleh umat sebelum kita.

Di antara pengajaran asas puasa yang perlu diberi perhatian serius dan mendalam adalah peristiwa turunnya Nuzul/Tanzil al-Quran itu sendiri pada bulan yang mulia ini.

Ayat yang mula-mula turun adalah Surah al-‘Alaq : 1-5, “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”, menekankan sekali lagi pentingnya ilmu bagi manusia memahami makna kehidupannya.

Al-Quran bukan sahaja mukjizat terpenting Rasulullah, bahkan al-Quran adalah pemberitahuan makna dan identiti kita sebagai orang Islam.

Seterusnya puasa mendidik kita mempunyai sifat taqwa seperti yang dinyatakan oleh ayat dalam Surah al-Baqarah: 21, “Wahai sekalian manusia!

Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa”.

Taqwa bukan sahaja diperoleh melalui penahanan nafsu makan dan lain-lain tetapi yang lebih penting lagi ia memerlukan pengawalan deria telinga, mata, lidah, kaki, tangan dan perasaan serta pemikiran yang sememangnya berpotensi melakukan kemungkaran/kerosakan selagi roh dan jiwa tidak sentiasa menyerah dan bergantung (bertaqwa) melalui zikir yang tidak putus-putus yang membolehkan bimbingan ALLAH berlaku.

Pada akhir bulan pendidikan di dalam Madrasah Ramadan, Muslimin yang berjaya akan diukur kecemerlangannya melalui darjah kefitrahan yang dicapai melalui ibadat puasa yang dilaksanakan.

Fitrah merupakan keadaan keseimbangan yang sempurna di antara tuntutan nafsu yang halal serta keimanan seseorang insan yang asal.

Pengembalian kepada keadaan fitrah inilah yang diraikan semasa ‘Eid-al-Fitr’/ hari raya. Sangat besar makna ‘Eid-al-Fitr’ ini kerana mereka yang telah berjaya mencapai kefitrahan yang sepatutnya adalah merupakan orang yang akan dapat membezakan di antara yang hak dan batil dalam kehidupannya, lantaran ketaqwaan yang telah diperkukuhkan semasa Ramadan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: