Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 20 September 2011

16 Kebaikan sujud dalam solat

Posted by epondok di September 20, 2011

sujud

Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

 

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

 

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

 

6. mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

 

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

 

11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

 

14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.

16. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.

Posted in Amalan Pilihan | 3 Comments »

Aqidah goyah selagi rohani belum mantap

Posted by epondok di September 20, 2011

Oleh Ustaz Zamanuddin Jusoh

KITA masih lagi merasai kemanisan dua perayaan iaitu hari raya dan kemerdekaan negara yang membawa makna besar dalam kehidupan. Silaturahim Aidilfitri dan kesatuan umat menjadi agenda utama menjana masyarakat madani yang diimpikan selama ini.

Begitu juga sambutan 16 September yang penuh bermakna. Konsep kesederhanaan dan kebebasan dalam erti kata sebenar mestilah dijelmakan selepas meraikan perayaan ini. Bebas daripada penjajahan pemikiran dan ideologi adalah kebebasan sebenar bagi masyarakat berjaya.

Penjajahan bentuk baru yang disebut ‘Ghazwul Fikri’ (serangan pemikiran) adalah pengganti kepada penjajahan ketenteraan membabitkan kos tinggi dan mudah dikesan. Penjajahan baru ini fahaman tersembunyi serta ideologi memisahkan agama dan keduniaan.

Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada segumpal darah. Jika elok, maka akan eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati. – Hadis riwayat Bukhari

Umat Islam mesti membebaskan akidah mereka dari ‘isme’ palsu ciptaan manusia dan kembali kepada asas kukuh berteraskan al-Quran dan sunnah.

Baginda Nabi SAW bersabda daripada Irbadz bin Sariah bermaksud: “Sesungguhnya aku telah tinggalkan bagimu fahaman yang jelas dari sebarang kesamaran. Diumpamakan seperti malam yang gelap-gelita menjadi terang bercahaya. Sesiapapun tidak akan tergelincir selepas kewafatanku melainkan mereka yang ditakdirkan binasa. Mereka yang hidup selepasku akan melihat kekeliruan yang banyak sekali melainkan mereka berpegang dengan sunnahku dan sahabat yang terpimpin. Maka peganglah dengan kepercayaan itu dengan teguh dan jitu.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam konteks ini, jasmani dan rohani elemen utama memastikan pegangan aqidah yang kukuh. Keduanya-duanya pelengkap antara satu sama lain mengikut garis panduan ditetapkan Allah SWT.

Firman Allah SWT bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, inilah jalanku yang sebenar dan pengikutku untuk diikuti dengan yakin. Maha Suci Allah dan aku tidak tergolong daripada kalangan orang yang musyrik.” (Surah Yusof, ayat 108) Memahami keseimbangan roh dan jasad, Rasul SAW pernah menegur Abdullah bin Amr berkenaan solat sepanjang malam dan puasanya yang berterusan.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Wahai Abdullah, janganlah kamu melakukan perkara sedemikian. Makan dan berehatlah kerana sesungguhnya jasadmu ada hak yang perlu dipenuhi. Bagi matamu dan keluargamu ada hak keperluan yang perlu dipenuhi.”

Demikianlah keseimbangan dituntut agama Islam bagi menyuburkan rohani dan jasmani seterusnya menyelamatkan umat daripada anasir serta fahaman luar yang merosakkan. Kita melihat ramai memenuhi tuntutan rohani namun, hanya segelintir memberi perhatian kepada kerohanian khususnya dalam urusan keimanan yang sukar dipraktikkan.

Perlu diingat bahawa elemen rohani mestilah diutamakan kerana ia nakhoda yang akan memimpin jasmani. Hakikat ini diungkap Baginda SAW dalam hadis dari Nu’man bin Basyir yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada segumpal darah. Jika elok, maka akan eloklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.” (Hadis riwayat Bukhari)

Hati mencorakkan sikap seseorang. Kesakitan rohani dapat dikesan dan proses perubatannya mudah dilakukan berbanding penyakit rohani yang sukar dikesan pancaindera menyebabkan manusia melakukan tindakan di luar batas keimanan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Demikianlah kami jadikan kamu sebagai umat yang dipimpin ke jalan lurus dengan sifat kesederhanaan, sebagai umat yang layak memimpin manusia dan Rasul, sebagai utusan akan menjadi saksi terhadap kebenaran kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah, ayat 143)

Sebagai masyarakat Islam, kita harus membentuk identiti berasaskan al-Quran dan sunnah, menolak fahaman sampingan serta memperkukuhkan kerohanian demi menjaga keimanan bagi kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »