Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Kekal sihat dengan berpuasa

Posted by epondok di Julai 1, 2014


SABDA Rasulullah SAW yang bermaksud: “Berpuasalah nescaya kamu sihat.” (riwayat At-Tobrani)

Walaupun tidak mempunyai teknologi canggih, namun ungkapan Rasulullah SAW mengenai kelebihan berpuasa pada lebih 1,000 tahun lalu ternyata berasas. Malah ia turut dibuktikan dengan pelbagai penemuan daripada hasil penyelidikan para Saintis Islam mahupun Barat.

Bukan satu bebanan, jauh sekali ingin menzalimi umatnya, namun kewajipan berpuasa yang terkandung dalam rukun Islam ketiga itu hakikatnya mempunyai pelbagai kelebihan bukan sahaja dari segi fizikal malah mempengaruhi gaya hidup dan juga mental.

Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Dr. Irfan Mohamad dalam pemerhatian yang dilakukan melalui penyelidikan dan rujukan pakar mengakui segala perintah Allah SWT termasuk berpuasa adalah tidak sia-sia dan mempunyai pelbagai manfaat yang tersembunyi.

Beliau dalam kertas kerjanya bertajuk, ‘Puasa Menurut Perspektif Kesihatan’ turut menjelaskan, sekurang-kurang terdapat tujuh kelebihan amalan berpuasa meliputi aspek kesihatan, fizikal dan juga mental.

1. Risiko penyakit jantung

Kajian Intermountain Heart Collaborative Study terhadap 515 pesakit diuji daripada segi kesihatan jantung. Pesakit yang berpuasa mempunyai risiko rendah mendapat penyakit jantung. Puasa ditakrifkan sebagai meninggalkan jadual makanan utama, paling kurang dua kali. Manakala puasa sehari sebulan merendahkan risiko penyakit jantung.’

2. Mengurangkan berat badan

Laporan laman web http://www.deenislam.co.uk menunjukkan bahawa beberapa kajian yang berbeza mendapati penurunan berat badan antara sebanyak 1.7 kilogram, 1.8 kilogram, 2.0 kilogram dan 3.8 kilogram berlaku ke atas mereka yang berpuasa Ramadan sebulan penuh. Dan dianggarkan kira-kira 2.6 peratus berat badan berkurangan pada hari ke-29 Ramadan.

3. Penyakit mental

Penyelidikan oleh Proceedings of the National Academy of Sciences Online Edition terhadap tikus yang diberi makan berjadual, kemudian berpuasa selang seli mendapati mampu mengurangkan neurotoksin (toksin kepada saraf) yang menyebabkan punca penyakit Alzheimer.

4. Buah pinggang

Sebahagian pakar berpendapat berpuasa lebih atau selama 12 jam setiap hari selama sebulan boleh menjejaskan kesihatan buah pinggang. Namun penemuan hasil kajian saintifik (Khedmat H, Taheri S. Ramadan Fasting and Transplantation: Current Knowledge and What We Still Need to Know. Saudi J Kidney Dis Transpl 2010;21:417-20) mendapati fungsi buah pinggang adalah stabil dan puasa Ramadan tidak memudaratkan ke atasnya.

5. Kecederaan otak

Kajian yang diketuai Patrick Sullivan, UK Spinal Cord and Brain Injury Research Center

dan diterbitkan dalam Journal of Neuroscience Research mendapati dengan berpuasa dapat mengurangkan kesan negatif ke atas pesakit yang mengalami kecederaan sederhana di bahagian otak

6. Detoksifikasi

Berpuasa dapat mencuci dan membersihkan badan daripada racun atau toksin, membuatkan organ-organ berehat, membuang kotoran dan juga menyegarkan sel-sel.

Pengkaji barat, Dr. Lonny J. Brown (Adventures in Therapeutic Fasting) berkata, “Sudah tiba masanya untuk kita mengamalkan sesuatu yang berbeza, iaitu mengamalkan puasa semasa sakit.

Malah Dr. Cindy Engles dalam Wild Health: How Animals Keep Themselves Well and What We can Learn From Them turut menemukan binatang apabila sakit menjauhi makanan. Pengkaji-pengkaji yang mengamati fenomena ini berpendapat menjauhi makanan dengan berpuasa adalah proses semula jadi ke arah penyembuhan.’

7 Gula dalam darah

Kajian yang dilakukan Dr. Soliman daripada Amman Hospital University dan Dr. F Azizi, Tehran Medical School University mendapati keputusan yang sama iaitu, puasa dapat menurunkan paras gula dalam darah ke tahap yang rendah tanpa mendatangkan kemudaratan.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: