Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 16 Oktober 2011

Jangan putus asa dengan Allah

Posted by epondok di Oktober 16, 2011

Oleh IBRAHIM ABDULLAH

AGAMA Islam merupakan agama yang lengkap, seimbang dan sempurna. Sehingga dalam keadaan berperang sekali pun, Allah SWT tetap memerintahkan kaum beriman agar terus menerus mengingati dan menyebut nama Allah.

Hal ini untuk menunjukkan betapa seorang Mukmin apabila sedang berhadapan dengan suasana perang, tidak boleh kehilangan kendalian diri.

Sebaliknya tidak sedikitpun niatnya dalam berperang selain menuntut keredaan Allah SWT dalam memurnikan ketaatan hanya kepada Allah semata-mata.

Hal ini ditegaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama Allah) sebanyak-banyaknya agar kamu beroleh kemenangan. (al-Anfal: 45).

Kaum beriman sangat sedar bahawa kemenangan dalam suatu medan jihad fi sabilillah merupakan kurnia yang datang atas izin Allah Taala, bukan lantaran kepiawaian mereka dalam bertempur.

Oleh kerana itu di medan peperangan sekalipun, seorang mukmin – mujahid tidak pernah boleh berhenti memohon pertolongan dan kemenangan dari Allah SWT.

Sehingga di kalangan kaum beriman dikenali adanya dua karakter yang mesti berpadu di dalam peribadi seorang perajurit Allah, yakni: Sebagai penunggang kuda di siang hari, dan rahib (ahli ibadat) di malam hari.

Kedua karakter yang berpadu di dalam peribadi seorang mukmin sebagai perajurit Allah inilah yang sepanjang sejarah sentiasa menimbulkan rasa gentar musuh-musuh Allah, baik dalam kalangan ahli kitab mahupun kaum musyrikin.

Seperti buih

Oleh kerana itu, ketika Nabi SAW menggambarkan merosotnya kualiti umat Islam lantaran terjangkit penyakit al-wahn (cinta dunia dan takut mati), maka salah satu konsekuensi logikal yang bakal muncul ialah tercabutnya rasa takut kaum kuffar terhadap kaum Muslimin yang telah lemah itu, justeru kerana cinta dunia dan takut mati.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Hampir-hampir bangsa-bangsa merebutkan kamu (umat Islam), layaknya merebutkan makanan yang berada di mangkuk.” Seorang lelaki berkata: “Apakah kami waktu itu berjumlah sedikit?” Baginda menjawab: “Bahkan jumlah kamu pada waktu itu sangat ramai, namun kamu seperti buih di genangan air. Sungguh Allah akan mencabut rasa takut dari hati musuh kamu kepada kamu, dan akan Allah tanamkan ke dalam hati kamu al-wahn.” Seseorang lalu berkata: “Wahai Rasulullah, apa itu al-wahn?” Baginda menjawab: “Cinta dunia dan takut mati. (riwayat Abu Daud).

Sungguh kita sangat khuatir bahawa hadis di atas menjadi kenyataan pada zaman kita sekarang. Di zaman penuh fitnah ini kita menyaksikan semakin ramainya orang yang mengaku Islam, namun sudah kehilangan isti’la ul-iman (kehebatan kerana iman) di dalam hatinya.

Mereka telah sedemikian cinta dunianya sehingga terlihat betapa penunjuk ukur kemuliaan dan keimanan tidak lagi berlandaskan yang sebenarnya.

Sedemikian dahsyat rasa takutnya akan kematian sehingga mereka rela untuk berkompromi dengan thagut dan ideologi mereka. Seolah dengan jalan itulah mereka dapat mempertahankan eksistensi di hadapan kaum kuffar dan thagut.

Maka tidak hairanlah jika kaum kuffar akhirnya tidak merasa takut lagi dengan kaum Muslimin yang telah terjangkit virus al-wahn tersebut.

Pada hal di dalam sirah Nabawiah (sejarah perjuangan Nabi Muhammad) begitu banyak kita bertemu teladan dalam hal memelihara kehebatan iman dan ruhul jihad.

Semua itu menjadi sangat indah sekali gus penuh kemuliaan ketika diiringi dengan ketaatan dan ketundukan kepada Allah di tengah kancah al-jihad fi sabilillahsekalipun

Posted in Artikel Pilihan | 2 Comments »

3 jalan masuk Iblis

Posted by epondok di Oktober 16, 2011

IBLIS datang kepada Nabi Musa dan berkata, “Engkaulah yang dipilih Allah untuk risalah dan langsung berkata-kata kepadamu, sedang aku seorang makhluk biasa, yang ingin juga bertaubat kepada Tuhan, maka tolonglah aku semoga dapat diterima taubatku”.

Nabi Musa gembira, lalu Baginda mengambil wuduk, bersolat dan berdoa, ” Ya Tuhan, iblis seorang makhluk-Mu, ia akan bertaubat, maka terimalah taubatnya”. Maka diturunkan wahyu kepada Musa, “Ya! Musa, dia tidak akan bertaubat”. Jawab Musa, “Ya! Tuhan, dia minta taubat”.

Maka turun wahyu kepada Musa, ” Aku terima permintaanmu Musa, maka suruhlah ia (Iblis) sujud kepada kubur Adam, maka Aku akan menerima taubatnya.”

Nabi Musa sangat gembira, dan menyampaikan suara wahyu itu kepada Iblis, tiba-tiba iblis marah dan sombong serta berkata, “Aku tidak akan sujud kepadanya (Adam) pada masa hidupnya, bagaimana akan sujud sesudah matinya? Lalu Iblis berkata, “Hai Musa, kerana engkau menolong aku kepada Tuhan, maka kini engkau berhak mendapat hadiah dariku,” Aku berpesan kepadamu tiga perkara:

  • Ingatlah kepadaku (Iblis) ketika marah, sebab aku di dalam tubuhmu mengikut saluran darah.
  • Ingatlah kepadaku ketika menghadapi musuh perang sebab aku datang kepada anak Adam mengingatkan kepadanya keadaan isteri dan anak-anaknya serta hartanya, sehingga ia lari ke belakang (meninggalkan perjuangan).
  • Awaslah, jangan duduk sendirian dengan wanita bukan muhrim, sebab aku sebagai utusannya (perantaraan) kepadamu dan urusannya kepada kamu.Kejadian di atas adalah pedoman kepada manusia supaya tidak mengikut arahan iblis yang sentiasa mahu merosakkan keturunan Adam.Peristiwa ini juga mengingatkan supaya lelaki dan wanita mengetahui batasan pergaulan, kerana yang ketiga di antara mereka adalah iblis.

    Sumber: Abullaits Assamarqandi, Tanbihul Ghafilin.

Posted in Amalan Pilihan, Klinik Agama | Leave a Comment »

5 Ubat Penyakit Mengumpat

Posted by epondok di Oktober 16, 2011

6 Perkara Dorong Mengumpat

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat;

  • Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;  
  • Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;  
  • Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;  
  • Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;  
  • Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan  
  • Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

5 Perkara Ubati Penyakit Suka Megumpat

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

 

 

  • Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;  
  • Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan  
  • Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »