Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Jangan putus asa dengan Allah

Posted by epondok di Oktober 16, 2011


Oleh IBRAHIM ABDULLAH

AGAMA Islam merupakan agama yang lengkap, seimbang dan sempurna. Sehingga dalam keadaan berperang sekali pun, Allah SWT tetap memerintahkan kaum beriman agar terus menerus mengingati dan menyebut nama Allah.

Hal ini untuk menunjukkan betapa seorang Mukmin apabila sedang berhadapan dengan suasana perang, tidak boleh kehilangan kendalian diri.

Sebaliknya tidak sedikitpun niatnya dalam berperang selain menuntut keredaan Allah SWT dalam memurnikan ketaatan hanya kepada Allah semata-mata.

Hal ini ditegaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama Allah) sebanyak-banyaknya agar kamu beroleh kemenangan. (al-Anfal: 45).

Kaum beriman sangat sedar bahawa kemenangan dalam suatu medan jihad fi sabilillah merupakan kurnia yang datang atas izin Allah Taala, bukan lantaran kepiawaian mereka dalam bertempur.

Oleh kerana itu di medan peperangan sekalipun, seorang mukmin – mujahid tidak pernah boleh berhenti memohon pertolongan dan kemenangan dari Allah SWT.

Sehingga di kalangan kaum beriman dikenali adanya dua karakter yang mesti berpadu di dalam peribadi seorang perajurit Allah, yakni: Sebagai penunggang kuda di siang hari, dan rahib (ahli ibadat) di malam hari.

Kedua karakter yang berpadu di dalam peribadi seorang mukmin sebagai perajurit Allah inilah yang sepanjang sejarah sentiasa menimbulkan rasa gentar musuh-musuh Allah, baik dalam kalangan ahli kitab mahupun kaum musyrikin.

Seperti buih

Oleh kerana itu, ketika Nabi SAW menggambarkan merosotnya kualiti umat Islam lantaran terjangkit penyakit al-wahn (cinta dunia dan takut mati), maka salah satu konsekuensi logikal yang bakal muncul ialah tercabutnya rasa takut kaum kuffar terhadap kaum Muslimin yang telah lemah itu, justeru kerana cinta dunia dan takut mati.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Hampir-hampir bangsa-bangsa merebutkan kamu (umat Islam), layaknya merebutkan makanan yang berada di mangkuk.” Seorang lelaki berkata: “Apakah kami waktu itu berjumlah sedikit?” Baginda menjawab: “Bahkan jumlah kamu pada waktu itu sangat ramai, namun kamu seperti buih di genangan air. Sungguh Allah akan mencabut rasa takut dari hati musuh kamu kepada kamu, dan akan Allah tanamkan ke dalam hati kamu al-wahn.” Seseorang lalu berkata: “Wahai Rasulullah, apa itu al-wahn?” Baginda menjawab: “Cinta dunia dan takut mati. (riwayat Abu Daud).

Sungguh kita sangat khuatir bahawa hadis di atas menjadi kenyataan pada zaman kita sekarang. Di zaman penuh fitnah ini kita menyaksikan semakin ramainya orang yang mengaku Islam, namun sudah kehilangan isti’la ul-iman (kehebatan kerana iman) di dalam hatinya.

Mereka telah sedemikian cinta dunianya sehingga terlihat betapa penunjuk ukur kemuliaan dan keimanan tidak lagi berlandaskan yang sebenarnya.

Sedemikian dahsyat rasa takutnya akan kematian sehingga mereka rela untuk berkompromi dengan thagut dan ideologi mereka. Seolah dengan jalan itulah mereka dapat mempertahankan eksistensi di hadapan kaum kuffar dan thagut.

Maka tidak hairanlah jika kaum kuffar akhirnya tidak merasa takut lagi dengan kaum Muslimin yang telah terjangkit virus al-wahn tersebut.

Pada hal di dalam sirah Nabawiah (sejarah perjuangan Nabi Muhammad) begitu banyak kita bertemu teladan dalam hal memelihara kehebatan iman dan ruhul jihad.

Semua itu menjadi sangat indah sekali gus penuh kemuliaan ketika diiringi dengan ketaatan dan ketundukan kepada Allah di tengah kancah al-jihad fi sabilillahsekalipun

2 Respons kepada “Jangan putus asa dengan Allah”

  1. Faiz Ezra said

    subhanallah………

    • mohd syafiq said

      wlaupn dmana dan keadaan situasi mana ssorng insan itu brada hendaklah ( wajib ) kekalkan sifat sptmana dalam mksud alhadis …… katakan yang sbenarnya walaupn pahit, maka insyallah ianya tetap diatas satu landasan al Quran dan Sunnah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: