Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 3 November 2010

Tips kekang hawa nafsu

Posted by epondok di November 3, 2010

BAGAIMANA cara menghentikan ketagihan terhadap nafsu dalam diri termasuk nafsu amarah, seks serta yang membawa kepada kemungkaran buat selama-selamanya dan bagaimana pula untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya.

Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa, di mana kegagalan mengawal nafsu syahwat bagi majoriti manusia adalah satu lumrah.

Bagaimanapun, dalam kehidupan ada segelintir yang mampu mengekang nafsu mereka hasil ‘mujahadah’ atau usaha kuat untuk menghindari, sekali gus menghentikannya. Namun, ada kalanya mereka yang mampu mengawal juga tertewas.

 

Allah SWT menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai contoh dalam surah Al-Baqarah, ayat 187 yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu.”

 

Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikat nafsu syahwat kelaminnya hingga ‘bersama’ isterinya di siang Ramadan.

Dengan segala kelemahan manusia, Allah SWT membenarkan suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadan, namun masih ada juga yang ‘terlepas’ melakukannya di siang hari, oleh itu Islam menetapkan cara dendanya.

Kifarah adalah satu bentuk denda dan apabila seseorang melakukan dosa, taubat adalah jalannya.

Allah SWT menegaskan bahawasanya: “Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi Rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf, 53)

Persoalan yang timbul ialah, bagaimana mengekang nafsu yang ada dalam diri.

Ringkasnya, saya ingin mengingatkan individu yang menulis soalan ini bahawa mengekang dan melawan kehendak nafsu syahwat sememangnya bukan mudah.

Itulah sifat ‘peperiksaan’ yang diberi oleh Allah SWT bagi ‘menapis’ dan mengenal pasti hamba-Nya yang bersungguh-sungguh, ikhlas dan beriman serta yang kurang dan tidak beriman. Bagi yang berjaya, ganjarannya sudah tentu sangat hebat, yakni di Syurga Allah SWT.

Justeru, kita tidak perlu mengeluh dan hairan dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya dan mengawalnya.

Sebaliknya, yang perlu dilakukan adalah mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu untuk bertindak.

Caranya, kenali sumber serta punca yang mampu membiakkan ‘kekuatan’ terhadap nafsu itu, dan sebaik dikenal pasti, potong dan hapuskan ia.

Selain itu, kita perlu tahu cara, suasana, tempat dan berdamping dengan individu yang dapat menarik diri kita kepada kebaikan dan lupakan syahwat.

Kesimpulannya, proses ini memang memerlukan ‘pantang larang’ yang merujuk kepada perkara yang tidak boleh dibuat dan ‘kemestian’ yang merujuk kepada perkara yang perlu dibuat.

Ia proses ‘Sunnatullah’ untuk segala jenis penyembuhan, sama ada hati dan iman berbentuk spiritual dan juga tubuh fizikal.

Ini sama seperti menangani penyakit kencing manis daripada sudut konsepnya, di mana mereka perlu menghadapi cabaran mengawal nafsu makan yang tinggi dan terhalang daripada menikmati juadah lazat.

Jadi jelas di sini, pantang larang ini perlu dilakukan secara terpaksa itulah satu mujahadah (usaha).

Oleh itu, cuba fikirkan, bagaimana pantang larang ini akhirnya mampu dipupuk serta diikuti dan itulah satu jalan permulaan untuk mengawal nafsu dalam diri.

Ini sama bagi mengekang nafsu syahwat seks ‘gelap’, di mana setiap umat Islam perlu meyakini bahawa setiap perbuatan itu kelak pasti diazab oleh Allah SWT dengan mengingatkan bahawa adanya azab neraka, azab kubur, mati dalam kehinaan (suul khatimah) atau dalam kemaksiatan, tidak memperoleh Rahmat Allah atau tiada peruntukan syafaat daripada Rasulullah SAW.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal ghaib, namun bukan itu saja, ada banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti, ia mungkin membawa kepada perceraian, pasangan zina mengandung anak luar nikah yang akhirnya boleh membawa kepada pembunuhan terhadap anak luar nikah berkenaan bagi menutup aib, kejian masyarakat atau dijangkiti penyakit kelamin seperti AIDS.

Disebabkan itu, tanam semua implikasi berbentuk spiritual itu dalam minda dengan harapan ‘nyalaan’ nafsu itu tadi dapat ditangani.

Sehubungan itu, tentu proses pertama untuk mengekang nafsu syahwat seks ‘gelap’ adalah dengan meningkatkan ilmu dan keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan fizikal, iaitu kesan buruknya.

Insya-Allah, ia akan mampu menjadi pendinding awal sebelum berlakunya dosa dorongan syahwat nafsu itu.

Orang berilmu juga ramai yang menyeleweng?

Tidak dinafikan, ramai juga yang sudah punyai ilmu tetapi masih ‘jatuh’ dan terlanjur melakukan maksiat sama ada secara serius atau tidak, besar atau kecil.

Tatkala itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh Allah SWT di atas.

Berbekalkan kefahaman dan asas yang sudah ada, usaha mengukuh dan menyuburkan kembali keimanan lebih mudah daripada individu yang tiada asas dan pasak kukuh.

Kerana itu, binalah pasak dalam diri mengenai iman dan ilmu dengan segera terlebih dulu kerana tanpanya, perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan.

Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, ada perlu mengetahui perkara yang perlu serta tidak perlu dilakukan seperti:

# Fikirkan sasaran kehidupan dan berusaha melaksanakannya. Jauhkan pemikiran berkenaan seks dan penuhkan masa dengan berusaha mencapai sasaran itu.

# Wujudkan keyakinan bahawa Allah SWT melihat apa yang dilakukan di ketika ramai mahupun kala sendirian.

# Sedarkan diri bahawa malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang dilakukan.

# Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.

# Putuskan hubungan ‘songsang’ dan ‘gelap’ sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperoleh melalui Internet atau fizikal, melalui laman sembang, e-mel, web dan sebagainya. Jika berseorangan di depan komputer boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, elak berseorangan di depan komputer.

Jika berbual mesra dan makan tengah hari bersama rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elak melakukannya dan makan sendirian atau bersama jantina yang sama.

# Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.

# Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan keagamaan kerana dengannya, ia membuka ruang mendapat rakan yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat dapat dibendung.

# Ziarah kubur secara kerap supaya syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.

# Kalau komputer dan Internet kerap menjadi punca peningkatan syahwat, banyakkan mendengar bacaan al-Quran di depan komputer. Insya-Allah, dengannya rasa malu akan timbul. Namun jika syahwat masih ‘menggila,’ segera berhenti dan lihatlah awan, langit, pokok dan laut dan ingatkan kebesaran Allah.

# Memastikan harta diperoleh daripada sumber halal kerana sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. Ia ibarat mutasi virus yang lebih berbahaya kepada kesihatan.

# Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisiplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin ketika sujud di dalam solat supaya diberi kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

# Segera beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat berat sebagaimana dinyatakan dalam Surah Al-Imran, bahawasanya: “… dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertakwa.”

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »

Malaysia antara mahu menjadi Hab Halal atau Hab Haram

Posted by epondok di November 3, 2010

Ashadi Zain

Program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan kerajaan baru-baru ini bertujuan merancakkan lagi kegiatan ekonomi negara bagi mencapai matlamat mewujudkan negara berpendapatan tinggi, di samping menambahkan peluang pekerjaan bagi dinikmati oleh seluruh warga di bumi Malaysia.

Ini adalah inisiatif ekonomi yang baik, yang diharap dapat membantu setiap lapisan masyarakat, tidak kira di bandar ataupun luar bandar.

azlanNamun demikian, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat dinilai semula bagi memastikan kerajaan tidak terperangkap dalam fenomena ‘hukum akibat yang tidak disengajakan’ ataupun law of unintended consequences.

Salah satu perkara yang mungkin dapat dinilai semula adalah langkah mewujudkan hab hiburan.

Objektif ETP adalah bagi meningkatkan pendapatan negara ke tahap yang lebih tinggi, dengan memanfaatkan sumber-sumber yang ada dan mewujudkan infrastruktur baru.

Bagaimanapun, adalah dikhuatiri pewujudan hab hiburan, walaupun menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak dan pendapatan yang tinggi sebagai sasaran, akan menyebabkan negara terperangkap dalam ‘hukum akibat yang tidak disengajakan’.

NONEAkhirnya, objektif menjana pertumbuhan ekonomi mungkin tidak tercapai. Bahkan yang berlaku adalah sebaliknya, sesuai dengan fenomena itu.

Ini dapat berlaku disebabkan beberapa perkara. Contohnya, penekanan yang berlebihan pada hiburan dapat menyebabkan produktiviti menurun apabila para belia lebih mementingkan hiburan dan tidak memanfaatkan lebih banyak masa bagi menjana pemikiran bernas, selain tumpuan pada kerja yang menurun.

Seterusnya, produktiviti yang menurun menyumbang pada penguncupan dalam ekonomi.

prostitution, desa mentari, police raidSelain itu, percambahan hab hiburan dapat menyebabkan kadar jenayah meningkat. Ini kerana umum mengetahui bahawa pusat-pusat hiburan memang menjadi sarang pelacuran dan lain-lain kegiatan negatif seperti pengambilan dadah, di samping aktiviti lain yang merosakkan kesihatan dan minda, yakni pengambilan rokok dan alkohol.

Ketika kadar jenayah meningkat, para pelabur antarabangsa dan juga domestik akan mengalih modal mereka ke tempat yang mana ekosistem keselamatannya lebih terjamin. Seterusnya, pengaliran modal keluar menyumbang kepada penguncupan dalam ekonomi.

Di samping itu, kesan negatif yang timbul ekoran hab hiburan mengakibatkan kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi bagi menanganinya. Ketagihan dadah, misalnya, menyaksikan kerajaan menanggung kos yang tinggi bagi aktiviti pemulihan penagih dadah.

NONESeterusnya, lonjakan ekonomi yang terhasil daripada hab hiburan pastinya tidak berbaloi apabila dibandingkan dengan kesan sosial dan ekonomi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menangani kesan langsung yang berlaku disebabkan hab hiburan. Kesan akhirnya atau ‘resultant effect’ akan menunjukkan defisit dan bukannya lebihan apabila jumlah yang tinggi terpaksa dibelanjakan bagi membanteras kesan negatif yang timbul.

Tidak lupa juga bahawa penekanan yang berlebihan kepada hiburan dapat menyebabkan hutang isi rumah meningkat berikutan para belia berbelanja secara berlebihan bagi mendapatkan hiburan di kelab malam yang diwujudkan. Peningkatan dalam hutang isi rumah pastinya tidak menyumbangkepada usaha merealisasikan ekonomi yang berdaya tahan.

australia media visit 290107 islamic college libraryMemang tidak dinafikan bahawa manusia memerlukan hiburan. Tetapi hiburan yang berlebihan dapat menyebabkan kesan buruk yang berpanjangan, iaitu meliputi kesan sosial dan juga ekonomi.

Penulis ingin mencadangkan supaya hab hiburan yang berpaksikan pelancongan hiburan itu digantikan dengan pelancongan ilmu atau knowledge tourism, iaitu antara lain melalui pembinaan kota buku dan hab ilmu, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab ilmu dan buku yang tersohor di dunia.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa cadangan ini agak naif. Walaupun demikian, ia tidaklah tanpa rasionalnya yang tersendiri, memandangkan pelaksanaan program Malaysia sebagai hab ilmu dan buku bukan hanya dapat menarik pelancong dari seluruh dunia (di bawah pelancongan ilmu), malah mampu melonjakkan lagi kualiti pemikiran masyarakat.

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

Ulama’ bantah Satu-isteri sebagai syarat pernikahan di Mauritania

Posted by epondok di November 3, 2010


NOUAKCHOTT (Sukaina Asneeb) for beritaislamglobal.blogspot.com (English version here)

Kini, ramai wanita Mauritania dan keluarga mereka menetapkan satu-isteri sebagai pra-syarat sebelum pernikahan, namun dibantah oleh golongan ulama kerana menyalahi ajaran Islam.

Ramai di kalangan wanita Mauritania mendesak supaya dimasukkan syarat dalam kontrak perkahwinan (aqad) yang menghalang suami mengekalkan isteri lama atau mengambil isteri baru. Jika syarat ini dilanggar, wanita berhak menfailkan permohonan cerai dengan serta-merta.

Bagi ramai ibu-bapa, halangan seperti ini telah menjadi salah satu syarat paling penting semasa di peringkat perundingan dengan pihak lelaki kerana mereka percaya ianya adalah kunci kebahagiaan dalam kehidupan dan kestabilan perkahwinan anak perempuan mereka.

Wanita Mauritania mengenepikan banyak hak-hak mereka semasa berbincang dengan harapan pihak lelaki dapat menerima syarat untuk tidak memiliki isteri lain, kata Fatima yang juga meletakkan syarat seperti itu dalam dalam perkahwinannya.

“Sebagai pulangan kerana menerima syarat seperti itu, pihak kami pula tidak meminta maskahwin yang besar atau memohon perceraian,” katanya kepada AlArabiya.net. “Kami juga tidak mengharapkan apartmen, perabot atau bulan madu.”

Malah, beberapa orang wanita Mauritania sanggup tinggal dengan ibubapa mereka selepas perkahwinan bagi memberi peluang kepada suami mereka mengumpul duit bagi membeli apartmen.

“Inilah pengorbanan yang kami lakukan bagi memelihara kehormatan diri.”

Fatima berkata bahawa amalan seperti ini, sekalipun pada mulanya dianggap luar dari kebiasaan, telah mendapat pujian ramai.

“Wanita Arab dan Afrika yang melawat Mauritania berasa kagum dan beberapa negara jiran seperti Morocco dan Senegal mula mengikut jejak langkah kami.”

Organisasi hak-asasi manusia menyokong amalan seperti ini kerana ia merupakan satu langkah positif kearah memberikan lebih hak kepada wanita, dan memuji pihak kerajaan yang mengarahkan supaya Pihak Berkuasa Hak Sivil memberikan hak kepada pihak wanita untuk menetapkan syarat seperti ini dalam kontrak perkahwinan.


Ulama membantah

Sebaliknya, beberapa ulama di Mauritania menyelar syarat tersebut dan menganggapnya melanggari undang-undang Islam yang memberikan hak kepada lelaki untuk berkahwin sehingga empat orang isteri.

Syarat seperti ini, tegas mereka, mempunyai kesan negatif keatas masyarakat kerana ia akan meningkatkan kadar perceraian samada apabila si lelaki terpaksa meninggalkan isteri lamanya atau memberikan hak untuk perceraian jika si suami berkahwin lagi.

Beberapa ulama lain berpendapat bahawa seorang wanita dan bakal suaminya boleh membuat persetujuan secara lisan yang dia tidak akan berkahwin lagi tanpa perlu membuat syarat bertulis dalam kontrak perkahwinan.

“Kontrak secara lisan”, kata mereka, ini dibolehkan kerana wanita masih boleh mengubah fikirannya kemudian dengan membuat keputusan tidak mahu bercerai jika suaminya mengambil isteri kedua.

Walau bagaimanpun, sebilangan ulama bersetuju dengan syarat yang ditetapkan, selagi mana si suami bersetuju menerima komitmen seperti itu.

Jalan keluar

Sekalipun ramai lelaki Mauritania bersetuju untuk tidak memiliki isteri lain, masih ada cara untuk mereka melanggarinya. Setengah lelaki menceraikan isteri pertama kemudian mengambilnya semula selepas berkahwin untuk kali kedua.

Yang lain pula mengambil kesempatan menggunakan alasan seperti ini untuk berkahwin lain secara rahsia. Janda dan wanita yang belum berkahwin bersetuju untuk berkahwin dengan suami orang secara rahsia kerana percaya prospek untuk mereka berkahwin semakin menurun apabila meningkat usia.

Keluarga miskin juga bersetuju untuk mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki kaya yang sudah beristeri secara rahsia kerana kebiasaannya bakal suami membantu meringankan beban kemiskinan keluarga perempuan.

Kadang-kadang seorang wanita itu memang tahu yang suaminya telah melanggari syarat tersebut, tetapi mengambil sikap berpura-pura dan tidak meminta perceraian. Kes seperti ini biasanya berlaku melibatkan golongan atasan di mana wanita amat menjaga imej sosial mereka dan memilih untuk tidak mengisytiharkan yang suami mereka telah berkahwin lagi secara rahsia.

Bila ianya bemula

Golongan bijak pandai berbeza pendapat tentang bila syarat anti-poligami ini mula diamalkan.

Mengikut tradisi Mauritania, kebanyakan persetujuan pra-pernikahan dibuat secara lisan di hadapan saksi-saksi dari kedua pihak keluarga.

Si lelaki, contohnya, akan akan berikrar melayan isterinya dengan baik dan tidak akan meninggalkannya dan kadang-kadang berjanji untuk menyediakan pembantu rumah dan sebagainya.

Ada ketikanya ibubapa akan mengenakan syarat-syarat berbentuk keagamaan yang menghendaki si suami memastikan isterinya menunaikan kewajipan agamanya secara tetap. Sebagai contoh, si suami boleh berikrar untuk membangunkan isterinya setiap hari apabila masuk waktu sembahyang subuh.

Syarat-syarat perkahwinan juga mengalami proses perubahan apabila lebih banyak hak-hak diberikan kepada wanita Mauritania. Contohnya, seorang wanita boleh meminta untuk menyambung pengajian dan/atau pekerjaannya selepas perkahwinan sekalipun jika mempunyai anak.

(Translated from Arabic by Sonia Farid)

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »