Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Berebut mengejar kelebihan ibadat bulan Ramadhan

Posted by epondok di Ogos 20, 2011


Oleh Mohd Fadly Samsudin
IKHLAS KERANA ALLAH...pamerkan keikhlasan dalam melakukan tuntutan sebagai hamba, Allah menilai amalan seseorang berdasarkan apa yang mereka laksanakan.
IKHLAS KERANA ALLAH…pamerkan keikhlasan dalam melakukan tuntutan sebagai hamba, Allah menilai amalan seseorang berdasarkan apa yang mereka laksanakan.
SETIAP amalan terpuji di bulan Ramadan akan mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda daripada Allah.

Semestinya umat Islam tidak mahu melepaskan bulan penuh keberkatan dan keampunan ini untuk meningkatkan amal ibadat masing-masing.

Yang pasti, kelainan dan kemeriahan Ramadan adalah waktu malamnya yang tidak sama dengan bulan lain kerana mempunyai solat tarawih.

Rasulullah juga menuntut umatnya untuk memakmurkan setiap malam sepanjang Ramadan dengan ibadat qiamullail dan solat tarawih.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang bangun (qiamullail) pada bulan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan, diampunkan baginya dosa-dosa terdahulu.”

Kemeriahan memakmurkan masjid atau surau perlu diteruskan sama ada awal atau akhirnya. Ibadat lain yang dituntut dalam bulan Ramadan ialah solat tahajud, membaca al-Quran dan mengkhatam sebanyak mungkin.

Qiamullail dalam bulan Ramadan diberi maksud mengerjakan solat tarawih secara berjemaah.

Jika sebelum ini, ramai sibuk dengan jadual yang padat, inilah masa untuk memberi ‘ruang’ melaksanakan solat tarawih secara berjemaah.

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah menunaikan solat tarawih di masjid kemudian diikuti beberapa orang bersamanya. Baginda bersolat lagi dan orang yang solat bersamanya semakin bertambah ramai.

Seterusnya orang ramai berhimpun pada malam ketiga dan keempat tetapi Rasulullah tidak keluar untuk solat tarawih bersama mereka.

Apabila tiba waktu subuh, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu lakukan. Tiada yang menghalang aku keluar kepada kamu selain kerana aku takut ia difardukan ke atas kamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Begitu juga halnya ketika zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar al-Khattab, umat Islam pada peringkat awal mengerjakan solat tarawih secara bersendirian.

Umar al-Khattab memerintahkan mereka mengerjakan secara berjemaah dan melantik Ubai bin Kaab sebagai imam.

Kelebilah bertarawih secara berjemaah seperti sabda Rasulullah yang bermaksud: “Seseorang lelaki yang bersolat (tarawih) bersama imam sehingga imam itu pulang (selesai mengerjakan solat), ia dikira bangun (beribadat) keseluruhan malam.”

Terdapat hadis sahih berkenaan solat tarawih iaitu: Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghayati (beribadat) malam lailatulqadar dengan iman dan mengharapkan pahala nescaya diampuni semua dosanya.” (Hadis riwayat al-Nasa’i).

Selain itu, sebuah lagi hadis daripada Said Musayyap, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa beribadat (solat tarawih) di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala nescaya diampuni dosa yang terdahulu.” (Hadis riwayat al-Nasa’i).

Cuma tarawih pada 10 malam terakhir saja dinyatakan kelebihannya dan umat Islam perlu merebut peluang itu.

“Malam itu adalah lailatulqadar yang mempunyai keistimewaan dan keberkatan. Allah menjanjikan pengampunan kepada hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

“Umat Islam perlu berwaspada dengan maklumat yang mereka terima, jangan percaya bulat-bulat. Jika keliru atau ragu-ragu, rujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang agama,”.

Apa saja yang berkaitan dengan agama, ganjaran, seksaan dalam Islam adalah hak mutlak Allah.

“Jika mahu menggalakkan umat islam rajin bersolat tarawih, berikan sumber hadis sahih yang diambil dari kitab muktabar.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: