Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 20 November 2011

Pengisian kem cuti sekolah

Posted by epondok di November 20, 2011

Di sini diberi contoh jadual program samada Pondok Intensif atau Halaqah Ilmu iaitu kursus pendek dalam musim cuti sekolah yang sedang berjalan atau yang akan berlangsung

TENTATIF PROGRAM

TARIKH

MASA

PENGISIAN

  2.00– 3.00 pm Pendaftaran dan Pembahagian penempatan
  3.15– 3.50 pm Taklimat untuk ibubapa & peserta

Sabtu

4.10– 5.00 pm Solat Asar berjemaah

19 Nov 2011

5.10 – 6.00 pm Taklimat program & keselamatan kepada peserta

Atau

6.05 – 6.30 pm Khidmat diri

Sabtu

6.35 – 6.55 pm Makan malam

26 Nov 2011

7.00 – 7.15 pm Solat Maghrib berjemaah
  7.20 – 8.20 pm Pengajian Kitab Pelita Penuntut
  8.25 – 8.55 pm Solat Isya’ berjemaah
  9.00 – 9.25 pm Tadarrus al-Quran
  9.30 – 10.30 pm Pengajian Kitab Minhaj as-Salam / Fardhu ‘ain
  10.35 – 11.00 pm Minum malam
  11.05 – 11.45 pm Khidmat diri dan tidur
  5.00 – 5.40 am Khidmat diri & Qiamullail*
  5.45 – 7.00 am Solat Subuh berjemaah

Ahad

7.40 – 8.30 am Khidmat diri dan Sarapan pagi
  8.35 – 8.55 am Solat Dhuha berjemaah
  9.00 – 10.00 am Pengajian Kitab Minhaj as-Salam / Fardhu ‘ain

Hingga

10.05– 10.25 am Rehat
  10.30– 11.30 pm Pengajian Kitab Minhaj as-Salam / Fardhu ‘ain

Jumaat

11.35 – 12.50 pm Khidmat diri & Makan Tengahari
  1.00 – 1.55 pm Solat Zohor berjemaah
  2.00 – 2.55 pm Pengajian Kitab Minhaj as-Salam / Fardhu ‘ain
  3.00 – 4.00 pm Hafazan wirid dan surah pilihan
  4.05 – 4.55 pm Khidmat diri & Solat Asar
  5.00 – 6.00 pm Pengajian Risalah Masbuq Muafiq / Haidh & Nifas / Amali Fardhu ‘ain
  6.05 – 6.55 pm Khidmat diri & Makan Malam
  7.00 – 7.15 pm Solat Maghrib berjemaah
  7.20 – 8.20 pm Pengajian Kitab Pelita Penuntut / Amali Fardhu ‘ain
  8.25 – 8.55 pm Solat Isya’ berjemaah
  9.00 – 9.25 pm Tadarrus al-Quran
  9.30 – 10.30 pm Pengajian Kitab Minhaj as-Salam / Fardhu ‘ain
  10.35 – 11.00 pm Minum malam
  11.05 – 11.45 pm Khidmat diri dan tidur
  5.00 – 5.50 am Khidmat diri & Qiamullail*
  5.55 – 7.00 am Solat Subuh berjemaah

Sabtu

7.05 – 8.30 am Khidmat diri dan Sarapan pagi

3 Dis 20011

8.35 – 8.55 am Solat Dhuha berjemaah

atau

9.00 – 11.55 am Majlis Penutup dan Penyerahan Sijil

10 Dis 20011

12.00 – 12.30 pm Jamuan ringan dan bersurai

Catatan :

  • Ceramah motivasi akan diadakan setiap petang Jumaat dan waktu pilihan mengikut kesesuaian

+ Kursus jenazah akan dijalankan pada Jumaat minggu pertama

Posted in Program Terbaru | Leave a Comment »

Cara daftar program musim cuti sekolah 2011

Posted by epondok di November 20, 2011

Kami menawarkan  program berikut :

 Pondok Intensif sesi 2

– Mulai Sabtu 10  hingga 24 Disember 2011

– Tempat di Pondok Tunjung, Kota Bharu (berdekatan Wakaf Che Yeh)

– Terbuka untuk 80 pelajar lelaki dan muslimat berumur 11 hingga 24 tahun

– Modul kitab dan fardhu ain

– Kursus teori dan amali

– Yuran RM 225 (termasuk penginapan, kitab dan makan minum)

 

 

– Boleh tempah pendaftaran dengan mesej nama, umur peserta dan tarikh mana yang dipillih mulai sekarang kepada 019-9388902

 

– Cepat sebelum tempat penuh bila telah cukup bilangan

Posted in Program Terbaru | 2 Comments »

Jangan undang bala Allah dengan budaya songsang

Posted by epondok di November 20, 2011

Oleh Mohd Fadly Samsudin

LANGGAR FITRAH...di negara barat terdapat golongan yang berkahwin sejenis.
LANGGAR FITRAH…di negara barat terdapat golongan yang berkahwin sejenis.
CUKUP malang bagi sebilangan manusia pada akhir zaman ini yang kian hanyut kerana memilih jalan gelap dan bersalahan dengan nilai moral sebagai manusia.

Fitrah hidup secara berpasangan-pasangan antara lelaki dan wanita ditentang dan ditolak kerana berasakan nikmat berkasih sayang serta cinta itu lebih bermakna buat pasangan sejenis dengannya.

Program yang membawa tema ‘Queer Without Fear’ itu berteraskan perjuangan menuntut hak asasi bagi mengamalkan kebebasan dan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) secara sah dan terbuka di negara ini.

Bagi orang awam, bantahan yang dikemukakan itu memang bertepatan bagi mengelak diri daripada memberi pengiktirafan kepada ‘keinginan’ kumpulan yang memperjuangkan perkara mengelirukan dan membawa kemudaratan.

Tiada istilah prejudis atau tidak menghormati tuntutan orang lain kerana perjuangan golongan itu jelas melanggar peradaban manusia selain seluruh umat Islam bimbang ia bakal mengundang bala daripada Allah.

Apa saja alasan dan cara menggalakkannya perlu dihentikan kerana ia memberi implikasi buruk pada masa akan datang. Jika menganggap golongan berkenaan sebagai ‘berpenyakit’ sekalipun pasti ada jalan dan cara lain untuk merawatnya.

Terbukti tiada satu agama pun merestui aktiviti atau hak untuk menikmati hubungan sejenis malah Islam sendiri menceritakan beberapa kisah pengajaran kaum dan golongan yang ditimpa bala atas perbuatan terkutuk mereka.

Hinggakan kaum dan kawasan yang mereka diami lenyap dari muka bumi ini. Amat dahsyat kemurkaan Allah kepada kaum golongan pengamal seks songsang.

Bala Allah tidak mengira sesiapa pun sama ada mereka lakukan atau tidak tetapi ia diturunkan kepada keseluruhan umat yang hidup dalam lingkungan masyarakat mengamalkan amalan terkutuk itu.

Lihat saja, bukti yang termaktub dalam Al-Quran mengenai kisah kaum Nabi Luth yang dilenyapkan dari muka bumi ini. Kisah itu perlu dijadikan iktibar buat seluruh umat masa kini.

Tidak kiralah mereka mengamalkan gaya hidup lesbian, biseksual, transeksual atau apa saja dorongan seksual songsang lain. Dalam kisah Nabi Luth, Allah menurunkan hujan batu dan batu dari tanah liat yang panas berapi serta gempa bumi dengan kekuatan bunyi yang menggegar pada ketika matahari terbit.

Allah berfirman yang bermaksud: “Lalu suara guruh (bunyi bumi yang gempa) menimpa mereka ketika matahari terbit.” (Surah al-Hijr ayat 73).

Dalam ayat 81 surah al-Aaraf Allah berfirman yang bermaksud: “Kepada orang-orang lelaki, tidak kepada perempuan-perempuan. Memang kamu semua kaum yang melampaui batas.” (Surah al-Aaraf ayat 81).

“Dan kami turunkan hujan (hujan batu) kepada mereka. Maka perhatikanlah akibatnya orang-orang melampaui batas.” (Surah al-Aaraf ayat 84).

Sememangnya ia isu sensitif bagi masyarakat di negara ini yang majoritinya Islam ditambah pula pelbagai pihak memberi maklum balas membantahnya sama ada ia diadakan secara senyap apatah lagi secara terang-terangan.

Seks adalah cabang kehidupan yang diiktiraf Islam. Ia dikira ibadah bagi memenuhi tuntutan manusia antara lelaki dan perempuan.

Tidak timbul juga setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini memiliki naluri untuk ‘bersama’ dengan pasangan sesama jantina jauh sekali mengahwininya.

