Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 2 November 2010

Madrasah Darul Hidayah, Tawau, Sabah

Posted by epondok di November 2, 2010

Alamat

Madrasah Darul Hidayah, Kg Sri Bimbalai, Sungai Imam, Tawau, Sabah

Mudir

Ustaz Tasir Modding (alumni Pondok Pasir Tumboh, Kelantan)

Telefon : 019-5840416 / 012-867331 (Kadarisman – pengasas)

Akaun bank : BIMB 100-250-100-10560

Tubuh tahun 1997

Sistem pengajian pondok dan tahfiz

Yuran pengajian RM 30 sebulan

Menerima pelajar muslimin dan muslimat (pelajar dewasa ini seramai 52 orang)

Posted in Pondok Malaysia | 63 Comments »

Mahkamah putuskan ibu atau bapa tentukan status agama anak

Posted by epondok di November 2, 2010

Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

WALAUPUN pernah hangat diperkatakan, tetapi persoalan orang bukan Islam memeluk Islam masih belum dapat diselesaikan secara tuntas khususnya apabila membabitkan anak kecil memeluk Islam ditentang pihak tidak memeluk agama Islam.

Undang-undang memberikan jawapan tepat berhubung persoalan ini mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 12(3) yang menyatakan tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.
Perkara 12(4) pula menegaskan bagi maksud Perkara 12(3), agama seseorang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya. Bukan kedua ibu bapa kanak-kanak itu.
Perkara 12(4) ditafsirkan oleh penghakiman mahkamah tertinggi negara iaitu Mahkamah Persekutuan dalam kes Subahsini melawan Saravanan, dengan mahkamah memutuskan salah seorang (bukan kedua) ibu bapa boleh menentukan keislaman anak itu.

Berbeza enakmen lama iaitu Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor No.3 Tahun 1952, menyediakan peruntukan kanak-kanak lahir hasil dari perkahwinan bukan Islam akan secara automatik disahkan Islam apabila salah seorang pasangan memeluk agama Islam.

Kalangan ulama bersepakat apabila salah seorang ibu atau bapa bukan Islam memeluk Islam, anak di bawah umur disifatkan sebagai Islam kerana anak dilahirkan itu adalah fitrah dan fitrah di sini bermaksud Islam.

Undang-Undang Syariah ditegakkan berasaskan al maqasid al syariah (objektif syariah). Terdapat lima objektif syariah iaitu menjaga agama (hifz al din), nyawa (hifz al nafs), keturunan (hifz an nasab), akal (hifz al aql) dan harta (hifz al mal).
Bagi mencapai maqasid ini, umat Islam dipertanggungjawabkan memelihara kelima-lima perkara termasuk menjaga agama dan keturunan. Oleh demikian, agama anak itu hendaklah mengikut ibu atau bapa yang Islam. Umat Islam tidak dapat menerima jika al maqasid al syariah ini tidak dicapai.

Undang-undang Islam dibuat berdasarkan perintah diaturkan Allah yang menjangkaui kemampuan akal memikirkannya. Ia sesuatu melampaui logik akal manusia dan undang-undang terbaik semesta alam.

Ada cadangan supaya menggunakan logik akal iaitu anak itu bukan Islam dan harus di teruskan sebagai bukan Islam serta tidak perlu mengubah status quo anak. Undang-undang kita tidak boleh menggunakan logik akal kerana ada asas dan falsafah yang perlu ditafsirkan serta dihayati.

Sebagai perbandingan, mengikut logik akal kita tidak melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah jika tiada kenderaan melintas di depan, tetapi undang-undang mempunyai falsafah tersendiri bagi mengawal kemaslahatan sejagat.

Menjadi amalan di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil bahawa kebajikan anak mengatasi hak ibu atau bapa. Dalam memutuskan hak jagaan anak, faktor kebajikan anak dititikberatkan termasuk permasalahan akidah, tumbesaran dan pembelajaran.

Perkara sebegini boleh diputuskan mahkamah dan hak memelihara anak biasanya diputuskan setelah mengambil kira keperluan serta kebajikan termasuklah agama anak itu.

Sementara mualaf pula, mereka mempunyai hak yang wajib dipertahankan, perlu didekati bagi mengukuhkan keimanan dan segala permasalahan dikongsi bersama supaya mereka dapat merasakan keindahan persaudaraan Islam itu.

Sering kali isu berkaitan pemelukan Islam oleh mualaf, khususnya suami, timbul andaian pihak berkenaan ingin lari daripada tanggungjawab terhadap isteri dan keluarga atau ingin memutuskan hubungan kekeluargaan.

Hakikatnya, tuduhan dan andaian sebegini adalah keterlaluan kerana membawa tanggapan umum lelaki yang memeluk Islam ingin lari daripada tanggungjawab terhadap isteri dan keluarga. Persepsi sebegini tidak benar sama sekali kerana hidayah Allah diberikan kepada hamba-Nya yang terpilih.

Posted in Fokus Isu | 1 Comment »

Tawadhu’ tonjol kesempurnaan Mukmin

Posted by epondok di November 2, 2010

Oleh Mohd Adid Ab Rahman
ORANG yang selalu menghiasi diri dengan sifat suka merendah diri atau tawaduk akan menyerlahkan keperibadian yang luhur. Sesungguhnya ia adalah sifat para nabi, sahabat dan orang soleh yang perlu dipraktikkan seluruh umat Islam.

Mereka yang selalu merendah diri, Rasulullah SAW melihatnya sebagai orang yang memiliki keinsafan tinggi dan kesempurnaan akal serta menonjolkan identiti mukmin yang taat.

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Orang yang cerdik lagi berakal ialah orang yang merendahkan dirinya (dengan sifat tawaduk), di samping menghisabkannya dan beramal untuk selepas mati. Sedangkan orang yang lemah, ialah orang yang mengikut nafsunya dan bercita-cita kepada Allah beberapa cita-cita (angan-angan).” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah)

Kita harus sedar, merendah diri adalah tuntutan agama. Oleh itu, menjadi kewajipan semua mukmin memiliki dan mengamalkannya tanpa mengira tempat atau keadaan sepanjang langkah hayatnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya bertawaduk, sehingga tidak ada seorangpun yang menyombong dirinya terhadap orang lain dan tidak ada seorangpun yang menganiaya terhadap orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)

Kesedaran mengenai amalan merendah diri perlu dipupuk dengan sungguh-sungguh dalam kalangan umat Islam atas dasar keimanan kerana seorang yang tawaduk selalu menghargai dan menghormati orang lain yang akhirnya mampu menarik kecintaan mereka.

Sifat tawaduk juga memungkinkan kita mudah digauli dan mendapat pertolongan saat-saat berdepan kesulitan. Hal ini menggambarkan jiwa yang subur dengan ketulusan dalam segenap tindakan dan amalan dilakukan sekali gus terhindar daripada perbuatan suka menunjuk-nunjuk atau takbur.

Jika diperhatikan penjelasan Rasulullah SAW, ternyata merendah diri sama sekali tidak menjadikan seseorang itu hina bahkan diangkat oleh Allah SWT di tempat yang tinggi seperti mana maksud hadis: “Tidak akan berkurang harta yang disedekahkan dan Allah tidak akan menambah bagi seorang hamba yang pemaaf melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendahkan diri kerana Allah melainkan akan Allah angkat darjatnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Namun masih ada segelintir masyarakat yang belum faham maksud tawaduk sehingga menjadi gambaran dan ukuran mereka ialah gaya berjalan yang perlahan tidak bermaya atau tidak mahu berhias dengan mengenakan pakaian yang bagus.

Padahal, konsep tawaduk mengikut agama bukanlah sesempit itu. Apa yang dijelaskan agama ialah tunduk patuh kepada kebenaran dan menerima kebenaran itu. Seperti pernah disuarakan Ibn Atha’, tawaduk adalah orang yang menerima (dengan lapang dada) dan mengakui kebenaran daripada orang lain.

Fudhail bin Iyadh pula menambah: “Rendah hati untuk kebenaran, menyelamatkan diri untuk kebenaran, dan menerima kebenaran dari orang lain. Sebaliknya, orang yang menolak kebenaran dengan apapun alasannya adalah suatu bentuk kesombongan.”

Syeikh Ahmad Ibn ‘Athaillah dalam kitab Al-Hikam berkata, orang yang tawaduk tidak marah apabila dicaci atau diejek, tidak benci apabila dituduh sombong, tidak tamak dengan harta atau pangkat dan tidak pernah berasa dirinya termasuk orang yang disegani setiap orang.

Posted in Amalan Pilihan | Leave a Comment »