Al-Quran sebagai panduan ummah sepanjang zaman
Posted by epondok di Disember 11, 2013
Allah SWT tidak akan menjadikan sesuatu itu sebagai panduan hidup manusia jika ia tidak benar-benar mempunyai tujuan yang tersendiri. Sudah menjadi sunnah kehidupan, manusia memerlukan panduan dan petunjuk dalam kehidupan mereka.
Begitu juga dengan penurunan al-Quran kepada manusia. Allah SWT dengan penuh hikmah dan tujuan tertentu untuk menjaga seluruh kepentingan manusia supaya mereka berada dalam keadaan terpimpin.
Inilah tujuan sebenar al-Quran yang menjadi rahmat dan petunjuk untuk seluruh manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatkanlah) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu) dan Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayat petunjuk, serta membawa rahmat dan berita menggembirakan bagi orang Islam.” (Surah an-Nahl. ayat 16)
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatkanlah) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu) dan Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayat petunjuk, serta membawa rahmat dan berita menggembirakan bagi orang Islam.” (Surah an-Nahl. ayat 16)
Al-Quran sebuah perlembagaan
Al-Quran sebagai sebuah perlembagaan utama bagi manusia yang menjadi pelengkap terhadap kehidupan beragama. Firman Allah SWT menggambarkan peranan al-Quran sebagai hidayah dan petunjuk.
Maknanya, al-Quran hadir sebagai jawapan dan penyelesaian bagi semua kemusykilan atau persoalan dulu, kini serta masa mendatang. Justeru, al-Quran wajar menjadi kitab yang didampingi setiap hari sebagai rujukan.
Kelebihan al-Quran terlalu banyak dan sewajarnya direbut umat Islam yang mengharapkan kehidupan baik bukan saja di dunia, juga akhirat. Malah, bagi hati yang sedang gusar, al-Quran adalah penawar terbaik buat mereka.
Al-Quran berperanan menjaga kehidupan individu beragama dari segi jiwa, hak pemilikan, hal berkaitan keaibannya, keharusan berkahwin, kebebasan bersuara serta berfikir. Semuanya untuk memperbaiki hidup manusia melalui prinsip dan batas syariah yang ditetapkan.
Selain memperbaiki kehidupan individu, al-Quran juga menjaga kehidupan bermasyarakat supaya sentiasa terpimpin. Tanpa batas yang dipandu al-Quran, masyarakat menjadi pincang dan boleh memberi mudarat besar kerana ia membabitkan kehidupan setiap manusia, bukan dirinya saja
JANGAN MALU BELAJAR AL-QURAN DI USIA LANJUT – LiveNgaji™ said
[…] Rujukan : https://www.sinarharian.com.my/article/60584/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Tiada-apa-hendak- dimalukan-belajar-ngaji-pada-usia-lanjut Al-Quran sebagai panduan ummah sepanjang zaman […]