Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Mulianya martabat guru

Posted by epondok di Mei 16, 2014


ISLAM sangat memandang tinggi kedudukan guru sebagai penyampai ilmu dan pembentuk modal insan yang seimbang. Guru yang baik adalah guru yang paling banyak belajar daripada muridnya. Belajar di sini bermaksud memahami apa juga kehendak dan kemahuan murid.

Sebagai guru, jangan sesekali mendenda murid dengan dendaan yang melampau yang boleh menjejaskan imej guru di mata masyarakat. Guru juga perlu memiliki ciri-ciri pemimpin, pendidik dan pengajar yang baik dengan akhlak, sahsiah dan budi pekerti yang terpuji.

Nabi Muhammad SAW berpesan: “Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (pada hari kiamat) daripada akhlak yang baik. (riwayat Abu Daud).

Kerjaya sebagai guru adalah sangat mulia iaitu membentuk modal insan dan kerjayanya sebagai ibadah. Al-Ghazali berpendapat bahawa proses pendidikan oleh guru digunakan untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat.

Menurut Mohammad Qatb, guru memainkan peranan penting dalam proses pendidikan untuk membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan adalah mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan.

Etika keguruan

Justeru, sebagai guru yang terlatih mestilah memahami kod etika keguruan dan tidak mencampurkan emosi dengan akal yang waras. Guru sebagai pembentuk modal insan sepatutnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid.

Denda yang berhemah dan berhikmah adalah lebih baik bagi menyedarkan murid akan masa depan mereka.

Melalui pendidikan, guru berperanan membantu murid atau golongan muda memahami kebudayaan mereka, membentuk modal insan, memahami apa yang baik dan buruk, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman-berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Didik bersyariat

Imam As-Syafie memberi wasiat: “Tuntutlah ilmu dan ajarkan ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membantumu cemerlang di dunia dan di akhirat, di samping ia menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh.”

Dalam hal mendidik anak, Imam Muslim pernah berwasiat: “Anak adalah amanah supaya kita menjaga dan mendidiknya sesuai dengan syariat. Kesalahan mendidik anak boleh menyebabkan seseorang itu masuk neraka. Oleh itu, didiklah anak dengan cara Islam.”

Dr. Mohd. Athiyah al-Abrasyi menjelaskan, guru dan ibu bapa berperanan mendidik anak murid dan anak-anak dengan baik sebagai pembinaan tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi dan mulia di bawah teras ajaran agama Islam.

Kesimpulannya, guru dan ibu bapa berperanan mendidik anak-anak di sekolah dan di rumah bagi mengembangkan potensi mereka dengan seimbang bagi kehidupan di dunia dan di akhirat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: