Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Segera ganti sebelum bulan Ramadan tiba

Posted by epondok di Jun 14, 2014


Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
Soalan: Ramai yang menggantikan puasa Ramadan yang lepas pada bulan Syaaban. Apakah perbuatan itu digalakkan. Bagaimana pula bagi mereka yang tidak sempat menggantinya pada tahun semasa adakah mereka akan dikenakan denda.

Jawapan: Puasa Ramadan adalah kewajipan kepada semua yang beragama Islam. Meninggalkannya dengan sengaja diharamkan dan berdosa. Bagi yang telah meninggalkannya sama ada dengan sengaja atau terpaksa kerana sebab tertentu, maka Islam mewajibkan menggantikan semua puasa ditinggalkan itu pada tahun berkenaan selagi Ramadan seterusnya belum tiba.

Oleh itu, bersegera menggantikan puasa amat digalakkan kerana ia lebih dekat dengan ketakwaan. Namun, tidak dinafikan terdapat fenomena hari ini yang mana umat Islam lebih gemar menggantikan puasa pada bulan Syaaban.

Perbuatan sedemikian sebenarnya dibenarkan dan tidak salah di sisi Islam selagi mana Ramadan seterusnya belum tiba. Jika Ramadan seterusnya telah tiba, maka mereka yang berbuat demikian berdosa kerana sengaja melewat-lewatkan qada yang sepatutnya dipercepatkan.

Akibat daripada kelewatan itu, wajib mengganti semua puasa yang tidak sempat pada bulan selepas Ramadan sedia ada tamat. Tidak cukup sekadar itu, mereka yang gagal mengqada puasa turut diwajibkan membayar fidyah dengan kadar satu cupak beras (900 gram) untuk satu hari puasa yang ditinggalkan pada tahun itu.

Ini bermakna, jika seseorang itu mempunyai baki puasa sebanyak tiga hari lagi, maka dia wajib berpuasa tiga hari dan tiga cupak beras untuk tahun berkenaan. Jika dia masih gagal menggantikan tiga hari puasa pada tahun itu, maka fidyahnya akan berganda daripada tiga cupak kepada enam cupak untuk tiga hari, manakala puasa gantinya tiga hari itu kekal dan tidak berganda.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: