Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Nama-nama Allah yang baik

Posted by epondok di Julai 3, 2014


KUMPULAN nama-nama yang menunjukkan kesempurnaan Allah SWT disebut al-Asma al-Husna, yang secara harfiah bererti “nama-nama yang baik.”

Kata al-Asma al-Husna disebutkan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama “Allah” atau nama “Ar-Rahman”, yang mana sahaja kamu serukan (daripada kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia. (al-Israa’: 110)

Apa yang dimaksudkan dengan ‘seru’ dalam kalimat itu adalah berdoa. Dalam surah lain disebutkan juga al-Asma al-Husna, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling daripada kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. (al-‘Araaf: 180)

Kedua-dua ayat di atas merupakan anjuran bagi manusia untuk berdoa kepada Allah SWT dengan al-Asma al-Husna.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, al-Asma al-Husna itu berjumlah 99, yakni 76 disebutkan di dalam al-Quran dan 23 di dalam hadis. Al-Asma al-Husna yang kita kenal sekarang ini berasal daripada keterangan Imam at-Tirmizi.

Dengan menghafal al-Asma al-Husna, hubungan yang mantap antara Allah SWT dan hamba-Nya terbina. Selain itu, melafazkan al-Asma al-Husna dengan khusyuk juga akan menimbulkan perasaan tenteram dan tenang. Dengan mengingat nama Allah SWT, hati selalu dekat kepada-Nya.

Ar-Rahman

Salah satu nama Allah SWT yang paling banyak disebutkan di dalam al-Quran adalah ar-Rahman (Maha Pemurah). Nama itu sering digunakan di dalam al-Quran sebagai pengganti kata “Allah”.

Ketika Perjanjian Hudaibiyah, suku Quraisy tidak menerima nama ini. Oleh hal yang demikian, nama ini diyakini belum pernah dikenal dalam kalangan bangsa Arab ketika itu.

Ar-Rahim

Ar-Rahim berasal daripada kata Arab rahima yang bererti menyantuni, Maha Penyantun. Nama itu sering diterjemahkan sebagai Yang Maha Pengasih. Ar-Rahim menunjukkan sikap santun Allah SWT dalam setiap kejadian di muka bumi ini. Kata itu sering digabungkan dengan kata ar-Rahman.

Masuk syurga

Dalam hadis Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah, terungkap: “Allah itu mempunyai 99 nama, kurang satu daripada 100. Siapa sahaja yang dapat menghafal nama-nama itu, akan masuk syurga. Dia adalah tunggal (Esa), senang kepada yang tunggal/ganjil.”

Imam Bukhari mengatakan: Barang siapa yang menghitungnya, tentu masuk syurga.

Kasih Allah

Daripada 99 nama Allah SWT yang baik (al-Asma al-Husna), yang paling banyak disebutkan di dalam al-Quran adalah ar-Rahman dan ar-Rahim, selain kata Allah itu sendiri. Oleh hal demikian itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa jika 99 nama Allah SWT itu disusun berbentuk seperti piramid, maka puncaknya ialah ar-Rahman dan ar-Rahim.

Inti ar-Rahman dan ar-Rahim itu adalah “kasih”. Di dalam al-Quran digambarkan bahawa Allah SWT mewajibkan kepada diri-Nya sifat kasih. (rujuk al-An’aam: 12)

Selain itu, digambarkan pula bahawa sifat Allah SWT yang meliputi segala sesuatu ialah kasih, iaitu firman Allah SWT yang bermaksud: …Rahmat-Ku meliputi segala sesuatu… (al-‘Araaf: 156)

Keajaiban

Ada dalam kalangan orang yang percaya bahawa sebahagian nama al-Asma al-Husna mempunyai keistimewaan. Apabila nama itu dilafazkan dengan hitungan dan cara tertentu, maka akan mendatangkan keajaiban, seperti kekuatan, kesaktian dan rezeki melimpah.

Bagaimanapun, hal itu merupakan rekaan belaka kerana tidak ada dalilnya. Adapun yang memiliki dalil adalah melafazkan dan menghayati al-Asma al-Husna dengan hati yang penuh khusyuk. Penghafalan, pelafazan dan penghayatan itu akan menyucikan serta menenteramkan batin pembacanya/pelafaznya.

Hal itu terdapat dalam firman Allah SWT dalam surah ar-Raa’d ayat 28 yang bermaksud: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.

 

Advertisements

Satu Respons to “Nama-nama Allah yang baik”

  1. Mazrah said

    Tq

    Pus

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: