Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 7 November 2010

Ekonomi ikut syariat jamin keberkatan

Posted by epondok di November 7, 2010

Oleh Nik Mustapha Nik Hassan

ISLAM sejak awal lagi mengiktiraf peranan penting dimainkan sektor swasta dalam memaju ekonomi negara. Pengiktirafan Islam ini menuntut budaya korporat dan strategi perniagaan sektor swasta menepati semangat agama.

Dalam usaha memantapkan budaya korporat sektor swasta, pendekatan unggul seperti keuntungan melalui tanggungjawab sosial jika dihayati dengan tepat akan membawa hasil positif bukan saja kepada prestasi perniagaan tetapi sekali gus membangun keadilan sosioekonomi dan masyarakat.

Pendekatan ini menganjurkan keharmonian antara kepentingan perniagaan, golongan peniaga serta tanggungjawab mereka kepada masyarakat. Pendekatan ini adalah asas penting kepada penyusunan dan pembinaan masyarakat bernegara.

Prinsip hidup berharmoni ini menjelaskan kepentingan golongan peniaga melaksanakan tanggungjawab kepada kebajikan masyarakat. Islam mengiktiraf keuntungan dari usaha perniagaan dan perdagangan kepada peniaga adalah sesuatu hukum yang tabii serta adil.

Mengakui hukum pulangan sebagai sesuatu yang penting untuk memberangsang golongan peniaga semoga halus dan rapi dalam menjalankan perniagaan. Keuntungan akan diperoleh apabila jumlah pendapatan mengatasi jumlah kos.

Jika diurus dan dilaksana secara positif, jumlah hasil mampu ditingkatkan melalui kuantiti jualan produk. Dalam dunia tidak berbatas, jumlah jualan tidak terhad, yang membatasi ialah persaingan sengit dari pengusaha dan peniaga dalam serta luar negara.

Ruang mengembangkan kuantiti jualan luas terbentang dan kejayaan menembusi pasaran antarabangsa mencermin kemampuan pengusaha menguasai pasaran produk. Dalam konteks pencapaian kejayaan berterusan, strategi menguasai pasaran perlu menjadi strategi perniagaan.

Pencapaian kepada matlamat ini memerlukan organisasi melakukan kajian dan penyelidikan dinamik supaya kualiti penghasilan produk meningkat dan produk dihasilkan sentiasa relevan dengan keperluan serta kebajikan pengguna.

Usaha positif ini memerlukan kepada akhlak kepemimpinan organisasi swasta demi kepentingan bersama peniaga dan pengguna. Harga yang berpatutan juga akan dapat meluaskan faedah kegunaan produk kepada pengguna berpendapatan rendah.

Melalui perancangan dan kepakaran yang tinggi serta sentiasa menanamkan sikap untuk meningkat kecekapan, mengurangkan pembaziran, nescaya usaha itu akan menghasilkan penurunan kos.

Jika nilai akhlak Islam disepadukan dalam pengawalan kos, kos sosial tidak langsung seperti keruntuhan akhlak pekerja dan pencemaran kepada alam persekitaran akan turut sama diberi perhatian.

Kos sosial ini adalah faktor negatif yang turut menjejas kemajuan prestasi organisasi dalam jangka masa panjang. Tanpa akhlak pekerja yang tinggi serta alam persekitaran sihat, prestasi sektor swasta akan menurun dalam jangka panjang, meruntuhkan kestabilan dan kebajikan masyarakat.

Kejayaan mengurangkan kos oleh sektor swasta mengikut perspektif di atas adalah kejayaan yang memaparkan tahap kepakaran pengendalian perniagaan sudah dapat ditingkatkan.

Jelaslah keuntungan melalui pendekatan berakhlak adalah pendekatan dinamik tanda sifat tanggungjawab tinggi dihayati sektor swasta dalam kegiatan perniagaan mereka. Pendekatan ini menjadi budaya organisasi korporat berjaya pada masa ini yang beroperasi secara global.

Pendekatan keuntungan melalui tanggungjawab sosial jika dihayati akan menghasilkan budaya korporat yang sihat, mampu memperoleh kejayaan sektor swasta sekali gus membangunkan taraf dan mutu hidup masyarakat.

Posted in Artikel Pilihan | Leave a Comment »

Yahudi menganggap umat Islam adalah keldai

Posted by epondok di November 7, 2010


by Khaled Amayreh (beritaislamglobal.blogspot.com – English Version here)

Seorang tokoh agama Yahudi di Israel menyifatkan bukan-Yahudi sama seperti kaldai dan binatang tunggangan, iaitu diciptakan untuk berkhidmat kepada bangsa Yahudi.
Rabbi Ovadia Yosef (gambar), mentor kerohanian parti Shas, yang mewakili masyarakat Yahudi di Timur Tengah, dilaporkan berkata dalam satu majlis homily Sabbath, bahawa “tujuan utama kewujudan bangsa bukan-Yahudi adalah untuk berkhidmat dengan bangsa Yahudi.”


Shas adalah rakan bersekutu kerajaan Israel sekarang.

Yosef, yang juga bekas Ketua Rabbi Israel, dipetik oleh akhbar sayap-kanan, Jerusalem Post, sebagai berkata bahawa fungsi asas seorang goy, nama lain bagi memperkecilkan bukan-Yahudi, adalah untuk berkhidmat dengan bangsa Yahudi.

“Bukan-Yahudi dilahirkan hanya untuk berkhidmat dengan kita. Tanpa itu, mereka tiada tempat dalam dunia ini – hanya untuk berkhidmat dengan rakyat Israel,” kata Yosef dalam khutbah mingguan malam Sabtu yang membicarakan undang-undang tentang apa yang boleh dilakukan oleh bukan-Yahudi pada hari Sabbath.

Yosef juga dilaporkan berkata bahawa kehidupan bukan-Yahudi di Israel dipelihara oleh Tuhan bagi mencegah kerugian atau kehilangan yang mungkin ditanggung bangsa Yahudi.

Yosef, ulama kitab Torah terkenal dan pentafsir kitab Talmud, kitab asas agama Yahudi, membuat perbandingan antara binatang pengangkut seperti keldai dan bukan-Yahudi.

“Di Israel, kematian tidak menguasai mereka…Lain pula halnya dengan bukan-Yahudi, mereka perlu mati, tetapi Tuhan memanjangkan usia mereka. Kenapa? Bayangkan seseorang yang kehilangan keldainya, beliau akan mengalami kerugian.

“Ia adalah hambanya…Sebab itulah usianya dipanjangkan, untuk berkhidmat dengan baik untuk Yahudi.”

Yosef menjelaskan selanjutnya, dengan bertanya “kenapa bukan-Yahudi diperlukan? Mereka akan bekerja, mereka akan membajak, mereka akan menuai; dan kita akan duduk seperti tuan ladang dan makan.”

“Itulah sebabnya kenapa bukan-Yahudi diciptakan.”

Konsep bukan-Yahudi yang mempunyai keserupaan dengan binatang dijelaskan dalam agama Yahudi Ortodoks.

Sebagai contoh, para rabbi dari pergerakan Chabad, satu aliran yang bersifat rasis tetapi berpengaruh, mengajar secara terbuka bahawa pada peringkat kerohanian, bukan-Yahudi mempunyai status binatang.

Abraham Kook (gambar), mentor agama bagi pergerakan penduduk, dipetik sebagai berkata bahawa perbezaan antara seorang Yahudi dan bukan-Yahudi lebih besar daripada perbezaan antara manusia dan binatang.


“Perbezaan antara roh Yahudi dan roh bukan-Yahudi – semuanya dalam tahap berbeza –lebih besar dan lebih dalam daripada perbezaan antara roh manusia dan roh binatang ternakan.”

Sebahagian idea-idea Kook bersifat perkauman ini diajar di kolej Talmud, Merkaz H’arav, Jerusalem. Kolej ini dinamakan sempena nama Kook.

Dalam bukunya, “Sejarah Yahudi, Agama Yahudi: Pengaruh selama 3000 tahun,” Shahak, seorang penulis dan intelek Israel menjelaskan bahawa apabila rabbi Ortodoks menggunakan perkataan “manusia” mereka biasanya tidak merujuk kepada semua manusia, tetapi kepada bangsa Yahudi sahaja, kerana bukan-Yahudi itu tidak dianggap sebagai manusia menurut Halacha atau undang-undang Yahudi.


Beberapa tahun lalu, seorang ahli Knesset Israel, mengkritik hebat tentera Israel kerana “melayan manusia seolah-olah seperti bangsa Arab.” Ahli Knesset, Aryeh Eldad (gambar), menyatakan demikian ketika membri komen tentang pengosongan tentera Israel di sebuah pos penempatan luar di Tebing Barat.


Berhadapan dengan kesan negatif daripada ajaran Injil dan Talmud itu ke atas hubungan antara-agama, beberapa pemimpin Kristian di Eropah menyeru supaya pihak berkuasa agama Yahudi membuat perubahan terhadap persepsi tradisi Halacha ke atas bukan-Yahudi.

Namun begitu, walaupun beberapa aliran Reformasi dan Konservatif Yahudi menyambut baik seruan tersebut, kebanyakan Yahudi Ortodoks menolak cadangan tersebut, kerana berpendapat bahawa Kitab Injil adalah perkataan Tuhan yang tidak boleh diubah dalam apa keadaan sekalipun.

Kitab Injil mengatakan bukan-Yahudi yang berada di bawah pemerintahan Yahudi hendaklah berkhidmat sebagai “pengangkat air dan pemotong kayu” untuk bangsa tuan mereka.

Dalam Joshua (9:27), kita baca ” Pada hari itu, Joshua menjadikan penduduk Gibeon sebagai pemotong kayu dan pembawa air untuk komuniti itu …. Dan itulah mereka pada hari ini.”

Di tempat lain dalam Kitab Injil, penduduk Israel disuruh melayan “orang asing yang berada ditengah-tengah kelompok anda ” secara berperikemanusiaan “kerana awak sendiri adalah orang asing di bumi Mesir.”

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »