Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Pelajar pondok johan qari Tilawah al-Quran Kelantan 1432H

Posted by epondok di Mei 17, 2011


Muhammad Yusri Amin   

KOTA BHARU, 17 Mei: Pelajar Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir Mas Mohd Nazri Daud dari Jajahan Tumpat muncul Johan Qari Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan ke-54 tahun ini.

Manakala johan menunggu, Muhammad Anuar Ghazali (Machang) diumum sebagai naib johan, tempat ketiga disandang Zulkifli Harun (Pasir Mas).

Sementara Che Aminah Che Awang diumum sebagai johan bahagian Qariah, manakala naib disandang Che Sepiah Mat Daud dan tempat ketiga dimenangi Che Ruhani Mohd Fathil (gambar).

Pengerusi Jemaah Hakim Tilawah Al-Quran Peringkat negeri, Datuk Che Mohd Rahim Haji Jusoh ketika mengumumkan keputusan itu berkata, pada tahun ini seramai 11 orang qari dan 10 orang qariah menyertai tilawah.

“Hanya johan qari saja akan mewakili negeri Kelantan ke Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kuching,  Sarawak pada 13 hingga 17 Jun 2011,” katanya yang juga Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2011 di Balai Islam, Lundang dekat sini petang semalam.

Johan qari dan qariah menerima hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan, cenderahati dan sijil penghargaan, manakala naib menerima hadiah wang tunai RM4,000, piala pusingan dan sijil penghargaan.

Tempat ketiga qari dan qariah menerima hadiah wang tunai RM3,000, piala pusingan dan sijil penghargaan.

Hadiah-hadiah disampaikan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Turut hadir Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan pimpinan negeri.

2 Respons kepada “Pelajar pondok johan qari Tilawah al-Quran Kelantan 1432H”

  1. ashfiyaa said

    السلام عليكم

    Kita amat2 berharap..agar Pihak Pondok dpt menyatakan pandangan ulama muktabar tentang HUKUM MUSLIMAT memperdengarkan bacaan secara berlagu…haruskah..haramkah…makruhkah…sebab hapir kesemua negeri menghantar wakil perempuan ke majlis Tilawah Kebangsaan, termasuk Kedah, Selangor, Penang yg katanya diperintah oeh gerakan Islam…kenapa kedah boleh, kelantan tak boleh??

    Dah kata perempuan takboleh wakili kelantan, kenapa gambar qariah yg dipaparkan? kalau dah aurat…..

    harap dpt penjelasan utk kami yg dhaif ni..syukran

  2. Habib Ahmad said

    Majlis Bacaan Kitab Shohih al-Bukhari (InsyaAllah sampai khatam) Bersama Syeikh Muhammad ‘Awadh al-Manqoush

    LAIN-LAIN MAJLIS ILMU :
    Pengajian Syeikh Fahmi Zamzam di Pusat Pengajian Ba’alawi

    TERKINI LAIN-LAIN MAJLIS ILMU : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: