Tuan Guru Abdul Hamid Pondok Seligi kembali ke rahmatullah
Posted by epondok di Julai 4, 2013
Pasir Puteh 4 JULAI – Pengasas dan mudir Madrasah Dakwah Islamiah, Pondok Seri Permai Seligi Pasir Puteh kembali ke rahmatullah waktu Maghrib sebentar tadi. Al-Marhum yang ditimpa penyakit angin ahmar hampir 2 tahun menghembus nafas terakhir di rumah beliau berhampiran masjid pondok. Jenazah al-Marhum akan di sembahyangkan pada jam 11.00 pagi esok di masjid pondok
Kehilangan beliau amat dirasai kerana keilmuan dan kewarakan al-Marhum terutama dalam bidang Usuluddin. Sepanjang al-Marhum sakit, tempat beliau dipangku oleh anak beliau Ustaz Harfan bin Abdul Hamid dibantu oleh beberapa orang tenaga pengajar yang lain dalam meneruskan usaha dalam membangunkan Pondok Seligi
Semoha al-Marhum ditempatkan bersama hamba Allah yang soleh dan termasuk dalam golongan ahli Syurga. Al-Fatihah
@Kiyai Jr said
Reblogged this on Keriau and commented:
al fatehah….semoga Allah mencucuri rahmatNya…