Jika membincangkan soal hak asasi jangan pula diheret sama permintaan dan tuntutan sedemikian rupa. Mempromosikan keinginan kebebasan seksual secara terbuka itu tetap melanggari adab dan budaya bangsa masyarakat di negara ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fadlan Mohd Othman berkata penyokong Seksualiti Merdeka yang menyangka perhimpunan itu hanya acara perbincangan dan sesi bertukar pendapat mengenai isu kesongsangan gender semata-mata adalah tidak benar.

“Melihat kepada tentatif programnya didapati ada beberapa acara memupuk semangat berani menunjukkan identiti songsang yang jelas bersalahan dengan ajaran agama Samawi dan naluri suci manusia.

“Islam mengajar kita perkara yang diperlukan termasuklah urusan berkaitan gender. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 36 yang bermaksud: “Dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan.”

“Rasulullah menekankan permasalahan ini dengan memberi garis panduan di mana pendidikan anak lelaki dan perempuan perlu diasingkan tempat tidur antara mereka.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Arahkan anak-anak kamu untuk solat semasa umur mereka tujuh tahun, dan pukul mereka untuk solat semasa umur mereka 10 tahun, serta pisahkan tempat tidur mereka. (riwayat Abu Daud).

“Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah menyelar golongan yang songsang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.

“Abdullah bin al-Abbas berkata yang bermaksud: Rasulullah s.a.w melaknat orang lelaki yang berlagak seperti perempuan dan orang perempuan yang berlagak seperti lelaki. (riwayat Al-Bukhari).

“Justeru, apa saja yang diperjuangkan golongan ini adalah satu sifat keji yang mengundang laknat daripada Allah.” katanya.

Beliau berkata dalam membicarakan hak asasi manusia Islam terbukti ajaran yang mempertahankannya secara benar.

“Perkara ini dapat dilihat apabila Islam memartabatkan wanita pada tempat selayaknya. Kesejahteraan umat manusia hanya tercapai jika tidak menyamakan dua perkara berbeza dan tidak juga membezakan dua perkara yang sama.

“Di dalam permasalahan gender, lelaki dan perempuan adalah sama dari sudut tanggungjawab beribadat kepada Allah. Sama juga dari sudut mendapat hak sebagai rakyat di bawah satu pemerintahan.

“Tetapi, lelaki dan wanita berbeza dari sudut tanggungjawab ibadah seperti solat berjemaah, batasan aurat, kewajipan berjihad dan kepemimpinan yang semuanya dijelaskan dalam ajaran Islam,” katanya.

Fadlan berkata bagi menangani tuntutan seperti perhimpunan Seksualiti Merdeka itu cara terbaik adalah merealisasikan usaha nasihat-menasihati seperti yang dinyatakan Rasulullah s.a.w.

“Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Agama ini adalah nasihat. Kami bertanya, Untuk siapa? Katanya, Untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin Islam dan orang awam Islam. (riwayat Muslim).

“Manakala Imam al-Nawawi menyatakan erti nasihat di dalam hadis ini sebagai menginginkan kebaikan untuk pihak yang dinasihati.

“Inilah yang perlu dilakukan. Segenap lapisan masyarakat tidak kira pemimpin atau rakyat mestilah membantu golongan ini kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Menurut Fadlan, sikap manusia sebenarnya adalah hasil pembawaan daripada ibu bapa, masyarakat sekeliling serta pemerintah.

“Bayi yang dilahirkan dalam keluarga yang komited dengan Islam pastinya diajar mengenai Islam. Sebaliknya, bayi yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam diajar mengenai ajaran mereka.

“Begitu jugalah keadaannya dengan perasaan. Perkara ini boleh dibaca dan dipelajari dari pakar psikologi di mana perasaan anak kecil itu tertakluk kepada penjaganya.

“Persoalan sekarang adakah individu songsang ini menerima didikan yang salah daripada ibu bapa mereka dan siapakah yang berdosa dalam hal ini? Jawapannya adalah penjaga kerana tidak mendidik anak itu mengikut acuan Islam.

“Justeru, ibu bapa perlu segera bertaubat. Anak kecil yang membesar dalam ‘kesilapan didikan’ ini jika mereka dapat mengenal pasti kesilapan itu maka kembalilah ke pangkal jalan yang menepati fitrah asal kejadiannya,” katanya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Setiap anak Adam banyak melakukan kesalahan dan yang terbaik di kalangan mereka yang banyak melakukan kesalahan ialah yang banyak bertaubat. (riwayat al-Tirmizi).

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

Faktor sekitar bentuk peribadi

Posted by epondok di November 20, 2011

Kebaikan syarat utama bebas manusia daripada kezaliman

Oleh Mohd Kamel Mat Salleh

PERSEKITARAN yang baik mampu membentuk kehidupan diredai Allah dan oleh itu, melakukan kebaikan harus menjadi agenda utama. Ibu bapa yang baik budi pekerti akan menunjukkan contoh baik terhadap anak seterusnya membentuk sebuah keluarga bahagia.

Begitu juga apabila seluruh komuniti masyarakat sentiasa berada dalam kebaikan, pasti nanti seluruh kehidupan manusia berada di landasan baik juga.

Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami bukakan keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka membohongi, lalu Kami bertindak ke atas mereka dengan sebab yang mereka telah usahakan.” (Surah al-A’raf, ayat 96)

Kebaikan yang sentiasa menjadi perhiasan diri mukmin bukan sekadar untuk kepentingan peribadi dan keuntungan pahala bersifat individu semata-mata, tetapi kesannya turut dirasai mereka dalam persekitarannya juga.

Hakikat yang perlu diakui setiap individu Muslim, mempunyai sahabat yang baik, hidup dalam persekitaran baik adalah jaminan daripada Allah SWT bagi penghasilan sebuah kejayaan.

Hayati hadis Nabi SAW mengenai sejarah pembukaan Kota Constantinople.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Kota Constantinople (Istanbul sekarang) akan jatuh ke tangan orang Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis riwayat Ahmad)

Hanya selepas 800 tahun ia menjadi kenyataan apabila Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menawan dan membuka kota itu daripada tangan kerajaan Rom. Pengkaji sejarah mendapati antara faktor penting membawa kepada kejayaan pembukaan kota itu ialah kebaikan akhlak dan perilaku bukan setakat pemimpin saja, malah rakyat secara keseluruhannya.

Bayangkan dalam puluhan ribu tentera, tidak seorang pun pernah meninggalkan solat fardu sejak usia baligh, sebahagian saja yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib dan dalam kalangan yang ramai itu, hanya Sultan Muhammad tidak pernah meninggalkan solat malam sejak baligh.

Fenomena ini seharusnya membuka mata kita bahawa kebaikan mesti menjadi syarat utama membebaskan diri manusia daripada kezaliman dan kejahatan yang melingkungi persekitaran hidup manusia kini.

Sesungguhnya persekitaran baik dicorakkan oleh ahli masyarakat yang baik, begitu juga sebaliknya. Rosak akhlak masyarakat kerana tidak wujud suasana sekeliling yang membantu kebaikan dijelmakan dalam bentuk lebih meluas.

Bagaimana mungkin seorang gadis muslimah memastikan maruahnya terlindung dan terpelihara jika di sekelilingnya penuh dengan remaja mendedahkan aurat, menjunjung hedonisme sebagai budaya serta tontonan media massa yang merosakkan akal dan minda.

Membentuk suasana sekeliling yang baik adalah satu cabaran besar dalam dunia semakin maju dan membangun ini. Amalan mulia ini perlu disokong dan didukung kerana Allah SWT menggalakkan supaya manusia sentiasa mendampingkan diri dengan golongan baik serta berakhlak mulia.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Dalam kisah taubat, seorang lelaki telah membunuh 99 orang dan akhirnya seorang mangsa lagi sehingga menggenapkan kepada 100 orang semuanya, beliau dinasihatkan seorang ilmuwan keluar dari negeri didiaminya untuk mencari tempat lain yang lebih soleh dan baik persekitarannya.

Lelaki itu akhirnya meninggal dunia dan rohnya diambil Malaikat Rahmat menandakan keazamannya untuk menjadi baik dan mencari tempat baik juga adalah suatu yang diredai Allah SWT.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata: “Hendaklah kamu bersahabat dengan orang yang melazimi kehidupannya dengan kebenaran, nescaya kamu akan hidup aman di sisinya, berwaspadalah terhadap sahabat kecuali mereka yang amanah kerana amanah tidak wujud kecuali bagi mereka yang takutkan Allah SWT, jangan bersahabat dengan mereka yang jahat kerana kamu nescaya akan belajar daripada kejahatannya.”

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »