Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 10 November 2010

Syeikh Nuruddin al-Banjari di Pondok Lubuk Tapah pagi esok

Posted by epondok di November 10, 2010

Pihak Pondok Lubuk Tapah menjemput ulama’ hadis terkenal iaituSyeikh Nuruddin al-Banjari bagi mengisi majlis ilmu yang akan diadakan pada hari esok Khamis 11 November 2010M bertempat di pondok tersebut bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Selepas itu majlis ilmu bersama beliau akan diadakan pula di Ma’ahad Tahfiz, Rupek, Pasir Mas selepas solat Zohor

Muslimin dan muslimat para pencinta ilmu dijemput hadir dalam merebut peluang keemasan ini

Posted in Pondok Lubuk Tapah, Program Terbaru | 5 Comments »

5 Tanda hati keras

Posted by epondok di November 10, 2010

Abai solat, cintai dunia antara tanda hati keras

HATI adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya.

Sebaliknya, hati boleh menjadi sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti dilakukan manusia sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah berkata: “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pulalah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda boleh dikenali antaranya:

# Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan terutama melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan kewajipan ditetapkan itu seperti tidak serius menunaikan solat atau berasa berat melaksanakan ibadah sunnah.

Allah menyifatkan golongan ini kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan”. (Surah at-Taubah, ayat 54).

# Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran. Ketika disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk dan lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya.

Bahkan ada hati enggan dan berpaling daripadanya sedangkan Allah memberi ingatan yang ertinya: “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku”. (Surah Al-Qaf, ayat 45)

# Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat. Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata.

Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia. Penghujungnya jadilah dia seorang yang memiliki sifat dengki, ego, bakhil serta tamak terhadap dunia semata-mata.

# Kurang mengagungkan Allah sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

# Tidak belajar dengan ayat kauniah iaitu tidak terpengaruh dengan peristiwa yang dapat memberi pengajaran seperti kematian, sakit atau bencana. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai biasa.

Haikatnya, kematian itu adalah nasihat. Firman Allah yang bermaksud: “Dan tidaklah mereka (orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?” (Surah At-Taubah, ayat 126)

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Gambaran nikmat Syurga yang hebat

Posted by epondok di November 10, 2010

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Sheikh al-Maraghi berkata: “Semua ini menunjukkan bahawa makanan ahli neraka adalah sesuatu yang sesuai dengan keadaan di akhirat.

“Hal ini digambarkan dengan benda-benda yang ada di dunia adalah bermaksud untuk menggambarkan kepada kita betapa buruknya jenis makanan itu, agar kita menjauhi dan menghindari malapetaka tersebut, sehingga kita terjauh daripada perbuatan rosak dan merugikan.”

Firman Allah SWT: (sebaliknya) Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri.

Ibn Kathir berkata: Mereka mendapat kurniaan nikmat kerana usaha mereka di dunia.

Firman Allah SWT: Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia).

Al-Hasan berkata: Dia akan reda dengan usahanya. Benarlah kata al-Maraghi: Mereka berasa puas kerana mereka dahulu beramal semata-mata kerana Allah SWT dan mereka diberi balasan baik.

Hal ini umpama seorang yang berbuat baik lalu mendapat hasil atau balasan baik dan pujian yang menyenangkan, maka tercetuslah ucapan: Alangkah baiknya amalku dahulu. Sesungguhnya amalku itu sesuai dengan kebenaran.

Firman Allah SWT: (Mereka tinggal menetap) di dalam syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya).

Dalam hal ini al-Mawardi menyebut dua wajah bahawa syurga lebih tinggi dari neraka kedudukannya. Dengan sebab itu dinyatakan ketinggiannya seperti kata al-Dahak. Sedangkan pendapat kedua dengan maksud di syurga-syurga yang tinggi dan bilik-biliknya.

Atas asas inilah ketinggian mereka dalam dua bentuk, iaitu supaya mereka berlazat dengan kedudukan dan keduanya supaya mereka menyaksikan apa yang Allah SWT sediakan kenikmatan untuk mereka.

Firman Allah SWT: Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia.

Ulama telah khilaf berkenaan dengan tafsiran lagha di sini, di mana al-Farra’ dan al-Ahfash berpendapat ahli syurga tidak mendengar walaupun sepatah kalimah lagha.

Berkenaan dengan lagha ada tujuh pendapat:

* Dusta. Seperti pendapat Ibn Abbas.

* Dosa. Seperti pendapat Qatadah.

* Mencela. Seperti pendapat Mujahid.

* Kebatilan. Seperti pendapat Yahya bin Salam.

* Maksiat. Seperti pendapat al-Hasan.

* Sumpah. Seperti pendapat al-Qalbi.

* Ahli syurga tidak mendengar dalam ucapan mereka kalimah lagha. Seperti pendapat al-Farra’.

Firman Allah SWT: di dalam syurga itu ada mata air yang mengalir.

Al-Maraghi berkata: Dalam syurga itu terdapat mata air yang selalu mengalir airnya. Air yang jernih menggembirakan hati dan mententeramkan mata yang memandangnya.

Firman Allah SWT: Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya).

Kedudukan tinggi ini ada tiga wajah:

* Kerana sebahagiannya berada lebih tinggi daripada yang lain.

* Kerana tempatnya berada di puncak.

* Tempat yang tinggi kerana kedudukannya dan martabatnya yang tinggi.

Ibn Syajarah berkata: Supaya mereka berlazat dengan kedudukannya.

Firman Allah SWT: dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka).

Sayid Qutub berkata: Gelas-gelas itu siap diatur dan siap disajikan untuk diminum tanpa perlu diminta dan disediakan.

Firman Allah SWT: dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar).

Al-Maraghi berkata: Dalam syurga terdapat juga bantal-bantal yang tersusun rapi. Mereka boleh mendudukinya, bersandar padanya atau berteleku di atasnya apabila dikehendaki.

Firman Allah SWT: serta hamparan-hamparan yang terbentang.

Al-Maraghi berkata: Ketika permaidani (hamparan) terhampar di tempat duduk, maka setiap tempat duduk dapat dilihat hamparan permaidani seperti yang terdapat di rumah-rumah kaum bangsawan lagi hartawan di dunia ini.

Sayid Qutub berkata: “Semuanya itu merupakan nikmat-nikmat kesenangan yang dapat dilihat manusia contoh-contoh seumpamanya di bumi.”

Nikmat-nikmat itu disebut sedemikian rupa untuk mendekatkan kepada kefahaman manusia di bumi, sedangkan hakikat yang sebenar terpulanglah kepada selera di sana yang dikurniakan Allah SWT kepada golongan manusia yang berbahagia.

Di antara usaha yang sia-sia ialah membuat perbandingan dan penyelidikan yang halus mengenai bentuk dan sifat nikmat atau azab di akhirat kerana penduduk bumi berfikir dengan fikiran yang terikat dengan keadaan yang wujud di bumi ini.

Andainya mereka berada di akhirat, maka segala hijab dan dinding akan terhapus, segala roh dan fikiran terlepas bebas, segala makna akan berubah mengikut perubahan selera manusia di sana.

Ini kerana segala yang berlaku di akhirat di luar kemampuan kita untuk mengetahuinya.

Sifat-sifat nikmat yang dijelaskan oleh Allah SWT hanya berguna untuk menolong kita memahami dan menggambarkan kemuncak kelazatan, kemanisan dan kenikmatan hidup yang kita tidak mampu mencapainya selama kita berada di sini.

Ketika di akhirat barulah kita mengetahui dan mengenal hakikatnya apabila Allah SWT memuliakan dengan limpah kurnia dan keredaan-Nya.

Semoga Allah SWT mengurniakan kita syurga Firdaus sebagai nikmat-Nya. Amin.

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Ibadat Korban Lambang Ketaatan Kepada Allah

Posted by epondok di November 10, 2010

Oleh MOHD. NORZI NASIR

SEBAHAGIAN daripada keutamaan dan kurniaan yang Allah SWT berikan kepada sekelian hamba-Nya adalah dijadikan musim atau masa-masa tertentu bagi hamba-hamba-Nya yang soleh untuk meningkatkan kualiti amalan dan integritinya.

Bulan Zulhijjah merupakan bulan ibadah yang penuh dengan pengertiannya yang tersendiri. Di dalamnya terkandung perkara kelima dalam rukun Islam iaitu ibadah haji.

Jika setiap jemaah haji atau tetamu Allah menyempurnakan ibadah haji atau manasik mereka di padang Arafah pada 9 Zulhijjah berlandaskan sabda Rasulullah yang bermaksud, “Haji itu Arafah”, maka umat Islam lainnya di luar Tanah Suci melengkapi ibadah mereka dengan melakukan ibadah korban atau udhiyyah bermula 10 Zulhijjah.

Udhiyyah bermaksud menyembelih haiwan daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, biri-biri dan kambing pada Hari Raya Haji atau yaum al-Nahr pada 10 Zulhijjah dan pada hari-hari tasyriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Korban lambang ketaatan hamba

Ibadah korban merupakan gambaran praktikal dari keikhlasan, ketaatan dan ketulusan hati yang tidak berbelah-bagi Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. In sya Allah, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar. Lantas Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta Kami kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian. (al-Soffaat: 101-108)

Ikhlas kerana Allah

Daripada Aisyah r.a., Nabi bersabda: “Berkorbanlah kamu dengan hati yang reda, sesungguhnya tiap-tiap muslim yang menghadapkan sembelihannya ke arah kiblat, maka darahnya, kotorannya dan bulunya itu adalah kebajikan dan bakti kepada timbangannya pada hari kiamat”. (riwayat al-Baihaqi)

Dengan menyembelih binatang ternakan sebagai korban, seorang muslim telah merelakan sebahagian harta yang dimilikinya sebagai merealisasikan keikhlasan, ketaatan dan rasa kesyukuran melalui nikmat yang telah diberikan oleh Allah.

Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan Yang banyak (di dunia dan di Akhirat). Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur). (al- Kauthar: 1-2)

Misi sosial sesama hamba

Ibadah korban tidak hanya mengandungi dimensi ketaatan dan taqarrub seorang hamba kepada Khaliqnya (Allah) malah terkandung di dalamnya misi sosial sesama hamba.

Kesediaan seseorang hamba untuk melakukan korban mencerminkan wujudnya pengakuan dalam dirinya akan hak-hak saudara muslimnya yang lain seterusnya dapat membugar tingkat sosial yang tinggi dalam masyarakat.

Rasulullah SAW melarang keras golongan berharta (golongan kaya) yang memiliki kemampuan melakukan ibadah korban tetapi enggan menunaikannya untuk bersama-sama menunaikan solat Aidiladha bersama jemaah di masjid.

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memiliki kemampuan (dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah ) dan tidak menyembelih, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami”. (Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya)

Ukuran kemampuan tidak berdasarkan kekayaan yang dimiliki. Namun ia merujuk kepada kemampuan setiap individu iaitu setelah memenuhi keperluan rutin hariannya dia masih mempunyai lebihan wang untuk melakukan korban.

Golongan berkemampuan sebaliknya dianjurkan supaya mengagihkan dan memberi daging-daging sembelihan kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti golongan fakir-miskin, saudara Islam yang sedang ditimpa musibah dan anak yatim dan selain mereka.

Firman Allah yang bermaksud: Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta itu ada kebaikan bagi kamu. Oleh itu, sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya. Setelah ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami memudahkannya untuk kamu (menguasai dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. Daging dan darah binatang qurban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah. Tetapi, yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa daripada kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. (al-Haj: 36-37)

Melalui penerimaan daging-daging korban sudah pasti akan terpancar rasa kasih sayang sesama insani. Golongan fakir yang dahulunya tidak pernah berkemampuan untuk mendapatkannya dek harganya yang mahal akhirnya mengecapi nikmat tersebut.

Golongan yang berkemampuan pula akan bertambah tingkat kesyukuran mereka kepada Allah. Justeru ikatan yang terjalin sesama manusia hablum minan nas akan melahirkan satu struktur masyarakat yang kuat, berperibadi luhur, adil, sejahtera.

Sebagaimana sedekah, zakat dan ibadah sosial yang lain, ibadah korban mampu membersihkan sifat mazmumah seperti bakhil, ‘ujub, dan takbur bagi golongan berkemampuan, dan perasaan cemburu dan hasad dengki bagi golongan fakir dan yang tidak berkemampuan.

Korban dari lisan Nabi SAW

Dari Al-Barra’ ibn ‘Azib r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Empat jenis binatang yang tidak dianjurkan dalam ibadah korban iaitu buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak mampu berjalan dan tidak mempunyai lemak (kurus)”. (riwayat Abu Dawud di dalam Sunannya)

Jundub ibn Abdullah ibn Sufyan al-Bajali r.a berkata: Nabi SAW menunaikan solat pada hari al-Nahr (Aidiladha) kemudian berkhutbah lalu menyembelih (bintang) korbannya lantas bersabda: “Sesiapa yang menyembelih sebelum solat Aidiladha, sembelihlah yang lain sebagai penggantinya dan sesiapa yang belum menyembelih maka sembelihlah dengan nama Allah”. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya)

Jabir r.a berkata: “Aku bersama Nabi SAW solat Aidiladha di musolla. Ketika selesai berkhutbah, baginda turun dari mimbar lalu dibawakan seekor kambing lantas baginda SAW menyembelihnya dengan tangannya sendiri sambil berkata: “Bismillah wallahu Akbar”. Ini daripadaku dan daripada umatku yang belum menyembelih”. (riwayat Abu Dawud di dalam Sunannya)

Anas r.a berkata: Rasulullah pernah melakukan korban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut nama Allah dan bertakbir sambil meletakkan kaki baginda pada lambung kedua-duanya. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya)

Daripada Jabir bin Abdullah r.a, katanya: Kami pernah menyembelih korban bersama-sama Rasulullah pada tahun perjanjian Hudaibiah untuk korban seekor unta atau korban seekor lembu, kami bersekutu tujuh orang. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya)

Sabda Rasulullah SAW: Makan dan simpanlah serta sedekahkan daging korban itu. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya)

Atha’ ibn Yasar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansari perihal cara melakukan ibadah korban pada zaman Rasulullah. Lantas Abu Ayyub menjawab: “Dahulu seseorang melakukan korban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain”. (riwayat al-Tirmizi di dalam Jami’nya)

Pendek kata, ibadah korban merupakan gambaran praktikal dari keikhlasan, ketaatan dan ketulusan hati yang tidak berbelah-bagi Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Posted in Klinik Agama | Leave a Comment »

Hadits-hadits Khutbah Haji Wada’

Posted by epondok di November 10, 2010

44 حَدِيثُ جَرِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ لِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ اسْتَنْصِتِ النَّاسَ ثُمَّ قَالَ لَا تَرْجِعُوا بَعْدِي كُفَّارًا يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ *

44 Diriwayatkan dari Jarir radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda kepadaku sewaktu Haji Wada’ supaya menyuruh para manusia agar diam. Setelah orang-orang diam, beliau bersabda: Janganlah kamu kembali menjadi orang-orang kafir sepeninggalku dengan memukul-mukul leher di antara satu sama lain di kalangan kamu (HR Bukhari dan Muslim/ Muttafaq ‘alaih).

988 حَدِيثُ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ إِنَّ الزَّمَانَ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبٌ شَهْرُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ ثُمَّ قَالَ أَيُّ شَهْرٍ هَذَا قُلْنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ فَسَكَتَ حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ سَيُسَمِّيهِ بِغَيْرِ اسْمِهِ قَالَ أَلَيْسَ ذَا الْحِجَّةِ قُلْنَا بَلَى قَالَ فَأَيُّ بَلَدٍ هَذَا قُلْنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ فَسَكَتَ حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ سَيُسَمِّيهِ بِغَيْرِ اسْمِهِ قَالَ أَلَيْسَ الْبَلْدَةَ قُلْنَا بَلَى قَالَ فَأَيُّ يَوْمٍ هَذَا قُلْنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ فَسَكَتَ حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ سَيُسَمِّيهِ بِغَيْرِ اسْمِهِ قَالَ أَلَيْسَ يَوْمَ النَّحْرِ قُلْنَا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ قَالَ مُحَمَّدٌ وَأَحْسِبُهُ قَالَ وَأَعْرَاضَكُمْ حَرَامٌ عَلَيْكُمْ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي بَلَدِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا وَسَتَلْقَوْنَ رَبَّكُمْ فَيَسْأَلُكُمْ عَنْ أَعْمَالِكُمْ فَلَا تَرْجِعُنَّ بَعْدِي كُفَّارًا أَوْ ضُلَّالًا يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ أَلَا لِيُبَلِّغِ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ فَلَعَلَّ بَعْضَ مَنْ يُبَلِّغُهُ يَكُونُ أَوْعَى لَهُ مِنْ بَعْضِ مَنْ سَمِعَهُ ثُمَّ قَالَ أَلَا هَلْ بَلَّغْتُ *

988 Diriwayatkan dari Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sesungguhnya beliau telah bersabda: Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya berturut-turut, yaitu bulan Dzulqa’idah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rajab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak antara Jumadilakhir dan Sya’ban. Kemudian beliau bertanya: Bulan apakah ini؟

Kami menjawab: Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.

Sejenak beliau hanya diam saja. Sehingga kami menyangka bahawa beliau akan menyebutnya dengan nama lain.

Beliau bertanya: Bukankah ia bulan Dzulhijjah؟

Kami menjawab: Benar.

Beliau bertanya lagi: Negeri apakah ini؟

Kami menjawab: Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.

Sejenak beliau hanya diam saja. Sehingga kami menyangka bahwa beliau akan menyebutnya dengan nama yang lain.

Beliau bersabda: Bukankah ia negeri Baldah؟

Kami menjawab: Benar.

Beliau bertanya: Hari apa kah ini؟

Kami menjawab: Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.

Sejenak beliau diam saja. Sehingga kami menyangka bahwa beliau akan menyebutnya dengan nama lain.

Beliau s.a.w bersabda lagi: Tidakkah itu hari an-Nahr (hari raya qurban)?

Kami menjawab: Benar, wahai Rasulullah.

Lalu beliau bersabda: Sesungguhnya darahmu, harta bendamu (kata Muhammad, aku menyangka beliau bersabda pula) dan kehormatanmu adalah haram/ dimuliakan-dilindungi atas dirimu, seperti haramnya/ mulianya-dilindunginya harimu yang sekarang ini, di negerimu ini dan di bulanmu ini. Kamu akan bertemu dengan Tuhanmu. Dia akan bertanya kepadamu mengenai semua amalan kamu. Maka selepasku nanti janganlah kamu kembali kepada kekufuran atau kesesatan, di mana kamu akan berkelahi antara satu sama lain. Ingat, hendaklah orang yang hadir pada saat ini mesti menyampaikan kepada orang yang tidak ada pada waktu ini. Boleh jadi sebahagian dari mereka yang mendengar dari mulut orang kedua lebih dapat menjaga daripada orang yang mendengarnya secara langsung. Kemudian beliau bersabda: Ingat, bukankah aku telah menyampaikannya? (HR Bukhari dan Muslim/ muttafaq ‘alaih).

عَنْ أَبِي نَضْرَةَ حَدَّثَنِي مَنْ سَمِعَ خُطْبَةَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي وَسَطِ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَلَا إِنَّ رَبَّكُمْ وَاحِدٌ وَإِنَّ أَبَاكُمْ وَاحِدٌ أَلَا لَا فَضْلَ لِعَرَبِيٍّ عَلَى أَعْجَمِيٍّ وَلَا لِعَجَمِيٍّ عَلَى عَرَبِيٍّ وَلَا لِأَحْمَرَ عَلَى أَسْوَدَ وَلَا أَسْوَدَ عَلَى أَحْمَرَ إِلَّا بِالتَّقْوَى أَبَلَّغْتُ قَالُوا بَلَّغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ أَيُّ يَوْمٍ هَذَا قَالُوا يَوْمٌ حَرَامٌ ثُمَّ قَالَ أَيُّ شَهْرٍ هَذَا قَالُوا شَهْرٌ حَرَامٌ قَالَ ثُمَّ قَالَ أَيُّ بَلَدٍ هَذَا قَالُوا بَلَدٌ حَرَامٌ قَالَ فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ حَرَّمَ بَيْنَكُمْ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ قَالَ وَلَا أَدْرِي قَالَ أَوْ أَعْرَاضَكُمْ أَمْ لَا كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا فِي بَلَدِكُمْ هَذَا أَبَلَّغْتُ قَالُوا بَلَّغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِيُبَلِّغْ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ (رواه أحمد تعليق شعيب الأرنؤوط : إسناده صحيح )

Diriwayatkan dari Abi Nadhrah, telah menceritakan kepadaku orang yang mendengar khutbah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di tengah hari-hari tasyriq (yaitu khutbah wada’), maka beliau bersabda: Wahai para manusia, ingatlah sesungguhnya Tuhan kalian itu satu, dan bapak kalian itu satu. Ingatlah, tidak ada keutamaan bagi orang Arab atas orang ajam/ asing, dan tidak bagi orang ajam atas orang Arab, tidak bagi orang kulit merah atas kulit hitam, dan tidak bagi orang kulit hitam atas kulit merah kecuali dengan taqwa. Apakah sudah aku sampaikan?

Mereka menjawab, Rasulullah — shallallahu ‘alaihi wa sallam—telah sampaikan.

Kemudian beliau berkata, hari apa ini?

Mereka menjawab, hari haram / mulia.

Kemudian beliau berkata, bulan apa ini?

Mereka menjawab, bulan haram/ mulia.

Kemudian dia berkata, negeri apa ini?

Mereka menjawab, negeri haram/ mulia.

Beliau bersabda, maka sesungguhnya Allah sungguh telah mengharamkan di antara kamu sekalian darah-darah kamu sekalian dan harta-harta kamu sekalian – periwayat berkata, dan aku tidak tahu beliau berkata atau kehormatan-kehormatan kamu sekalian atau tidak— seperti haramnya (mulianya) hari kalian ini dalam bulan kalian ini dalam negeri kalian ini. Apakah telah aku sampaikan?

Mereka menjawab, telah Rasulullah — shallallahu ‘alaihi wa sallam—sampaikan.

Beliau bersabda, hendaknya orang yang menyaksikan menyampaikan kepada orang yang tidak hadir. (HR Ahmad, komentar Syu’aib Al-Arnauth sanadnya shahih).

2622 وثبت في الصحاح والحسان والمسانيد من غير وجه أنه صلى الله عليه وسلم قال في خطبة حجة الوداع إن دماءكم وأموالكم وأعراضكم عليكم حرام كحرمة يومكم هذا في شهركم هذا في بلدكم هذا خ105 م1218 تفسير ابن كثير ج: 4 ص: 215

Telah tetap (keshahihannya) dalam kitab-kitab shahih, hasan, dan musnad-musnad, tidak hanya satu bentuk, bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam khutbah haji Wada’: Sesungguhnya darah kalian, harta-harta kalian, dan kehormatan-kehormatan kalian itu haram/ mulia-dilindungi atas kalian seperti haramnya/ mulianya-dilindunginya hari kalian ini di bulan kalian ini di negeri kalian ini. (Tafsir Ibnu Katsir juz 4 hal 215, Shahih Al-Bukhari no 105, dan Shahih Muslim no 1218).

باب ذكر البيان أن النبي صلى الله عليه وسلم إنما خطب بعرفة راكبا لا نازلا بالأرض قال أبو بكر في خبر زيد بن هارون عن يحيى بن سعيد عن القاسم سمعت بن الزبير قال خطب الناس بعرفة ثم نزل فجمع بين الظهر والعصر 2809 ثنا محمد بن الوليد ثنا يزيد ح وثنا محمد بن يحيى ثنا عبد الله بن محمد النفيلي ثنا حاتم بن إسماعيل ثنا جعفر بن محمد عن أبيه قال دخلنا على جابر بن عبد الله فذكر الحديث وقال فأجاز رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى أتى عرفة حتى إذا زاغت الشمس أمر بالقصواء فرحلت له فركب حتى أتى بطن الوادي فخطب الناس فقال إن دمائكم وأموالكم عليكم حرام كحرمة يومكم هذا في شهركم هذا في بلدكم هذا ألا وإن كل شيء من أهل الجاهلية موضوع تحت قدمي هاتين ودماء الجاهلية موضوعة وأول دم أضعه دمائنا دم بن ربيعة بن الحارث كان مسترضعا في بني سعد فقتلته هزيل وربا الجاهلية موضوع وأول ربا أضعه ربانا ربا العباس بن عبد المطلب فإنه موضوع كله اتقوا الله في النساء فإنكم أخذتموهن بأمانة الله واستحللتم فروجهن بكلمة الله وإن لكم عليهن أن لا يوطين فرشكم أحدا تكرهونه فإن فعلن فاضربوهن ضربا غير مبرح ولهن عليكم رزقهن وكسوتهن بالمعروف وإني قد تركت فيكم ما لن تضلوا بعده إن اعتصمتم به كتاب الله وأنتم مسؤولين عني ما أنتم قائلون فقالوا نشهد إنك قد بلغت رسالات ربك ونصحت لأمتك وقضيت الذي عليك فقال بأصبعه السبابة يرفعها إلى السماء وينكسها إلى الناس اللهم أشهد اللهم أشهد. صحيح ابن خزيمة ج: 4 ص: 251

Bab menyebutkan penjelasan bahwa Nabi saw sesungguhnya berkhutbah di Arafah hanya dengan naik kendaraan (unta) tidak turun ke tanah. Abu Bakar berkata mengenai berita dari Zaid bin Harun dari Yahya bin Said dari Qasim aku dengar Ibnu Zubair berkata, beliau berkhutbah kepada para manusia di Arafah kemudian beliau turun lalu menjama’ shalat dhuhur dan ashar.

Diriwayatkan dari Ja’far bin Muhammad dari ayahnya, ia berkata, kami masuk ke Jabir bin Abdullah lalu ia menuturkan hadits dan ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengizinkan sehingga beliau sampai di Arafah hingga ketika matahari telah condong beliau memerintahkan qashwa’ (unta) maka (unta itu) berjalan kepada beliau, lalu beliau menaikinya hingga sampai di perut lembah. Lalu beliau berkhutbah kepada para manusia, maka beliau bersabda, sesungguhnya darahmu dan hartamu itu haram/ dimuliakan-dilindungi atas kalian, seperti haramnya/ mulianya-dilindunginya harimu ini di bulanmu ini di negerimu ini. Ingatlah, sesungguhnya setiap hal yang (berasal) dari ahli jahiliyah telah dihapus di bawah dua telapak kakiku ini, dan darah jahiliyah telah dihapus. Darah (jahiliyah) pertama yang dihapus adalah darah Ibnu Rabi’ah bin Harits yang dulunya disusukan di Bani Sa’ad maka telah aku bunuh dia dengan mengalahkannya. Dan riba jahiliyah telah dihapus (juga). Riba (jahiliyah) yang pertama aku hapus adalah riba al-Abbas bin Abdul Muthalib, karena hal itu telah dihapus semuanya. Bertaqwalah kalian kepada Allah dalam hal wanita, karena kalian telah mengambil mereka dengan amanah Allah dan kalian telah menghalalkan farji-farji mereka dengan kalimah Allah. Hak kalian atas mereka (isteri-isteri) hendaknya mereka tidak mempersilakan memijak tikarmu (menduduki tempat duduk kehormatan suami) kepada seseorang yang kamu benci, maka apabila mereka (isteri-isteri) itu melakukannya, maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak keras, dan hak mereka (isteri-isteri) atasmu adalah rizki dan pakaian mereka dengan baik. Dan sesungguhnya telah aku tinggalkan pada kalian apa yang kalian tidak akan sesat setelahnya apabila kalian berpegang teguh dengannya yaitu kitab Allah, dan kalian akan ditanya tentang aku apa yang kalian katakan. Maka mereka berkata, kami bersaksi bahwa engkau telah menyampaikan risalah-risalah Tuhanmu, dan telah menasihati kepada umatmu dan telah engkau tunaikan apa yang wajib atasmu. Maka beliau besabda dengan jari telunjuknya ia angkat ke langit dan membalikkannya ke para manusia, Ya Allah saksikan, ya Allah saksikan. (Hadits Shahih Ibnu Khuzaimah, juz 4, hal 251). (haji)

Petikan daripada (nahimunkar.com)

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »