Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 6 November 2010

Kutuk dan boikot FanPage Facebook hina Islam

Posted by epondok di November 6, 2010

 Oleh: wayarMAHAL

“PERHATIAN PENTING BUAT PARA FACEBOOKER !!! Fanpage Facebook “I’m Proud To Be A Muslim” menghina Islam.Kepada sesiapa yang telah ‘LIKE” fanpage ni sila ‘UNLIKE’. Fan Page ini dibuat oleh musuh Islam dan banyak gambar-gambar lucah. 10 dari seribu lebih kepingan gambar dari FB tersebut telah dimuatkan di dalam blog http://zhuliana.blogspot.com/

Musuh-musuh Islam sering mencari peluang untuk menjatuhkan Islam.Apakah kalian tiada perasaan bertanggungjawab?

Posted in Fokus Isu | 1 Comment »

Peranan ibubapa sebagai contoh kepada anak-anak

Posted by epondok di November 6, 2010

Dalam banyak hal, keluarga atau ibu bapa adalah paling penting sebagai arkitek yang membentuk acuan di kalangan remaja. Bagaimana ibu bapa dapat memainkan peranan yang berkesan dalam hal ini?

DR. FAUZI: Keluarga adalah institusi pertama yang akan dijadikan contoh oleh anak-anak. Di peringkat awal remaja, pendidikan berdasarkan qudwah (contoh) yang baik amat berkesan. Di sinilah pentingnya ibu bapa dan keluarga kepada anak-anak.

Ini juga bertepatan dengan hadis nabi SAW yang bermaksud: Setiap bayi yang dilahirkan adalah fitrah, ibu bapanya yang menentukan sama ada dia menjadi yahudi, nasrani atau majusi. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila Rasulullah meminta ibu bapa menyuruh anak mereka solat seawal usia tujuh tahun mungkin ada yang bertanya kepada baginda tidak memerintahkan supaya dimulakan dengan mengajar dua kalimah syahadat yang menjadi rukun Islam pertama?

Secara tersirat, ia memperakui pengaruh ibu bapa dan keluarga dalam pendidikan anak remaja. Ini kerana anak yang dibesarkan oleh ibu bapa yang Muslim selayaknya selamat akidah mereka dan sahih pula imannya.

Dengan itu, wajarlah dimulakan dengan perkara-perkara fardu yang menjadi perkara pokok dalam Islam.

Selalunya, masalah remaja itu ada kaitan dengan pendidikan yang tidak seimbang di peringkat awal remaja. Pendek kata, terlalu mengejar akademik sehingga mengabaikan pendidikan agama. Bagaimana membetulkan keadaan ini?

DR. FAUZI: Memang benar, ada di kalangan ibu bapa yang terlalu mengejar akademik semata-mata sehingga anak-anak tandus jiwa dan rohani. Malah ada yang sampai ke tahap tidak tahu peranan dan tanggungjawabnya terhadap pencipta-Nya iaitu Allah.

Sepatutnya, mereka mengetahui bahawa setiap kita dijadikan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Ini seperti firman-Nya yang bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyedah dan beribadat kepada-Ku. (az-Dzariat: 56)

Sebab itu, dari awal lagi Islam menerapkan elemen disiplin dengan ketaatan sebagai faktor utamanya. Melaluinya, remaja diasuh supaya sentiasa berdisiplin dengan wahyu Allah dan dibuktikan dengan ketaatan. Dengan maksud: taatkan Allah, taatkan rasul dan patuh kepada ibu bapa.

Termasuk juga dalam aspek disiplin ini adalah mengikut contoh orang yang baik-baik. Mendahului senarai sudah pasti Nabi Muhammad SAW. Ini dijelaskan oleh firman Allah yang maksud-Nya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik...(al-Ahzab: 21)

Apa pula perkara yang perlu diambil kira dalam mendidik anak-anak?

DR. FAUZI: Selain yang disebutkan di atas tadi, umumnya ada lima perkara yang perlu diambil kira.

Pertama, menanam bibit iman dan agama. Remaja sangat perlu pendedahan dalam aspek keimanan dan keagamaan. Inilah rasionalnya, Rasulullah perintahkan anak-anak disuruh solat pada usia tujuh tahun.

Usia itu adalah paling sesuai untuk pendidikan. Dimulakan dengan solat kerana ia merangkumkan aspek seperti kebersihan, mengikut peraturan, kepatuhan, kerjasama dan solat merangkumkan aspek kebaikan seluruhnya.

Kedua, pendidikan perlu seimbang. Ibu bapa perlu ambil pendekatan ‘tegas tetapi lembut’. Ketegasan yang mutlak dan kelembutan yang mutlak akan memberi kesan tersendiri dalam pembentukan sahsiah remaja.

Ia hendaklah dilakukan sejak awal bukannya setelah anak remaja.

Rasulullah menegur sahabatnya yang berlebihan dalam sesuatu amalan. Contohnya, baginda apabila mendapat Abd Amr al-As terbawa-bawa dengan semangat muda dan menamatkan bacaan al-Quran dalam satu malam, baginda dengan penuh kasih sayang menegurnya.

Ketiga, bersikap lunak dengan remaja. Rasulullah berinteraksi dengan para remaja dengan lunak. Inilah yang berjaya menarik perhatian mereka untuk bersama-sama baginda.

Contohnya, Nabi SAW menegur dengan lembut seorang anak muda yang mengambil makanan dengan tangan kiri. Sabda baginda: Wahai anak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kanan dan mulalah dengan mengambil makanan yang dekat denganmu.

Keempat, membuka ruang dialog. Ini terbukti apabila seorang pemuda meminta izin baginda untuk berzina. Nabi tidak melenting sebaliknya berdialog dan berhujah dengan baik sehingga naka muda itu boleh menerimanya.

Lantas nabi mendoakan kebaikan kepadanya sehingga anak muda itu memandang jijik untuk melakukan perbuatan yang keji itu.

Kelima, selalu memuji anak remaja. Ini sesungguhnya memberi kesan mendalam kepada remaja. Pujian baginda kepada Muaz bin Jabal seperti yang disebutkan terdahulu adalah antara contoh sifat Nabi kepada remaja.

Posted in Fokus Isu | 1 Comment »

Amerika HARAMKAN hadiah percuma di Restoran McDonald

Posted by epondok di November 6, 2010

 Oleh: rozmal

Sayang, ianya berlaku di San Francisco , Amerika Syarikat, bukannya di Kuala Lumpur atau Seremban, Malaysia. Ianya bertujuan untuk mempromosi amalan pemakanan sihat dan memerangi gejala obesiti kanak-kanak. Kalau ini dicadangkan di Malaysia oleh NGO Islam, pasti ramai yang menentangnya terutama orang Islam sendiri.Tak percaya cuba baca artikel Sedapnya Roti Telur Tahi Ayam pada blog berikut http://amkns.blogspot.com/2010/05/sedapnya-roti-telur-tahi-ayam-ni.html

San Francisco haramkan hadiah percuma di McDonald
UTUSAN MALAYSIA 5 NOV 2010 

LOS ANGELES 4 Nov. – San Francisco menjadi bandar raya utama Amerika Syarikat (AS) yang pertama meluluskan undang-undang menghentikan amalan popular memberikan barangan permainan percuma dengan makanan dari restoran itu, yang tidak sihat untuk kanak-kanak. 

Lembaga Penyelia San Francisco meluluskan undang-undang itu dengan majoriti lapan undi veto menyokong, manakala tiga lagi undi veto membantah. Undang-undang ini akan berkuat kuasa bermula pada 1 Disember 2011. 

Peraturan ini sama seperti yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Santa Clara County awal tahun ini yang menetapkan makanan kanak-kanak yang disediakan oleh restoran perlu mematuhi piawaian pemakanan sebelum mereka boleh menjualnya dengan memberikan barangan permainan percuma. 

Antara penentang undang-undang ini ialah Pertubuhan Restoran Kebangsaan dan McDonald’s Corp., yang secara meluas terkenal dengan hidangan Happy Meal dan merupakan perintis amalan menggunakan permaianan percuma untuk memasarkan secara langsung kepada kanak-kanak. 

“Kami sangat kecewa dengan keputusan itu. Ini bukanlah yang dimahukan oleh pelanggan kami, mahu pun yang diminta oleh mereka,” kata jurucakap McDonald’s, Danya Proud dalam satu kenyataan. “Memberikan barangan permainan dengan makanan kanak-kanak hanyalah sebahagian daripada kegembiraan dan pengalaman keluarga di McDonald’s,” katanya. 

Undang-undang San Francisco menetapkan hanya makanan kanak-kanak yang kurang 600 kalori, mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuk minuman tanpa lemak dan gula berlebihan sahaja dibenarkan menggunakan amalan pemberian barangan permainan. 

Penyokong peraturan ini berkata, mereka mensasarkan untuk mempromosi amalan pemakanan sihat dan memerangi gejala obesiti kanak-kanak. – Reuters

Posted in Fokus Isu | 1 Comment »