Pengenalan Pondok Lepan Bola
Posted by epondok di November 27, 2013
Madrasah Darul Muttaqin,
Menyedari bahawa pendidikan dan tarbiah adalah gabungan antara ilmu, amal, iman dan penghayatan yang ikhlas, suatu daya usaha yang berterusan digerak dan digarapkan dengan dokongan mereka yang prihatin, bertanggungjawab dan menghayati roh jihad serta komited yang jitu dari segenap lapisan masyarakat maka Pondok Lepan Bola telah ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Ustaz Hj Tuan Mahmud bin Tuan Soh dengan didokong oleh beberapa orang pembantu yang mencurahkan seluruh daya, usaha, keringat idea dan pengorbanan yang mana bukan sedikit mehnah dan tribulasi yang terpaksa dilalui bukan sekali dua cabaran yang terpaksa diatasi dan bukan mudah denai beranjau yang terpaksa direntas
Dengan tertubuhnya Pondok Lepan Bola maka suatu medan yang subur sebagai pusat penyebaran ilmu dan penghayatan amal yang ikhlas dapat dilihat tersergam gagah dan menambahkan lagi kemeriahan pusat pengajian agama di daerah ini
Objektif Penubuhan
- Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan syakhsiyyah
- Melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin
- Melahirkan pelajar yang mampu menguasai kitab turath
- Melahirkan pelajar muslim yang berwibawa dari segi akhlak, syakhsiyyah, keterampilan
- Melahirkan masyarakat yang prihatin dalam memahami Islam sebagai ad-Din yang syumul
- Melahirkan intelektual yang mempunyai ilmu yang boleh menangani permasalahan semasa masyarakat dalam segenap bidang kehidupan
- Membentuk dan melahirkan golongan mukmin yang patuh kepada system hidup Islam dan peraturan masyarakat yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
- Melahirkan muslim yang celik al-Quran dan dapat menghayatinya dalam segenap bidang kehidupan
Lokasi
Pondok Lepan Bola terletak di Kg Lawang, Tanah Merah, Kelantan kira-kira 15 km dari Pusat Bandar Tanah di atas tanah yang asalnya bekas rizab haiwan yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan
firdaus said
ada no tel ayah su tak
dan ust nuh
seeker said
firdaus mane ni?