Pusat Pembangunan Pondok Berhad

Pondok Studies Development Centre

Archive for 20 Ogos 2010

Misteri ratusan ikan muncul di tepi pantai Filipina

Posted by epondok di Ogos 20, 2010

BEBERAPA orang menangkap sejumlah besar ikan dengan mudah di sebuah pantai di bandar Naic, barat daya Manila semalam.

 


 

MANILA, Filipina – Ratusan ikan yang masih lagi hidup dilaporkan timbul secara mendadak di perairan Naic di wilayah Cavite dekat sini sejak pagi kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Datuk Bandar Naic, Edwina Mendoza berkata, penduduk di empat buah kampung bergegas menangkap sejumlah ikan itu.

Bukan sahaja ikan tetapi hidupan laut lain seperti ketam, ikan pari dan udang turut boleh ditangkap dengan mudah.

Seorang pakar pertanian tempatan menyalahkan perubahan cuaca sebagai penyebab kejadian itu.

Menurutnya, fenomena itu berlaku disebabkan faktor perubahan iklim apabila suhu di laut meningkat.

Peningkatan suhu itu menyebabkan ikan terpaksa berenang mendekati permukaan laut bagi mendapatkan oksigen.

Fenomena itu merupakan kali kedua dilaporkan pernah berlaku di perairan Cavite. – Agensi

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »

Tikus gergasi ditemui di dalam rumah England

Posted by epondok di Ogos 20, 2010

SEEKOR tikus gergasi yang ditembak mati.

 

BRADFORD, England – Penduduk di kawasan kediaman Ravenscliffe di sini mengadu kepada pihak berkuasa Britain mengenai kemunculan spesies tikus bersaiz gergasi ditemui di dalam rumah mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang penduduk, Brandon Goddard, 31, mendakwa, dia berjaya menembak mati seekor tikus itu yang sepanjang 76 sentimeter (sm).

Namun dia kemudian mendapati terdapat beberapa lagi ekor tikus yang masih bebas berkeliaran di kawasan kediaman mereka.

Jiran Goddard, Julie Briggs berkata, dia dan suaminya, Andrew Denton, 24, pernah mendengar bunyi tikus itu bergaduh di sebalik dinding rumah mereka sambil kejar-mengejar seperti perlumbaan kereta.

Masalah itu dilaporkan kepada seorang pakar di Persatuan Mamalia Britain, Laura Drake yang datang menyiasat ke kawasan kediaman tersebut.

Dia menganggap tikus itu mungkin coypu, sejenis rodensia dari Amerika Selatan dan sering dirujuk sebagai tikus gergasi.

Katanya, haiwan itu sudah pupus di Britain lebih 20 tahun lalu namun menegaskan adalah tidak mustahil keturunannya masih wujud manakala Presiden Kelab Tikus Yorkshire, Colin Arundel berkata, tikus tersebut mungkin gemuk kerana mendapat banyak sumber makanan. – Agensi

Posted in Fokus Isu | Leave a Comment »