Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Sebaik-baik bumi Allah

Posted by epondok di Jun 6, 2014


Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

MENCIUM Hajar Aswad adalah salah satu harapan jemaah ketika berada di Mekah. – Gambar hiasan

ALHAMDULILLAH, segala puji bagi-Nya. Pada artikel kali ini penulis ingin membicarakan berkenaan dengan Mekah dan kelebihannya. Sebenarnya bermula daripada namanya yang banyak, sudah jelas menunjukkan kelebihan kota suci Mekah al-Mukarramah seperti mana kata Imam Nawawi.

Bagi memulakan perbicaraan ini, penulis menukilkan daripada kitab Al-Idhah fi Manasik al-Haj wa al-Umrah karya Imam Nawawi: Mekah adalah seafdal-afdal tanah di muka bumi di sisi kami dan semua ulama. Al-Abdari berkata: Ia adalah mazhab kebanyakan fuqaha dan satu pendapat yang paling sahih bagi Imam Ahmad. Sedangkan Imam Malik rha. dan jemaah ulama berkata: Madinah lebih afdal.

Dalil kami ialah apa yang diriwayatkan oleh al-Nasaie dan selainnya, daripada Abdullah bin Adi bin Al-Hamra’ r.a bahawa beliau berkata: “Didengar daripada Nabi SAW sedang baginda berwukuf atas binatang tunggangannya di Mekah seraya bersabda kepada kota Mekah: “Demi Allah! Sesungguhnya kamu sebaik-baik tanah di muka bumi dan sekasih bumi kepada Allah. Kalaulah bukan kerana aku dikeluarkan daripadamu nescaya aku tidak keluar. (riwayat al-Tirmizi juga di dalam kitabnya, al-Manaqib. Dikatakan ia hadis hasan sahih).

Sebagai penutup penulis meminjam kenyataan Baginda SAW bahawa Mekah adalah sebaik-baik bumi Allah dan yang paling dikasihi-Nya. Semoga kita diberi kesempatan untuk menuju ke Makkah Al-Mukarramah dalam melaksanakan ibadat haji dan umrah. Amin. Antara amalan terbaik dilaksanakan:

– Banyak bertawaf.

– Banyakkan solat-solat sunat.

– Melazimi zikir dan istighfar.

– Melazimi solat.

– Berazam untuk khatam Quran di Mekah dan Madinah.

– Mendengar pengajian daripada tuan-tuan guru.

– Menjadikan hati dan jiwa bersih daripada sifat mazmumah.

– Menghiasi hati dan jiwa dengan sifat mahmudah.

– Bertekad untuk membantu rakan taulan dan jemaah yang kesempitan.

– Sentiasa memberi dan menghulurkan sedekah.

– Melakukan taubat kepada Yang Maha Esa.

– Meninggalkan perbuatan yang melalaikan, fasik dan perdebatan.

– Berbaik sangka sesama manusia.

– Mengingati dan merasakan kebesaran Ilahi.

– Mengzahirkan ubudiah kepada Rab al-Alamin

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: